Saturday, May 30, 2015

Risau Susu Anda Tidak Cukup Untuk Anak?

Salah satu alasan yang kerap diberi kerana berhenti menyusu ialah ' tidak cukup' susu. Si ibu membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Sama ada tanggapan itu betul atau tidak, masalah bekalan susu yang kurang boleh diatasi.

Apa yang ibu atau orang sekeliling fikir:

1) Bayinya kerap menangis seolah-olah masih tidak puas selepas menyusu..
2) Bayi menyusu terlalu singkat/lama seolah-olah susu ibu tidak mengenyangkan bayi.
3) Bayi enggan menghisap payudara yang 'kosong', bayi mengantuk dan tidak berminat untuk menyusu
4) Peningkatan berat badan bayi yang lemah berpunca daripada pemberian susu ibu.
5) Payudara ibu tidak berasa tegang, tidak mampu memerah banyak atau tidak ada susu sebab itu bayi tidak kenyang.

Tanda Bayi tidak cukup susu:

1)Peningkatan berat badan kurang daripada 500g sebulan dan tidak mengikut graf tumbesaran.
2) Berat badan bayi kurang daripada waktu lahirnya (kecuali yang dilahirkan dengan berat badan yang tinggi)
3) Air kencing bayi yang sedikit, berwarna kuning, berbau dan kurang daripada 6 kali sehari.
4) Najis sedikit, keras, kering dan berwarna hijau.
5) kulit bayi berkedut, wajah pula 'bimbang'.
6) Bayi keletihan, mengantuk dan menangis dengan lemah.

Tanda bayi mendapat cukup susu:

1) Bayi berhenti menghisap sendiri.
2) Penyusuan kerap (8-12 kali dalam masa 24 jam)
3) Dengar bunyi bayi menelan.
4) Buang air kecil lebih 6 kali dalam masa 24 jam.
5) Kerap membuang air besar adalah normal (4-8kali dalam masa 24 jam.
6) Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat.
7) Payudara penuh sebelum menyusu dan 'lembut' selepas menyusu.

Maklumat diatas adalah sebagai garis panduan sahaja. Tetapi ibu2 jangan terlalu risau memikirkan kauntiti susu yang dihasilkan sama ada cukup atau tidak untuk bayi.


Kunci kepada penghasilan susu yang berterusan dan mencukupi adalah dengan penyusuan yang kerap dan konsisten. Risau dan stress boleh merencatkan pengeluaran susu. Jadi, ibu2 jangan terlalu risau. Pastikan pengambilan air yang mencukupi dan pemakanan yang sihat.

Punca "tidak cukup susu"

Faktor Penyusuan.

a) Lekapan yang lemah menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu yang kurang.
b) Masa penyusuan terlalu singkat dan bayi tidak mendapat suus akhir.
c) Jarang menyusu (<8x sehari).
d) Tidak menyusu di waktu malam.
e) Penggunaan botol atau puting tiruan.
f) Pengambilan alkohol atau kafein oleh ibu.

Faktor Bayi.

a) Bayi sakit.
b) tidak cukup bulan, bayi lemah untuk menghisap secara efektif.
c) Pertumbuhan mendadak pada umur 6 minggu dan 3-6bulan, dimana selera bayi bertambah.
d) Tidak normal seperti dilahirkan bibir sumbing atau 'tongue-tie'
e) Otot lemah.

Faktor Psikologi.

a) Kurang keyakinan diri: Ibu muda, tiada pengalaman, pernah mengalami kegagalan dalam penyusuan, bimbang bentuk payudara berubah dan tekanan keluarga atau rakan sebaya.
b) Tidak suka menyusu bayi, sejarah hidup seperti pernah mengalami penderaan seksual.
c) Letih yang teramat sangat.
d) sedih.

Faktor yang jarang berlaku.

a) Ubat perancang.
b) Hamil 
c) Pernah menjalani pembedahan payudara.
d) Uri masih melekat.
e) Fungsi tiroid yang tidak normal.

Penyelesaiannya.

a) Ibu perlu yakin tentang kebolehan bayinya menyusu.
b) Ibu perlu memastikan pelekapan dan penghisapan bayi semasa menyusu adalah betul.
c) Bayi perlu menyusu kerap tanpa had termasuk waktu malam.
d) Bayi perlu menyusu kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir dalam sehari.
e) Bayi perlu menyusu dari satu payudara sehingga kenyang sebelum diberhentikan atau dialihkan ke payudara yang sebelah lagi.
f) Pastikan payudara dikosongkan apabila penuh dengan cara bayi menghisap atau memerah.
g) Elakkan dari memberi susu formula atau cecair lain kepada bayi. Ibu perlu sentiasa tenang.

Semoga dengan maklumat ini, ibu2 dapat mencari punca kenapa "tidak cukup" susu dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Info yang saya kongsikan disini, diambil daripada buku yang saya beli masa keluar wad selepas bersalin anak pertama. Buku ini banyak membantu saya untuk mengumpul kekuatan untuk terus berjuang dalam penyusuan susu ibu. Persediaan mental amat penting dalam hal ini.

Walaupun saya hanya mampu menyusukan anak pertama sehingga 3 bulan sahaja, tapi berkat usaha menimba ilmu yang tak putus2 membuatkan saya obsess dengan penyusuan susu ibu. 

Untuk anak ke 2, saya berjaya meneruskan penyusuan sehingga setahun sahaja kerana bermula anak ke 2 berumur 6 bulan, saya dah jadi EPMOM (pam sahaja sebab anak taknak menyusu terus).  Dengan stok susu kais pagi makin pagi, kais petang makan petang, saya menyerah kalah ditengah jalan.

Kerana terlalu obsess dengan penyusuan susu ibu, saya sediakan diri saya selengkap yang boleh untuk menyusukan anak ke 3. Alhamdulillah, saya bersedia dari segi fizikal dan mental untuk meneruskan perjuangan kali ini. 

Siapa sangka, jika sebelum ini anak pertama langsung tak ade stok susu sebab memang tak pernah berniat pun nak susukan anak selepas masuk kerja, disampung lagi anak ke 2, stok kais pagi makan pagi (stok paling banyak pun 30 x 2.5oz) tapi akhirnya berjaya meneruskan perjuangan sehingga setahun.

Dan paling tak disangka untuk anak ke 3, saya terpaksa beli deep freezer dan berjaya penuhkannya sebelum saya kembali bekerja. Sehingga kini, stok deep freezer boleh kata tak bergerak, stok baru tengah Q nak masuk, saya masih mampu membekalkan susu segar kepada anak setiap hari ke nursery. Saya juga berjaya membekalkan stok frozen EBM kepada anak susuan (ibunya akan mengambil bekalan setiap 3 minggu).

Percaya atau tidak, semua itu dicapai dengan usaha yang tak putus2. Dan saya percaya, saya berjaya sebab ilmu kerana penyusuan susu ibu tak semudah yang disangka. Dan saya yakin Allah akan beri rezeki kepada hambaNya yang berusaha...InsyaALLAH, dengan ilmu, usaha, doa dan tawakkal kepada Allah akan membuahkan hasil. Semoga Allah permudahkan perjuangan penyusuan saya untuk anak ke 3 saya dan anak ibu2 sehingga 2 tahun..Amin..
Klik untuk order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis