Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Cara Keluarkan Kahak Bayi

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, kanak2-kanak mahupun orang dewasa senang untuk mendapat demam, batuk dan selsema. Keluarga saya pun tak terkecuali. Bermula dengan Athirah (anak sulong), lepas tu zulfa (anak ke2), kemudian suami saya. Dan akhirnya Alya pun kena sekali. Nie la yang paling saya risau..Alya kecik lagi. baru 3 bulan.

Masa Athirah batuk pun saya dah rasa teruk sangat. Asyik muntah je. taknak makan..taknak minum..Risau dibuatnya. Zulfa ok sikit. Walaupun batuk dia masih minum susu dan  makan. Omegaguard pun tak payah offer, mesti dia mintak sendiri nak makan. Tu yang saya tak risau sangat. Athirah nie cerewet sikit. Liat sangat nak makan ubat. Yang paling senang nak bagi die makan Nutriferon la. Tapi masalahnya Nutriferon 1 Malaysia takde stok..camne tu..pening kepala mak taw..huhu..

Awalnya, saya malas nak bawak Athirah pergi Klinik, tapi bila batuk dia makin teruk, macam berkahak je bunyi dia, saya ajak suami pergi klinik. Macam biasa la, dapat ubat batuk dengan antibiotik. Kompem2 la Athirah tak makan kan. Saya pun malas nak paksa. Kalau Zulfa, selambe je bukak mulut nak makan ubat...beza..memang berbeza:)).

Ibu mane yang tak risau kan bila anak sakit. Macam biasa la zaman di hujung jari nie..Saya google ape yang patut. Cari petua semulajadi untuk hilangkan batuk dan selsema.

Macam2 petua yang saya jumpa..dan ini yang saya buat;

1. Hirisan bawang merah : Letak dalam bekas kecik kemudian letakkan dalam ruang2 rumah untuk serap toksin2 dalam udara.

2. Garlic oil

Bakar bawang putih yang masih berkulit. Lepas tu tumbuk sikit, kemudian campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan pada tapak kaki, dada, belakang dan betis. Sambil2 sapu tu bacalah selawat syifa'...yang nie tiap2 pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur saya buat...Sangat2 membantu..Amazing:))


3. Steaming dan percusion untuk Alya:

Steaming :

Letak air panas yang baru mendidih dalam besen kecik. Pastu letak bawang putih mentah yang ditumbuk, kadang2 saya letak minyak Habbatus sauda atau apa2 je yang bersifat antibakteria atau antivirus .



Kemudian baringkan anak atas riba dan halakan muka anak dalam besen yang berisi air panas (Saya peganga anak dalam posisi meniarap). Jarak antara anak dan besen berisi air panas tu agak2 la..jangan terlalu dekat sangat takut nanti wap panas tu terkena muka bayi pulak. 

Dalam masa yang sama selimutkan anak dengan kain lampin untuk perangkap wap air daripada terbebas keluar. Steaming bertujuan untuk menyalurkan antibakteria dan antivirus supaya sampai ke peparu. Semasa proses steaming, saluran pernafasan termasuk peparu akan terbuka. Jadi masa ini lah paling sesuai untuk buat percussion untuk keluarkan kahak.

Teknik percussion: 

Rapatkan semua jari dan melengkungkan sedikit (macam nak tadah air dengan tangan).




Lepas tu tepuk belakang dada anak. Selang seli kedua2 belah. Jangan tepuk pada tulang belakang. Beri tepukan yang perlahan sahaja. Kalau anak menangis, biarkan je sebab lagi senang kahak nak keluar..teruskan tepukan.

Buat lebih kurang 15-20 minit setiap sesi. Sebaik-baiknya buat 2 kali sehari, pagi dan malam.

Berkat kesabaran dan kerajinan saya buat petua di atas, Alhamdulillah anak sembuh daripada batuk..Masa mula2 batuk tu Zulfa ada makan ubat hospital, tapi bila saya dah mula buat petua di atas saya hentikansemua ubat hospital. 

Alya pulak , saya memang tak kasi ubat langsung. Saya kerapkan menyusu, sapu garlic oil, steaming dan percussion. Untuk saya sendiri, saya tambahkan dos Vita C SR setiap 5 jam sebiji dan konsisten ambil Omegaguard. Dengan harapan apa yang saya makan dapat disalurkan pada Alya melalui susu ibu.

Alhamdulillah..anak2 saya beransur sihat. Walaupun petua2 nie mengambil masa untuk menunjukkan kesan, tapi setiap hari saya boleh nampak perubahan positif...Alhamdulillah.

Semoga membantu ibu2:))


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, January 29, 2015

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Alhamdulillah..kembali bersiaran..sekarang susah sangat nak cari masa terluang untuk update blog.


Petang Sabtu lepas (24/01/15), Athirah tibe2 demam. Mulanya saya ingat urinary tratct infection sebab die mengadu gatal2 kat bahagian kemaluan. Tapi malam tu die mengadu gatal mulut, tapak tangan dan tapak kaki. Terus saya teringat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Lama2 makin banyak merah2 naik kat badan die..tapi yang paling ketara, die du menggaru je kat tangan dengan kaki. Dahla kat Tadika die Little Caliph pun banyak budak yang dah kena HFMD nie..cikgu kat tadika siap buat saringan kat pintu masuk  untuk periksa kanak2 yang hadir kot2 demam atau dah ade tanda HFMD nie. Sesiapa yang demam atau dah ade symptom HFMD nie tidak dibenarkan untuk masuk ke kelas dan diarahkan untuk balik berehat dirumah sehingga sembuh. Setahu saya, bukan di tadika ini sahaja, malah melibatkan banyak tadika lain di seluruh Malaysia. Ada yang terpaksa ditutup untuk tujuan disinfeksi untuk mengelakkan jangkitan menular lebih teruk.


Melihat status rakan2 lain dif b yang juga mempunyai ank yang baru dijangkiti HFMD nie, saya dengan yakinnya membuat diagnosis sendir..Athirah dah kene HFMD. Bukan taknak gie klinik, tapi keadaan tak mengizinkan. Pada malam Ahad, kami sekeluarga dah keluar untuk pergi klinik, tapi tibe2 Athirah buat pengai dalam kereta. Cakap taknak pergi klinik. Die cakap lapar..nak makan nasi. Hati ibu yang lembut nie pun tak sampai hati nakpakse2 die pergi jumpe doctor. Lagipun dari siang tadi die tak makan pape..minum pun asyik muntah je..tu yang bile die cakap lapar nak makan saya terus kesian kat die..Pastu cakap kat husben takpayah lah jumpe doctor, bawak die makan je..

Tapi sebelum pergi makan saya ajak husben singgah farmasi untuk beli oral aid sbb Athirah mengadu sakit mulut. Sebab tu die taknak makan. Sampai kat farmasi, saya terus cakap nak nak oral aid kat jurujual tu dan terus ke kaunter bayaran. Tapi husben sibuk tanye, taknak beli calamine lotion ke?..saya cakap takpela, herbalblend ade kat rumah..sapu herbal blend je..(tapi keesokkan harinya die gie beli jugak calamine cream kat klinik..huhu).

Disini saya nak kongsikan Cara Rawat dan Elakkan HFMD:

1. Saya mandikanAthirah dengan basic H. Letakkan dalam 1 sudu kecik je untuk 1 baldi air.

Klik untuk order: Basic H

2. Setiap kali lepas mandi saya akan sapu kat seluruh badan dia dengan Krim Herbal Blend (sekali je saya pakai calamine cream yang husben beli tu..wat syarat je) termasuklah private part..fokus pada tapak tangan , kaki , celah2 jari kaki dan tangan dan lutut.
Klik untuk order: Herbal Blend

3. Setiap kali saya sentuh Athirah saya akan pastikan tangan saya dicuci bersih untuk mengelakkan jangkitan pada adik2 die yang lain.

4. Saya juga asingkan tempat tidur die dengan adik2 yang lain takut berjangkit.
5. Selalu pesan kat Athirah jangan sentuh adik2, atau mandi bersama2 adik untuk mengelakkan jangkitan.
6. Masa mula2 dapat tahu Athirah demam, terus bagi Nutriferon yang berbaki 1 sachet tu..1 sachet untuk 3x kali makan..Alhamdulillah dalam tempoh kurang daripada 24jam Athirah dah tak demam dah…sponging jangan lupe ye :)
Klik untuk order: Nutriferon

7. Masa mula sakit, Athirah takde selera makan dan minum.. bila dia dah mula minta susu, saya campurkan susu die dengan melashake sikit (sebelum nie pun masa sihat mmg dah kasi pun :))
Klik untuk order: Omegaguard & Mealshakes

Alhamdulillah..athirah sembuh selepas 3 hari..mungkin sebab saya cepat mandikan die dgn Basic H dan sapu herbal blend, blister berair tu tak sempat timbul pun..semuanya dengan izin Allah..shaklee hanya asbab je.

Baca lanjut tentang HFMD..


Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.


Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.


Kebanyakkan penyakit ini tidak serius. Namun begitu, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan system saraf dan jantung.


Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.


Tanda dan gejala:


1) ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin. 

2) ulser di tekak dan mulut.
3) deman dan sakit kepala
4) hilang selera makan

Langkah pencegahan:


1) cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

2) tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
3) jangan berkongsi barang2 peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
4) mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan  bayi atau anak kecil
5) cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
6) elakkan membawa anak kecil ke tenpat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit tangan , kaki dan mulut:


1) bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.

2) Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.

3) lap lelehan dari mulut dan hidung menggunkan tisu.


Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Monday, November 24, 2014

Sakit Telinga Datang lagi!!!

Pagi semalam (23/11/2014) Athirah mengadu air masuk dalam telinga masa mandi..lepas tu dia mintak kuarkan air tu..saya pun pergi ambil cotton bulk untuk bersihkan telinga dia..tak lama lepas tu dia mengadu sakit telinga kat abah dia..padahal saya hanya bersihkan bahagian luar je..dah lama tak bersihkan telinga dia sebab orang cakap tak elok selalu bersihkan telinga budak2 nie, sebab sebenarnya tahi telinga tu jadi peling untuk dia..pastu merangek2 nak mintak letakkan ubat...dah la memang takde ubat telinga pun kat umah tu...lame jugak dia merengek..dari tengahari sampai ke petang..ata last pukul 6 petang baru bawak dia pergi klinik.

Bila doktor periksa telinga dia, doktor cakap ada tahi telinga keras dalam telinga dia..sampai gegendang telinga pun tak nampak...doktor bagi syrup paracetamol untuk tahan sakit dan ubat titis telinga yang mengandungi Dexamethasone (steroid) dan neomycin (antibiotik) untuk cairkan tahi telinga yang keras tu..balik je rumah Athirah tiba2 cakap taknak letak ubat..dia cakap sakit..tapi saya paksa jugak sampai dia nangis..

Klik Untuk Order: Nutriferon

Lepas tu saya kasi 1/3 sachet Nutriferon..Dia memang suka makan nutriferon tu..cepat je bukak mulut..pastu dalam susu dia saya letak minyak habbatus sauda sebab omegaguard kat rumah nie dah abes. Habbatus sauda nie jugak mempunyai sifat anti-inflamasi dan antibiotik...Syrup paracetamol saya tak bagi pun sebab memang tahu dia takkan minum.

Klik Untuk Order: Omegaguard


Malam tu tiba2 suhu badan Athirah naik..saya memang dah jngka dah..tambah2 lagi masa singgah solat kat masjid dia terkena hujan..ditambah lagi dengan jangkitan kat telinga tu mesti la suhu badan dia naik kan..saya cuba untuk sponging..tapi kali ni dia mengamuk cakap taknak..sebelum nie ok je..balut badan dengan kain basah pun ok je..tp malam tu dia nangis taknak kena balut..cakap dia tak demam...menjelang pagi badan dia makin panas..risau saya dibuatnya..saya cube untuk lap2 je badan dia sikit2...bangun pagi Alhamdulillah suhu badan dah turun..tunggu nak sihat sepenuhnye je..Bila tanya nak letak ubat titis telinga tak..dia cakap taknak..dah tak sakit dah..huhu..boleh percaya ke??..pasni kena paksa jugak la letak ubat titis tu..at least kena titis tiga hari.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, November 19, 2014

Tips Hilangkan Demam Dengan Cepat

Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk bangun awal pagi nie untuk update blog. Dah lama tak update..makin tak larat rasanya..Besok 20/11/14 dah masuk 38minggu..dah mula rasa contraction..tunggu masa je nie..sebenarnya banyak yang nak dikongsikan dalam blog nie..maklumat dah ada cuma masa belum mengizinkan..dah banyak journal yang dibaca dan dikaji..rasa excited nak share dengan semua..semoga diberi kesempatan untuk berkongsi lagi.,

Balik kerja petang semalam (18/11/2014) Athirah (kak yaya) mengadu tak sihat. Bila sentuh kepala dia rasa panas. Terus pergi ambil termometer. Suhu dia dah 38.1 darjah celcius.  Dah lama Athirah tak demam. Bila demam lagi terus risau..

Pastu cakap kat dia "nanti lepas ummi solat Maghrib ummi bagi gula2 ea (nutriferon). Pastu ummi letak ubat (omegaguard) dalam susu. Pastu kak yaya rehat ea". Kak yaya angguk je...dia suka bila orang ambil berat pasal dia especially masa tak sihat nie..

Nutriferon saya bagi 1/3 sachet je..Bakinya untuk besok pulak..Omegaguard pulak saya picit bagi sebiji dalam susu dia.

Cakap kat husben stok Nutriferon tinggal 4 sachets lagi..harap stok cepat ada nnt. Pastu husben jawab "bagi je syrup PCM". Saya diam..Malas nak respon. Dia pun tahu saya tak suka bagi anak makan ubat hospital nie..

Lepas bagi supplement, saya letak cool fever kat dahi dan belakang badan dia..Awal2 dah cakap kat kak yaya "nnt malam letak kain basah kat kepala ea..pastu balut badan dengan kain basah...baru cepat sihat"..macam biasa kak yaya angguk je..senang keje ummi:).

Biasalah kan, bila nak sakit umminya memang tak lena tidur la..mana taknya..nak kena selalu cek suhu dia..nak basah kain..takut suhu badan naik makin tinggi..tapi abahnya?? Lena je tidur kan..itulah kasih seorang ibu...anak demam je terus risau bukan main lagi..ayah cool je..

Masuk bilik nak tidur terus buat apa yang dah bagitahu kak yaya tadi..sambil2 tu baca selawat syifa'..Semoga dipermudahkan untuk sembuh.
__________________________________________

19/11/2014 @ 5.15pm

Tengahari tadi call mak kat rumah tanya khabar kak yaya yang demam sejak petang semalam..mak cakap dah ok dah sikit..mak cakap, bangun2 tidur terus mintak nak makan gula2 (nutriferon).

Malam tadi dah bagi 1/3 sachet..baki simpan dalam peti sejuk..dah pesan kat kak yaya, pagi besok makan sikit lagi..pastu simpan sikit untuk malam nnt..tapi mak cakap dia dah masuk mulut semua dah...banyak tu..huhu..langsung tak kongsi ngn adik..dah la stok sgt2 la limited..


Takpela..harap2 ummi balik nnt kak yaya dah sihat dah..



19/11/2014 @ 6.30pm

Sampai je kat rumah terus sentuh badan kak yaya..Alhamdulillah..dia dah sihat dah:).. Nutriferon, omegaguard, sponging dan doa seorang ibu hanyalah asbab bagi kesembuhan kak yaya...Allah yang bagi kak yaya sembuh cepat..dalam 24 jam je..Alhamdulillah..nikmat sihat yang kadang2 kita lupa untuk kita syukuri..

Klik untuk order: Omegaguard & Nutriferon


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, November 9, 2014

Sihat Tanpa Ubat..Mencegah Lebih Baik daripada Merawat




Boleh ke sihat tanpa ubat?

Kalau badan sihat, nutrisi harian pun cukup, InsyaAllah kita boleh sihat tanpa ubat.

Ubat digunakan untuk merawat penyakit dan diambil masa sakit sahaja, tetapi supplement untuk mencegah penyakit dan boleh diambil bila2 masa.

Ubat adalah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi biokimia dalam tuibuh untuk menghapuskan penyakit.

Supplement membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membina sel, tisu, enzim serta tindakan biokimia tubuh. Ia membantu mencegah dan mengawal punca penyakit terutamanya yang disebabkan oleh ketidakseimbangan nutrisi.

Mencegah lebih baik daripada merawat..



Kisah Saya dah Shaklee.

Dulu kalau anak demam selalu bagi supp paracetamol atau supp voltaren je terus..nak bagi syrup paracetamol diorang memnag taknak..



Sekarang bila diorang demam, saya kasi OMEGAGUARD + sponging je (unless temp>39ºC)

Dulu2 kalau dorang batuk doktor kasi antibiotik terus ganti dengan NUTRIFERON..sbb kompem2 dorg tak boleh minum dan habiskan antibiotik tu..bahaya kalau minum tak abes kan..nanti resistance lagi teruk..

Kalau husben demam saya bagi je vitamin C 2 biji + omegaguard. Pastu bancuh nutriferon dgn performance drink..biasanya sekali makan dah ok..insyaAllah..

Untuk saya..alhamdulillah dah lama tak sakit..kalau mc pun sbb food poisoning..saya dah lame consume supplement shaklee..mungkin tu yg membantu kuatkan sistem imun saya..ibu mesti sentiasa sihat..baru boleh jage yang lain:).

Shaklee Effect yang banyak memberi kesan kepada saya adalah berjaya menyusukan anak ke2 saya Zulfa sehingga setahum berbanding anak pertama saya Athirah sempat breastfeed untuk 3 bulan sahaja..Alhamdulillah dipertemukan dengan double milkbooster ESP + Alfalfa Complex...banyak membantu saya sepanjang perjuangan menyusukan Zulfa..InsyaAllah untuk anak ke3 akan diteruskan juga dengan double milkbooster nie bersama2 supplement shaklee yang lain..





2 Nov 2014:


Buat kali pertamanya sepanjang mengandung anak ke3 nie (dah 35mggu) terkena kejang kaki masa tidur..kompem la menjerit kesakitan kan...hanya ibu2 je yang pernah rasa kan:))



Nasib baik suami takde sakit jantung..kalau tak dah lama kene heart attack sbb tibe2 dgr isteri menjerit kan..bertindak mengikut arahan..tolak ibu jari kaki ke depan..Alhamdulillah..hilang kejang:))

Tiap2 malam sebelum tidur tak pernah lupe utk telan ostematrix 2 biji..

Ostematrix memang banyak membantu..mencegah kejang kaki, tidur lebih lena dan hilangkan sakit2 badan..b***k pun lawas je..

Itulah shaklee effect saya..masa mengandungkan athirah dan zulfa dulu selalu sangat kena kejang kaki..tiap2 malam boleh dgr jeritan saya kot:))

Sekarang tiap2 hari membuang..kalau dulu seminggu sekali pun susah..sy mmg pengidap sembelit yang kronik..memang selalu la kene beli supp bisacodyl atau enema tu..kadang2 ambil Tab Bisacodyl..sampai satu tahap saya rasa supp dan enema tu dah tak berfungsi dah untuk saya..tapi sekarang Alhamdulillah tidak lagi dengan OSTEMATRIX.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 Nov 2014:

Walaupun dah ambil 2 biji Ostematrix sebelum tidur, saya masih mengalami kejang kaki pada waktu malam. Saya cuba mencari punca mengapa terjadinya kejang kai di internet. Melalui pembacaan saya, faktor utama adalah kekurangan kalsium dan berat bayi dalam kandungan yang makin bertambah. Jadi, saya mengambil keputasan untuk naikkan dos Ostematrix saya kepada 4 biji sebelum tidur..Alhamdulillah..kejang kai dah tak menyerang saya lagi (9/11/2014).


Pilihan ditangan anda.

Nak sihat ke Nak Sakit?
Nak dadah sintetik ke Nak Supplement Semulajadi?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Monday, October 6, 2014

Nutriferon dan Performance Drink Untuk Rawat Demam Denggi

3/10/2014 : Suami demam panas..sejak 2 hari lepas dah mula sakit2 badan + sakit kepala..last2 demam arini..terpaksa ambil mc sbb tak larat nak bangun..

Jadi saya bancuh, air oren sunquick + performance drink + Nutriferon..pastu telan 2 biji vita C SR. Pasni nak kasi omegaguard la pulak..kalau boleh semua yang boleh boost up sistem imun semua nak kasi:). 

Semoga cepat sembuh suamiku Lisam Ramli...takut2 demam denggi je..baik cegah sebelum makin teruk.

Ikuti langkah yang perlu diambil oleh individu yang dijangkiti virus denggi oleh Puan Sarah, Nutritionist Shaklee:


Bagaimana Shaklee boleh bantu anda yang dijangkiti virus denggi?




Performance Drink untuk memastikan keseimbangan elektrolit dalam cecair badan, mengelakkan dehidrasi dan memberi tenaga segera.

Klik untuk order: Performance Drink



Nutriferon untuk merangsang pembebasan interferon yang mana akan mengaktifkan sistem imun untuk memusnahkan virus yang menyebabkan demam denggi.
Klik untuk order: Nutriferon

Vitamin C Dan omegaguard juga bertindak untuk menguatkan sistem imun untuk melawan virus denggi.
Klik untuk order: Vita C SR & Omegaguard

ESP : Sumber protein untuk membekalkan tenaga.
Klik Untuk Order: ESP

5/10/2014: Alhamdulillah suamiku dah kembali sihat...nasib baik cepat sembuh..bagi Nutriferon sekali je..sekarang nak jimat stok Nutriferon sebab sekarang satu Malaysia out of stock..nak simpan untuk anak..(sayang kat anak lebih dari suami nie...ish3x)


Jom baca lanjut berkaitan Demam Denggi:

(sumber:http://www.myhealth.gov.my/)
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis