Monday, March 23, 2015

Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya: Senarai Semak Untuk Ibu Bekerja


Sebagai pemula bicara, ikuti dulu perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

Senarai Semak Untuk Ibu Bekerjaya:


1) Stok susu ibu:  Sediakan seberapa banyak stok susu ibu yang mampu seawal sebulan selepas kelahiran.


2) Pengasuh/ penjaga bayi: Ajar pengasuh/penjaga bayi anda cara-cara mengendalikan susu ibu perahan (simpan, cairkan dan cara berikan susu pada bayi menggunakan susu atau cawan).


3) Bayi: Ajar bayi anda minum susu perahan (selepas bayi berumur 1 bulan) menggunakan sudu atau cawan dan secara intensif 2 minggu sebelum anda mula bekerja di rumah pengasuh/penjaga bayi.


4) Pakaian yang selesa untuk penyusuan: Pilih baju yang mudah untuk memerah susu dan menyusukan bayi dan pakai coli penyusuan.


5) Peralatan: Sediakan pelapik coli, pek ais "ice pack", bekas menyimpan susu/botol berpenutup, bekas penyejuk "cooler bag" dan pam jika perlu [marmet (perah dengan tangan) pun boleh].


6) Penyediaan susu ibu: Pastikan anda mempunyai simpanan susu yang mencukupi di dalam peti sejuk untuk diserahkan kepada pengasuh yang akan menyusukan bayi anda. Letakkan susu beku di bahagian sejuk dingin pada malam hari (12-16oz) untuk diserahkan kepada pengasuh pada keesokkan harinya. Gunakan susu yang paling awal diperah.


7) Pasangkan jam loceng: Bangun lebih awal dari biasa agar anda mempunyai banyak masa untuk menyusukan bayi sebelum bertolak ke tempat kerja. (Susukan bayi disamping mengepam di sebelah lagi)


8) Waktu memerah susu: Pastikan anda memerah susu di tempat kerja sekerap yang mungkin mengikut waktu anda menyusukan bayi di rumah (sekurang-kurangnya 3 kali sehari). Jangan ponteng atau lewatkan masa memerah susu. Simpan susu yang telah diperah ke dalam bekas tertutup dan simpan dalam bekas penyejuk "cooler bag" atau di bahagian dingin peti sejuk di pejabat sekiranya ada.


9) Mengekalkan kualiti susu ibu perahan: Masukkan susu yang disimpan di rak sejuk dingin ke dalam "cooler bag" yang berisi "ice pack" untuk dihantar kepada pengasuh. Bawa susu perahan pulang daripda tempat kerja anda dalam keadaan sejuk. Masukkan ke dalam "cooler bag" yang berisi "ice pack".


10) Simpan susu yang diperah untuk kegunaan seterusnya: Simpan susu perahan yang dibawa pulang ke dalam bahagian dingin peti sejuk 1 atau 2 botol untuk kegunaan keesokkannya. Simpan selebihnya di bahagian beku peti sejuk untuk kegunaan akan datang. Susu perahan yang tidak digunakan di bahagian dingin peti sejuk lebih daripada 5 hari perlu di simpan di bahagian sejuk beku.

Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis