Saturday, March 28, 2015

Tips Melatih Bayi Menyusu Botol


Assalamualaikum & Selamat Pagi ibu2 hebat..

Dah lame tak bersiaran di alam maya nie..Desktop kat rumah rosak dikerjakan anak2 syurga kitorang..terlebih lasak, padahal anak dara..tu yg ambik mase nak update blog. Kena tunggu hujung minggu baru boleh pinjam laptop suami.

Berbaki lagi 4 hari sebelum masuk kerja. Dah mula rasa sedih sebab terpaksa hantar ke nursery. Dah 3 minggu jugak bottle training. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk introduce botol kat Alya tapi akhirnya dia boleh minum susu EBM guna botol. Macam2 puting yang dicube. Alya paling suka puting pada botol breastpump spectra M1. Tapi tula kan, mase beli set pam diorang hanya bekalkan 2 botol dan 2 puting. Takkan nak bergantung pada puting tu je. Kemudian kitorang  ambil keputusan untuk beli puting yang lebih kurang sama dengan Spectra M1. Puting tu lembut sangat. Macam puting ibu. Bila pergi kedai barangan bayi, yang paling hampir adalah Puting Comotomo. tapi harga mak aih RM70 1 set botol dan puting. Untuk jangka panjang macam sesak jugak la..tapi saya beli jugak sebab rasa Alya nie memilih sangat. Salah saya jugak lambat perkenalkan botol kat dia kan..


Alya memang minum elok je dengan botol Comotomo ni. Tapi bila fikirkan kos untuk satu botol tu membuatkan saya tawar hati untuk teruskan. Lepas tu saya godek2 tupperware bekas isi variasi puting yang dah beli awal2 dulu tapi di "reject' oleh Alya. Bile tengok2, puting Pegion Peristaltic nie lebih kurang same dengan Comotomo jugak. Puting die pun lembut dan fleksibel. Jadi, saya cuba bagi Alya susu guna botol Pegion tu..Alhamdulillah, laju je die minum. Dulu mase awal2 beli botol tu die 'reject' jugak..selamat duit ummi:)) Yang nie kalau tak silap Rm17 set botol dan puting. Kire okla kan kalau nak dibandingkan dengan Comotomo.

Okeh, done pasal bottle training. Nie bahagian yang agak mencabar jugak. Nak perkenalkan frozen EBM kat Alya. Of course la dia "reject" pada awalnya kan. risau jugak. Camne nak habiskan stok yang dah penuh dalam chest freezer tu. Membazir kalau dia tak minum. Walaupun pada mulanya Alya menolak, berkat kesabaran saya terus-terusan bagi susu beku yang dah cair tu, akhirnye dia minum jugak. Saya mulakan dengan bagi dia minum 'thawed frozen EBM' masa waktu dia bangun tidur, mase tengah mamai lagi. Kalau tengah mamai elok je dia minum. Hari pertama, saya bagi untuk sekali minum je,yang lain semua fresh EBM..selang beberapa hari  bagi untuk 2 kali minum. Sekarang dia dah tak "reject" dah..Alhamdulillah..dipermudahkan urusan oleh-NYA. Kalau tak, kecewa jugak sebab stok frozen EBM dah banyak dah.

Secara ringkasnya, ada beberapa tips yang boleh anda cuba semasa melatih bayi menyusu botol:

1) Susu EBM: Mulakan memberi fresh EBM/chilled EBM kerana biasanya bayi akan menolak jika dimulakan dengan frozen EBM kerana rasanya sedikit berlainan daripada susu ibu. Setelah anak mula menerima chuilled EBM, bolehlah mula memberi frozen EBM pula.

2) Bantuan orang ke 3: Digalakkan untuk meminta bantuan orang ke 3 contohnya si ayah atau pengasuh untuk memperkenalkan botol kepada bayi anda. Logiknya, bayi akan sukar menerima botol jika dia merasa payudara ibunya berdekatan.

3) Pelbagaikan posisi penyusuan: Cuba posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi.

4) Uji kemahuan bayi: Bagi susu botol kepada bayi ketika di betul2 lapar. Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi. Jika bayi tiada respons atau menolak, maksudnya si bayi belum lapar.

5) Susu pada malam hari: Cuba susukan pada waktu malam ketika bayi lebih relaks. Bayi akan akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.

6) Peluk dan tenangkan bayi: cuba bercakap-cakap dengan bayi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Ia akan membuatkan bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya daripada payudara ibu.

7) Gunakan puting yang bersesuaian: Sebolehnya pilihlah puting yang menyerupai puting payudara ibu supaya bayi tidak keliru. Pastikan saiz lubang puting untuk newborn atau slow flow.

8) Mulakan seawal 2-3 minggu sebelum bekerja: Ini adalah masa terbaik untuk melatih bayi. 

9) Jangan putus asa: jangan sesekali mengalah dan lembut hati bila melihat anak menangis. Cekalkan hati semasa sesi 'bottle training'. Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan botol. Lama-kelamaan pasti bayi anda dapat menerima botol.

Credit to www.mothersfirstchoice.com

Semoga Membantu..jangan stress2 ye ibu2..teruskan berusaha :))

No comments:

Post a Comment

AddThis