Thursday, March 5, 2015

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul


Susu ibu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu perlu mengetahui cara terbaik untuk menyimpan susu perahan untuk si manja.

1) Susu perahan segar boleh disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27-32 darjah celsius, ia boleh bertahan selama 3-4 jam.

2) Susu  perahan segar selamat pada suhu < 15 darjah celsius untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung dalam sampel kajian. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu perahan segar pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4 darjah Clecius. Oleh itu, pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

3) Kajian  pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah ia masih selamat selepas 4-8 hari didinginkan (chiller: 2-4 darjah celcius).

4) Membekukan susu perahan (-4 hingga -20 darjah celsius) adalah selamat untuk digunakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Vitamin A, E dab b, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyma dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu perahan beku perlu disimpan dibahagian belakang peti sejuk untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu perahan perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

5) Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu perahan, sedikit ruang perlu ditinggalkan dibahagian atas bekas penyimpanan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu perahan perlu dilabel terutamanya jika anda perlu membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu perahan kepada ramai bayi lain.. Biasanya bayi memerlukan 60-120ml setiap sesi penyusuan ketika berada dirumah pengasuh, Jadi, simpan susu perahan dalam stok 60-120ml setiap satu untuk mengelakkan pembaziran.

6) Elakkan menambah susu perahan yang masih suam (baru diperah) ke dalam susu perah sejuk (chiller). Ini bagi mengelakkn pemanasan semula susu perahan yang telah disejukkan. Adalah lebih baik jikaanda menyejukkan terlebih dahulu susu perahan tersebut sebelum dicampurkan dengan stok susu perahan sedia ada.

Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang mebantu proses penghadaman bayi). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.
Klik Untuk Order: Set Menyusu lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis