Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, kanak2-kanak mahupun orang dewasa senang untuk mendapat demam, batuk dan selsema. Keluarga saya pun tak terkecuali. Bermula dengan Athirah (anak sulong), lepas tu zulfa (anak ke2), kemudian suami saya. Dan akhirnya Alya pun kena sekali. Nie la yang paling saya risau..Alya kecik lagi. baru 3 bulan.
Masa Athirah batuk pun saya dah rasa teruk sangat. Asyik muntah je. taknak makan..taknak minum..Risau dibuatnya. Zulfa ok sikit. Walaupun batuk dia masih minum susu dan makan. Omegaguard pun tak payah offer, mesti dia mintak sendiri nak makan. Tu yang saya tak risau sangat. Athirah nie cerewet sikit. Liat sangat nak makan ubat. Yang paling senang nak bagi die makan Nutriferon la. Tapi masalahnya Nutriferon 1 Malaysia takde stok..camne tu..pening kepala mak taw..huhu..
Awalnya, saya malas nak bawak Athirah pergi Klinik, tapi bila batuk dia makin teruk, macam berkahak je bunyi dia, saya ajak suami pergi klinik. Macam biasa la, dapat ubat batuk dengan antibiotik. Kompem2 la Athirah tak makan kan. Saya pun malas nak paksa. Kalau Zulfa, selambe je bukak mulut nak makan ubat...beza..memang berbeza:)).
Ibu mane yang tak risau kan bila anak sakit. Macam biasa la zaman di hujung jari nie..Saya google ape yang patut. Cari petua semulajadi untuk hilangkan batuk dan selsema.
Macam2 petua yang saya jumpa..dan ini yang saya buat;
1. Hirisan bawang merah : Letak dalam bekas kecik kemudian letakkan dalam ruang2 rumah untuk serap toksin2 dalam udara.
2. Garlic oil :
Bakar bawang putih yang masih berkulit. Lepas tu tumbuk sikit, kemudian campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan pada tapak kaki, dada, belakang dan betis. Sambil2 sapu tu bacalah selawat syifa'...yang nie tiap2 pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur saya buat...Sangat2 membantu..Amazing:))
3. Steaming dan percusion untuk Alya:
Steaming :
Letak air panas yang baru mendidih dalam besen kecik. Pastu letak bawang putih mentah yang ditumbuk, kadang2 saya letak minyak Habbatus sauda atau apa2 je yang bersifat antibakteria atau antivirus .
Letak air panas yang baru mendidih dalam besen kecik. Pastu letak bawang putih mentah yang ditumbuk, kadang2 saya letak minyak Habbatus sauda atau apa2 je yang bersifat antibakteria atau antivirus .
Kemudian baringkan anak atas riba dan halakan muka anak dalam besen yang berisi air panas (Saya peganga anak dalam posisi meniarap). Jarak antara anak dan besen berisi air panas tu agak2 la..jangan terlalu dekat sangat takut nanti wap panas tu terkena muka bayi pulak.
Dalam masa yang sama selimutkan anak dengan kain lampin untuk perangkap wap air daripada terbebas keluar. Steaming bertujuan untuk menyalurkan antibakteria dan antivirus supaya sampai ke peparu. Semasa proses steaming, saluran pernafasan termasuk peparu akan terbuka. Jadi masa ini lah paling sesuai untuk buat percussion untuk keluarkan kahak.

Teknik percussion:
Rapatkan semua jari dan melengkungkan sedikit (macam nak tadah air dengan tangan).
Lepas tu tepuk belakang dada anak. Selang seli kedua2 belah. Jangan tepuk pada tulang belakang. Beri tepukan yang perlahan sahaja. Kalau anak menangis, biarkan je sebab lagi senang kahak nak keluar..teruskan tepukan.

Buat lebih kurang 15-20 minit setiap sesi. Sebaik-baiknya buat 2 kali sehari, pagi dan malam.
Berkat kesabaran dan kerajinan saya buat petua di atas, Alhamdulillah anak sembuh daripada batuk..Masa mula2 batuk tu Zulfa ada makan ubat hospital, tapi bila saya dah mula buat petua di atas saya hentikansemua ubat hospital.
Alya pulak , saya memang tak kasi ubat langsung. Saya kerapkan menyusu, sapu garlic oil, steaming dan percussion. Untuk saya sendiri, saya tambahkan dos Vita C SR setiap 5 jam sebiji dan konsisten ambil Omegaguard. Dengan harapan apa yang saya makan dapat disalurkan pada Alya melalui susu ibu.
Alhamdulillah..anak2 saya beransur sihat. Walaupun petua2 nie mengambil masa untuk menunjukkan kesan, tapi setiap hari saya boleh nampak perubahan positif...Alhamdulillah.
Semoga membantu ibu2:))
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe
No comments:
Post a Comment