Saturday, March 21, 2015

Perlukah Hentikan Penyusuan Anak Ketika Hamil Semula?

Kemusykilan seorang ibu:

Salam..saya nak kepastian. Saya mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya berumur 6 bln. Sekarang saya disahkan hamil 5 minggu. Saya perasan bahawa susu badan makin berkurangan. Adakah saya boleh meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak saya? Jika boleh, apakah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu saya?

PENYUSUAN SEMASA HAMIL

Semasa ibu hamil, badan akan mengalami perubahan hormon. Dimana hormon prolaktin iaitu hormon penghasilan susu akan berkurangan, utk memberi peluang kepada hormon wanita (estrogen dan progesteron) meningkat. Apabila hormon penghasilan susu menurun, susu ibu juga akan merudum, ini adalah sangat sangat normal.

Penyusuan susu ibu boleh diteruskan seperti biasa tetapi jika boleh elakkan pengambilan milk booster atau melakukan teknik untuk meningkatkan kuantiti susu. Sebab apabila ada rangsangan pada kadar tinggi pada payudara, ia boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Susukan anak secara direct feeding seperti biasa dan pam seperti biasa. Penurunan kuantiti susu adalah normal untuk ibu mengandung.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahim , namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormon oksitosin ketika menyusukan bayi bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahim mengecut.

Namun rahim hanya akan mengecut sepenuhnya disebabkan oleh hormon oksitosin selepas tempoh kehamilan 37 minggu. Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, sejarah kehamilan yang lepas perlu diambil kira. Jika pernah mengalami perkara di bawah, kurangkan / hentikan penyusuan semasa hamil:

1. pernah keguguran
2. pernah mengalami pendarahan semasa kehamilan lalu
3. pernah mengalami tumpah darah selepas bersalin
4. sedang hamil bayi kembar.
5. pernah melahirkan anak pra-matang

Ini kerana wanita ini mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormon oksitosin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormon itu dikeluarkan dan merangsang rahim untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu, payudara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan.

Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolostrum agak berlainan, ramai anak-anak menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.


Nasihat Pemakanan Bagi Ibu Hamil Yang Masih Menyusu.

1. Wanita hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahim dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran.

2. Pemakanan harus kaya dengan zat besi, folik Asid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.

3. Pastikan rehat yang cukup.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog/perlukah-henti-penyusuan-anak-apabila-hamil-semula/


Apa yang Shaklee boleh bantu anda untuk memenuhi nasihat pemakanan di atas?



Set Ibu Hamil Shaklee terdiri daripada:

1) ESP: Sebagai sumber protein yang membekalkan tenaga berpanjangan. Penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.
2) Vitalea with iron Formula: Multivitamin yang juga mengandungi Zat besi.
3) B Complex with folic acid: Penting untuk penghasilan tenaga dan mengurangkan stress.
4) Vita C SR: Untuk meningkatkan sistem imun.
5) Ostematrix: Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D. Penting untuk perkembangan tulang bayi dan penghasilan susu ibu.
6) Omegaguard: Untuk perkembangan mata dan otak bayi. (2nd & 3rd trimester)

Klik Untuk order : Set Ibu Hamil

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis