Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis kat blog nie..dah lama takde update..maklum la ibu baru lepas habis pantang:)
Hari nie nak kongsikan pengalaman hantar anak untuk kali pertama ke tadika. Saya pilih Tadika Little Caliph. Lagipun dekat je dengan rumah nie. Saya dah lama decide untuk hanatr anak saya ke little Caliph nie..Sejak belajar kat U lagi..huhu..Masa kat U dulu seronok tengok budak2 yang pergi Little Caliph. Tu yang berangan..nnt ada anak sendiri pun nak hantar kat Little Caliph jugak.
Lepas je selesai bayar yuran pendaftaran untuk masuk ke Little Caliph, terus rasa tak sabar2..ummi pulak yang terlebih excited. Terus fikir mana nak beli beg sekolah, helmet, botol air. Yang pastinya tema frozen yang dicari. Cari punye cari jumpa la beg sekolah frozen warna pink kat Faliyana Mom Store. Botol air frozen beli kat Parkson je. Helmet pulak suami beli kat kedai motor, tak tahu la brand apa tapi yang penting pink. Kak yaya memang suka pink. semua benda nak warna pink.
Dalam2 excited tu sebenarnya rasa takut pun ada. Risau Athirah tak dapat nak sesuaikan diri kat sekolah nanti. Yela..sebelum nie kawan ngn adik, ummi dgn abah je..pastu kawan2 yang lebih muda daripada dia kat nursery lama. Sekarang dah nak pergi sekolah. Athirah dalam kategori budak yang pemalu. Dia tak pandai nak tegur orang lain. Dia akan mula berkawan bila orang lain yang mula tegur dia dulu. Kalau tak dia memang tak berani nak tegur..tu yang buat saya risau.

Alhamdulillah, hari pertama ke sekolah dia ok je..abah dia cakap sampai je terus pergi kat tempat mainan..terus main2 sorang2. .budak2 lain ramai jugak yang nangis..sempat lagi bergambar sebelum abah dia tinggal dia pergi kerja.
Hari ke2 sekolah, dia ok je pagi tu..tapi petang tu bila balik dari sekolah, saya nampak ada kesan lebam kat bawah mata dia. Bila tanya kenapa, dia tak jawab..bila masuk bilik berdua dengan dia saya tanya kenapa..dia cakap terjatuh..lepas tu menangis2 cakap besok taknak pergi sekolah..dia nak ummi temankan dia kat sekolah..
Hari ke3 saya anta dia ke sekolah dan memaklumkan kepada cikgu pasal lebam kat bawah mata. Cikgu cakap dia tak perasan pun bila Athirah jatuh..sebab Athirah tak menangis pun..Sedih sangat tengok Athirah masa tu..dalam fikiran saya mesti masa dia jatuh takde sesiapa yang nampak. Lagipun dia tak kenal sesiapa lagi masa tu..mesti dia tahan je sakit tu..nak menangis pun tak boleh..mesti dia pendam je sampai la masa saya berdua je dengan dia dalam bilik baru dia nangis..kesian kan budak2 terpaksa pendam perasaan..
Ummi pun tak tertahan bila fikir semua tu..masa mengadu kat cikgu berlinang airmata ummi nie..tak tahan fikirkan anak sendiri yang baru belajar nak sesuaikan diri dengan dunia luar..
Ya Allah, semoga Engkau cekalkan hati anakku nie dalam dia meneroka kehidupan yang lebih mencabar kat luar sana..semoga beroleh ilmu yang bermanfaat untuk kebahagian hidup dunia dan akhirat..amin..
Selepas bercerita kat cikgu apa yang berlaku, Athirah menangis meronta2 cakap taknak pergi sekolah..nak ummi teman. tapi akhirnya saya dan suami terpaksa keringkan hati biarkan dia dengan cikgu dalam keadaan menangis...pastu saya cakap kat dia "nnt ummi tunggu dlm kereta ea..nnt kalau kak yaya jatuh panggil ummi kat abwah". (tipu je nie..lepas turun bawah saya terus blk rumah).
Hari ke4, Athirah masih taknak ke sekolah. tapi kami paksa juga. Alhamdulillah hari ke 5 (Jumaat) dia dah ok..dia dah tak nangis dah. Cuma masa anta dia, dia pesan "nnt ummi tunggu kak yaya dalam kete ea..petang nnt yaya turun".
Hari Isnin minggu berikutnya, Athirah masih nak ummi anta dgn kereta. Tapi alhamdulillah, hari selasa dia setuju nak pergi sekolah dengan abah naik motor sebab dia kesian tengok ummi tidur dalam kereta sampai petang sorang2 (sebenarnya lepas anta dia terus balik je:))..Lama kelamaan, Athirah pun suruh abah dia pergi kerja je..tak payah tunggu dia kat motor dah sampai petang..takut nnt kena hujan:))..anak2 kecil mmg percaya apa yang kita cakap..tapi takpela..tipu pun untuk kebaikan dia jugak.
Tiap2 petang lepas balik sekolah kitorang selalu tanya apa yang dia belajar kat sekolah. Alhamdulillah..budak2 memang cepat belajar. Di little Caliph Akhlak yang diajar berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Suka sangat. Saya takk kisah dia tak pandai ilmu dunia, yang penting ilmu akhirat tiptop..Pandai ilmu dunia itu bonus:).
Moral of the Story: Untuk ibu bapa yang baru pertama kali nak anta anak pergi sekolah, kena keringkan hati..kalau anak nangis tinggalkan je dengan cikgu..nnt tahula cikgu nak handle anak kita tu..cikgu2 dah berpengalaman handle budak2 nangis nie:)
Langkah lain yang boleh diambil untuk menangani masalah anak menangis/ tidak mahu ke sekolah adalah:
1. Sediakan mental anak-anak lebih awal untuk ke sekolah. Ceritakan suasana positif dan keseronokan berada di sekolah.
2. Ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak untuk pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.
3. Berfikiran positif dan elakkan menunggu anak dalam kelas terlalu lama kerana ini kana menyukarkan proses penyesuaian.
4. Pastikan tidak lewat menjemput anak pulang dari tadika terutamanya paad minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
5. Menghantar anak ke sekolah secara konsisten kerana tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.
6. Buat kerja rumah dan ulangkali bersama-sama. Tanyakan aktiviti di sekolah dan sebagainya.
7. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan anak supaya dilembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar.
Semoga membantu ibu bapa sekalian :))

No comments:
Post a Comment