Showing posts with label set kanak-kanak sihat. Show all posts
Showing posts with label set kanak-kanak sihat. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Sakit Telinga Datang lagi!!!

Pagi semalam (23/11/2014) Athirah mengadu air masuk dalam telinga masa mandi..lepas tu dia mintak kuarkan air tu..saya pun pergi ambil cotton bulk untuk bersihkan telinga dia..tak lama lepas tu dia mengadu sakit telinga kat abah dia..padahal saya hanya bersihkan bahagian luar je..dah lama tak bersihkan telinga dia sebab orang cakap tak elok selalu bersihkan telinga budak2 nie, sebab sebenarnya tahi telinga tu jadi peling untuk dia..pastu merangek2 nak mintak letakkan ubat...dah la memang takde ubat telinga pun kat umah tu...lame jugak dia merengek..dari tengahari sampai ke petang..ata last pukul 6 petang baru bawak dia pergi klinik.

Bila doktor periksa telinga dia, doktor cakap ada tahi telinga keras dalam telinga dia..sampai gegendang telinga pun tak nampak...doktor bagi syrup paracetamol untuk tahan sakit dan ubat titis telinga yang mengandungi Dexamethasone (steroid) dan neomycin (antibiotik) untuk cairkan tahi telinga yang keras tu..balik je rumah Athirah tiba2 cakap taknak letak ubat..dia cakap sakit..tapi saya paksa jugak sampai dia nangis..

Klik Untuk Order: Nutriferon

Lepas tu saya kasi 1/3 sachet Nutriferon..Dia memang suka makan nutriferon tu..cepat je bukak mulut..pastu dalam susu dia saya letak minyak habbatus sauda sebab omegaguard kat rumah nie dah abes. Habbatus sauda nie jugak mempunyai sifat anti-inflamasi dan antibiotik...Syrup paracetamol saya tak bagi pun sebab memang tahu dia takkan minum.

Klik Untuk Order: Omegaguard


Malam tu tiba2 suhu badan Athirah naik..saya memang dah jngka dah..tambah2 lagi masa singgah solat kat masjid dia terkena hujan..ditambah lagi dengan jangkitan kat telinga tu mesti la suhu badan dia naik kan..saya cuba untuk sponging..tapi kali ni dia mengamuk cakap taknak..sebelum nie ok je..balut badan dengan kain basah pun ok je..tp malam tu dia nangis taknak kena balut..cakap dia tak demam...menjelang pagi badan dia makin panas..risau saya dibuatnya..saya cube untuk lap2 je badan dia sikit2...bangun pagi Alhamdulillah suhu badan dah turun..tunggu nak sihat sepenuhnye je..Bila tanya nak letak ubat titis telinga tak..dia cakap taknak..dah tak sakit dah..huhu..boleh percaya ke??..pasni kena paksa jugak la letak ubat titis tu..at least kena titis tiga hari.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, September 24, 2014

Omegaguard Shaklee Untuk Anak Sihat Dan Pintar



DHA yang diperlukan mengikut umur kanak-kanak.


Omegaguard mengandungi DHA & EPA yang diperlukan untuk kesihatan anak2.

Saya bagi kat anak2 2-3x seminggu je unless diorang tak sihat, saya akan bagi setiap hari...Alhamdulillah..setakat ni kesan yang sangat memuaskan...tak perlu nak pergi klinik jumpa doktor..




Sebotol ada 90 biji

Cadangan pengambilan: 3biji sehari (untuk yang nak bakar lemak2).


Untuk kuatkan sistem imun dan perkembangan otak, sebiji sehari pun dah cukup.

3 biji omegaguard membekalkan:
 330mg omega 3 fatty acid
180mg EPA
120mg DHA


Klik untuk order: Omegaguard

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, September 20, 2014

Supplement Untuk Anak Sihat dan Pintar

Back to school supplement

Orang baru start cuti, dah nak back to school kan:)

Apa salahnya buat persediaan awal kan..

Kita sanggup berhabis duit untuk bawak anak2 jalan2 cuti2 malaysia, beli baju branded2 tapi untuk kesihatan anak2??

Kesihatan anak2 tak ternilai harganya kan..kalau tengok anak sakit, mesti rasa nak pindahkan sakit tu pada diri kita kan...kasih seorang ibu kan..
kasih seorang bapa camne?cool je memanjang kan:)

Promosi Mealshakes beli 3 percuma 1 masih berlangsung ye ibu2... Meal Shakes ni minuman multivitamin dan multimineral yang membantu untuk memberi nutriri lengkap kepada anak2.

Omegaguard walaupun bukan promosi sebotol boleh tahan 3 bulan jugak..sebiji sehari je..lain la kalau ibu2 pun bedal sama 3 biji sehari untuk bakar lemak2 yang tak diingini tu..Untuk anak2, omegaguard ni berfungsi untuk menajamkan minda anak-anak kerana kaya dengan DHA & EPA. Ia juga bagus untuk kuatkan sistem imun anak-anak.

Klik untuk order: Omegaguard & Meal Shakes

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Anak Batuk Dan Selsema Sebab Jerebu


Sekarang musim budak2 demam selsema kan...sebab jerebu ke?

Risau athirah dgn zulfa pun terkena jugak..pasni kena konsisten kasi Omegaguard la..Omegaguard ni terdiri daripada minyak ikan yang kaya dengan DHA & EPA yang bagus untuk meningkatkan sistem imun.

Biasanya saya picit omegaguard campur dalam bubur nasi diorang je..diorang suke makan bubur nasi ikan...rasa macam bubur lambuk je..cume takde pucuk midin je:)..Adakalanya saya campur je dalam susu diorang..


Selain omegaguard, supplement lain yang boleh kuatkan sistem imun adalah Nutriferon. Tapi buat masa ni stok limited sangat2..nak order pun  takde stok lagi..terpaksela korbankan beberapa sachet yang tinggal kat umah ni..semua demi anak2:)

Jom kita ambil tahu fakta berkaitan jerebu.

Sumber http://www.infosihat.gov.my/

Apakah jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel yang kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan tearpung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan  jarak pandangan mata kasar.

Punca2:

1) Pembakaran secara terbuka.
2) Asap dari kilang
3) Asap dari kenderaan

Tanda dan gejala kesan jerebu kepada kesihatan:

1) Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
2) Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
3) Mata terasa pedih dan berair
4) Hidung berair dan kerap bersin
5) Kulit badan terasa gatal-gatal
6) Terasa sakit dada

Golongan berisiko tinggi untuk dapat kesan buruk daripada Jerebu:
1) Kanak-kanak
2) Orang tua
3) Mereka yang mengalami penyakit asma, bromkitis, radangparu-paru, jantung dan alahan.
4) Perokok
5) Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat dan rumah

Pencegahan yang boleh diambil:
1) Pakai penutup hidung terutamanya penunggang motosikal dan mereka yang nekerja di luar bangunan atau tempat-tempat berhabuk.
2) Jangan merokok di dalam rumah (Berhenti merokok adalah lebih baik)
3) Tinggal dalam rumah atau bangunan.
4) Kurangkan aktiviti luar.
5) Sentiasa membasuh muka dan kulit yang terdedah kepada jerebu.
6) Gunakan kenderaan berhawa dingin.
7) Minum banyak air.
8) Mereka yang berisikop tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan jerebu.

Cegah Lagi Baik Dari Merawat.

Klik Untuk Order: Omegaguard & Nutriferon


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, March 22, 2014

Anak Sihat Dengan Nutriferon Shaklee

Alhamdulillah. Dah kembali berhujung minggu. Bangun pagi2 terus mandi ngadap komputer. Ambil peluang masa anak tengah tidur untuk update blog. Pagi ni saya nak berkongsi tentang anak saya Athirah yang mengalami batuk yang berpanjangan. Boleh kata dah sebulan. Mungkin sebab bercampur dengan kawan2 lain di nursery menyebabkan dia selalu selsema dan batuk.

Alhamdulillah, saya mula perasaan Athirah dah tak lagi batuk sejak seminggu yang lepas. Dan tak muntah2 macam dulu setiap kali dia batuk. Mungkinkah sebab saya bagi dia makan Nutriferon Shaklee? 



Sejak seminggu yang lepas saya memang bagi Athirah makan Nutriferon secara konsisten. 1 sachet untuk 2 hari makan. Berkongsi pulak dengan adiknya Zulfa. Jadi, boleh kata untuk sehari 1/4 sachet jela. Jimat kan :). RM 181.20 untuk 30 sachet. Boleh tahan untuk 2 bulan. Kalau untuk dewesa, pengambilan yang disarankan adalah 1 sachet sehari. InsyaAllah saya akan terus bagi Athirah dan Zulfa Nutriferon secara konsisten. Sekarang ni, bila cakap "siapa nak gula2 ummi?", mesti Athirah dan Zulfa terus datang bukak mulut. Seronok tengok anak suka makan supplement. Semua untuk kebaikan mereka. Tak sanggup nak tengok anak sakit. Jadi, saya nak kuatkan sistem imun mereka dengan Nutriferon Shaklee yang pastinya semulajadi. Kalau boleh tak nak bagi anak makan antibiotik lagi (saya bukan anti moderm medicine ye, cume kalau ada pilihan yang berasaskan bahan semulajadi saya PILIH BAHAN SEMULA JADI).

Ingin tahu lebih lagi mengenai Nutriferon Shaklee? Atau supplement lain yang sesuai untuk anak anda?

Tiada yang lebih berharga dari kesihatan anak-anak.

Klik Untuk Order : Nutriferon Untuk Anak Sihat

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, March 16, 2014

Rawat Telinga Anak Bernanah dan Berair Dengan Vitamin Shaklee

Tengahari tadi bawa Athirah pergi klinik untuk periksa telinga kanannya. Sudah 2 minggu telinga Athirah dijangkiti kuman kesan daripada batuk yang berpanjangan. Mungkin ibu-ibu di luar sana pernah mengalami masalah yang sama.

Sebenarnya ini kali 3 Athirah pergi klinik untuk mendapatkan rawatan untuk telinga kanannya. Kali pertama pergi klinik, doktor cakap telinga Athirah "bocor" sebab tu ada lelehan dan nanah keluar. Lantaran itu, doktor memberi antibiotik untuk diminum 2 kali sehari selama seminggu dan dan semula untuk rawatan susulan. Malangnya, Athirah tak nak makan ubat. Letak dalam susu pun dia taknak. Sanggup tak minum susu. Dia cakap nak susu baru sebab susu tu dah basi. Pening kepala dibuatnya.

Saya ikhtiar dengan cara lain. Demi anak tercinta terus saya order Nutriferon Shaklee untuk Athirah. Sementara menunggu supplement yang diorder sampai, saya berikan Athirah Omegaguard untuk tingkatkan sistem imunnya. Saya campur dalam susu sebab Athirah memang susah nak makan ubat. Kadang-kadang campur dalam bubur adiknya Zulfa. Biasanya Athirah akan kongsi makan bubur dengan adik. Mealshakes memang saya tak pernah lupa untuk dicampur dalam susu Athirah. Semuanya untuk kesihatan Athirah sebab Athirah kurang selera makan. Tak macam Zulfa, asyik makan je :)


Cadangan Supplement untuk kanak-kanak


Dua hari selepas order online, nutriferon pun selamat saya terima. Seronok nak bagi Athirah makan..Tapi sekali lagi..Athirah reject. Tak nak makan. So saya decide untuk campur dalam susu. Saya hanya bagi 1/3 paket sehari. Alhamdulillah selepas seminggu telinga Athirah dah tak berair dan bernanah macam sebelumnya...

oppsss..lupa nak cakap tadi. Selain Vitamin Shaklee saya juga bagi Athirah Minyak Habbatus Sauda untuk menggantikan Chlorpheniramine Syrup. Doktor cakap penting untuk minum Chlorpheniramine Syrup supaya saluran di telinga cepat kering. Kenapa saya ganti dengan Habbatus Sauda? Sebab Habbatus Sauda ada Anti-inflammatory effect sama macam Chlorpheniramine. Lagipun Habbatus Sauda kan ubat untuk semua penyakit kecuali MATI. So tak salah kita cuba kan :)

Sambung cerita tadi, selepas seminggu saya bawa lagi Athirah ke klinik yang sama tapi kali ni bukan doktor yang sama. Saya terus berterus terang dengan Doktor tersebut bahawa Athirah tidak makan langsung antibiotik yang diberi minggu lepas. Doktor periksa lagi telinga Athirah untuk kali ke2. Doktor yang ke2 ni cakap telinga takde "bocor" cuma masih ada keradangan (inflammation). (Adakah bermakna percubaan saya menggunakan Nutriferon, Omegaguard dan Habbatus Sauda berjaya??..mungkin..

Doktor yang ke2 bertanya, doktor yang pertama tak bagi ubat titis ke? saya cakap tak, sebab doktor pertama cakap Ubat titis tak berguna untuk kes Athirah. Doktor ke2 buat muka cam pelik kenapa doktor pertama tak bagi ubat titis. Lantas, untuk kali ini doktor tersebut bagi sejenis ubat titis yang mengandungi antibiotik dan antiinflammasi untuk 1 minggu.

Balik rumah terus Athirah minta untuk letak ubat dalam telinga. Dia memang suka ubat2 external ni :). Kali ini mudah untuk melengkapkan terapi ubat titis selama seminggu. Cukup seminggu saya pun berhenti bagi ubat titis kat Athirah walaupun dia asyik mintak je..seronok kot..Saya pun berhenti bagi Nutriferon kat Athirah. Lagipun sayang nak teruskan sebab benda mahal kan..so nak simpan untuk kecemasan nanti..lagipun telinga Athirah nampak dah ok.

Malangnya selepas seminggu berhenti bagi ubat titis dan Nutriferon, telinga dan bernanah semula. Terus saya risau. Saya ajak suami bawa Athirah ke klinik yang khusus untuk telinga. Cari punya cari yang kitorang jumpa bukan khusus untuk telinga sahaja tapi bidang lain jugak...tak pela..yang penting dia tulis untuk ENT. So saya masuk jela. Kali ini, doktor cakap memang masih berair dan bernanah lagi. Doktor cakap mungkin di bahagian dalam telinga dan pecah sebab tu ada lelehan keluar. Doktor cakap kena sembuhkan jangkitan dulu baru gegendang akan cantum semula. Terus rasa lega sikit. Masih ada harapan untuk sembuh. Tapi sayangnya, doktor bagi ubat minum antibiotik lagi. Untuk sebulan kena minum..SEBULAN taw..lama tu..

Sampai rumah, Athirah macam biasa taknak makan ubat. So macam biasa saya campur dalam susu dia. Tapi kali ni dia minum elok je. Dia tak tahu dalam tu ada ubat. Puas saya fikir, macam mana nak kasi 2 kali sehari. Kalau ikutkan kena bagi setiap 12jam. Tapi disebabkan keculasan Athirah untuk makan ubat saya decide untuk bagi jam 10 malam dan 6 pagi..takpela..halal jela tak cukup lagi 4jam tu. Janji minum..Kali ni saya nekad untuk terus bagi Nutriferon selama sebulan. Sampai Athirah betul2 sembuh.

okla..nanti bila dah cukup sebulan saya update lagi ye..boleh bagi testimoni sendiri untuk Nutriferon.

Klik Untuk Order: Set Anak Sihat

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis