Saturday, May 2, 2015

Bahaya Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan



Saya pantang sangat2 dengan air kosong untuk bayi bawah 6 bulan. Untuk anak pertama dan kedua saya memang langsung tak bagi diorang air kosong walaupun mak dan nenek kat kampung sibuk duk suruh bagi air kosong takut anak dahaga musim panas, nak kena bilas tekak dengan air kosong lepas menyusu..nonsense..saya dengar je..masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..kadang2 bagi alasan suami tak bagi anak minum air kosong..saje ambik kesempatan..yela kan..isteri kena ikut cakap suami kan..jadi diorang tak boleh la nak paksa2 saya bagi air kosong kan..untung dapat suami yang menyokong penuh penyusuan susu ibu ni.

Nak dijadikan cerita, petang balik dari kerja jemput anak kat nursery..Tiba2 pengasuh cakap susu yang saya bekalkan tak cukup. Jadi diorang terpaksa beri air kosong kat Alya ( anak ke3). Bayangkan macam mane perasaan saya bila dengar semua tu..mase pengasuh beritahu saya pasal tu, saya diam je..takde respons..kecewa sangat2..rase lemah jiwa raga nie..malam tu masa suami pergi solat isyak kat masjib, saya ambik peluang untuk luahkan perasaan kecewa saya kat Alya. Saya mintak maaf dari die sebab die terpaksa minum air kosong..pengasuh cakap die menangis2 taknak minum air kosong tu..memang bertemankan air mata la masa tu..sampai kak yaya (anak ke2) ambik kain tuala kecik lap airmata ummi..nie baru air kosong kan, kalo bagi bubur ke alasan anak lapar mmg memang pengsan terus kat situ kot :)).

Balik rumah terus susukan Alya..rasa bersalah sebab susu yang dibekalkan tak cukup. Biasanya saya bekalkan 6 botol x 2.5oz. Tapi biasanya diorang akan pulangkan 1@2botol yang tak habis. Sebab tu saya bagi 4 botol je aritu. Saya hadkan bekalan susu bukan susu tak banyak, stok susu frozen memang penuh chest freezer..tak terusik..susu perahan segar pun banyak..lebih dari cukup untuk bekalkan 6 botol sehari ke nursery..sejak hari tu, saya akan bekalkan 6botol susi tanpa gagal. Tak kisah la susu tu habis ke tak, yang penting anak saya cukup susu dan tak diberikan air kosong.



Ibu-ibu, kalau nak tahu 88% daripada susu ibu terdiri daripada air. Jadi, tak perlulah ibu2 susah2 nak beri air kosong kat anak ye..

Amalan memberikan air kosong kepada bayi bawah 6 bulan boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi tersebut kerana:

(1) boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi.
(2) Dapat meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan.
- air akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu.
- air bertindak sebagai vektor/ pembawa kuman sekiranya tidak bersih.

(3) Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku.
- bayi yang berumur 5minggu, air terlalu banyak akan mencairkan garam dalam darah yang menyebabkan suhu badan rendah.Bayi akan menjadi kembung dan boleh menyebabkan sawan tarik.

(4) Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan disebabkan oleh kurangnya rangsangan hisapan oleh bayi.

Mengapa penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan?

(1) Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan laon tifak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
(2) Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan juga dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
(3) Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain daripada susu ibu. Oleh itu, pemberian air atau makanan pelengkap mahupun susu formula kepada bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan adalah tidak galakkan.
(4) Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia sepenuhnya. Oleh itu, bayi mudah mendapat cirit-birit sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal menggantikan susu ibu.
(5) Air atau cecair lain selain daripada susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.

AIR MASAK..NO!! NO!! NO!!

Pastikan hanya yang terbaik untuk bayi anda...

Semoga bermanfaat.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis