Thursday, May 28, 2015

5 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu secara eksklusif semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Makin ramai yang sedar bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi yang terbaik untuk bayi mereka.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi individu yang kurang ilmu berkaitan penyusuan susu ibu sehingga mengambil jalan mudah untuk memberi susu formula kepada bayi mereka yang kononnya "tidak cukup susu"

Saya bukan menghalang ibu2 untuk meneruskan tradisi cara kampung yang dikatakan bagus untuk kesihatan ibu jangka panjang. Tetapi, apabila melibatkan hal2 berkaitan penyusuan susu ibu secara eksklusif saya semakin tak bersetuju dengan pantang larang semasa berpantang. 

Antara pantang larang yang berkaitrapat dengan penghasilan susu ibu adalah:

1) Ibu berpantang tidak boleh minum banyak air, takut badan "kembang". Minum kena bersukat. Di mana rasionalnya semua ini. Kalau pengambilan air dihadkan, bagaimana susu akan dihasilkan. 80% daripada kandungan susu ibu terdiri daripada air.

2) Ibu berpantang kena hadkan pengambilan makanan tertentu sahaja. Bagaimana badan ibu nak hasilkan susu jika makanan yang diambil tidak lengkap dan seimbang. Cukup ke dengan hanya makan nasi panas berlaukkan ikan kering dan ditambah pula dengan lada hitam untuk panaskan badan ibu? 

Okeh..berbalik kepada topik asal kita, 

Antara mitos dalam penyusuan susu ibu yang biasa saya dengar adalah:

Mitos 1: Bagi memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu perlu memberi bayi mereka air masak selain daripada susu ibu. 

Fakta: Bayi yang dilahirkan normal mempunyai simpanan air yang cukup dalam tubuh bagi memastikan mereka tidak mengalami dehidrasi sehingga susu ibu diberikan. Susu ibu pula mampu berubah mengikut perubahan susu sekeliling. Susu ibu terdiri daripada >80% air. Jadi air masak tambahan tidak diperlukan unutk bayi di bawah 6 bulan.

Untuk memastikan bayi tidak mengalami dehidrasi, perhatikan warna urin. Jika bayi kencing banyak melebihi 6 kali sehari dan air kencing tidak berwarna kuning, bermakna bayi sudah mendapat air secukupnya. Jika air kencing sedikit, berwarna kuning dan kencing kurang 6 kali sehari, bermakna ibu2 kena kerapkan lagi penyusuan susu ibu.

Mitos 2: Saya perlu susukan bayi di kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi. Sebelah payudara membekalkan air dan sebelah lagi membekalkan nasi.

Fakta: Tidak benar sama sekali. Ibu2 perlu susukan bayi disebelah payudara dahulu sehingga kosong untuk memastikan bayi memperoleh susu awal (tinggi kandungan air) dan susu akhir (tinggi kandungan lemak). 

Jika bayi masih belum puas baru bertukar ke payudara sebelah lagi. Lebih bagus jika anda memerah kedua-dua payudara sejurus selepas menyusu untuk memastikan payudara betul2 kosong dan ini akan memberi arahan kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Mitos 3: Banyaknya susu badan bergantung pada saiz payudara.

Fakta: Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh saiz payudara. Dengan usaha yang betul dan berterusan, penghasilan susu boleh dilipat gandakan.

Mitos 4: Memerah susu akan menyebabkan susu makin sikit.

Fakta: Berdasarkan konsep "demand and supply", semakin kerap payudara dikosongkan (menyusu secara terus atau mengepam), semakin banyak susu akan dihasilkan.

Mitos 5: Bayi minum susu ibu kerap menangis sebab tidak kenyang.
Fakta: Bayi baru lahir mempunyai saiz perut sebesar buah ceri sahaja. Jadi, logiklah kalau susu ibu yang dihasilkan beberapa hari selepas bersalin adalah dalam kuantiti yang sedikit. Sedikit tapi cukup untuk memenuhi keperluan bayi ketika itu. 

Bayi kerap menangis terutamanya di awal kelahiran boleh disebabkan banyak faktor. Salah satunya ialah, bayi dalam fasa untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru. Ramai ibu2 beranggapan bahawa apabila bayi melekat lebih lama di payudara ibu, bayi tersebut tidak cukup susu dan belum puas menyusu. Secara semulajadinya, bayi berasa selamat bila berada di dada ibu. Dengupan jantung dan pelukan ibu memberi rasa selamat dan selesa untuk bayi tidur lena.

Bayi susu ibu juga akan kerap bangun malam untuk menyusu kerana susu ibu mudah dihadam. Ramai ibu2 fikir, susu formula boleh mengenyang bayi dan membantu bayi untuk tidur lebih lena tanpa terjaga untuk minta susu. Hakikatnya, bayi dapat tidur lena dengan susu formula kerana susu formula susah untuk dihadam dan memerlukan banyak tenaga dan oksigen untuk mencernakannya. 

Contoh mudah yang boleh saya berikan, kita cepat je rase mengantuk bila makan nasi briyani, sebab nasi briyani adalah makanan yang kompleks dan berlemak, dan memerlukan banyak tenaga untuk mencernakannya. Sama juga dengan susu formula, ia adalah makanan yang 'berat' unttuk perut bayi.


Kalau nak diulas satu persatu mitos2 nie, mesti panjang lebar..boleh buat entry baru..semoga ibu2 dapat menepis semua anasir2 yang tak berasas ini dengan baik. Beri penjelasan kepada setiap keraguan yang timbul terutamanya bila berdepan dengan orang yang dekat dengan kita seperti suami, ibu bapa atau keluarga mertua. InsyaAllah, niat baik ibu2 akan dipermudahkan olehNya. Teruskan usaha dalam mendalami ilmu berkaitan penyusuan bagi menjamin kejayaan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Jangan pernah putus asa.

Semoga bermanfaat untuk ibu2.
Teruskan usaha untuk beri yang terbaik untuk bayi anda.
Klik untuk order:Set Menyusu lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis