Sunday, May 3, 2015

Bayi Kembung Perut: Foremilk Lebih Banyak Daripada Hindmilk


Apakah perbezaan foremilk dengan Hindmilk?

Foremilk

(1) Susu yang berada di 'hadapan' kilang susu ibu (bahagian dalam breast).
(2) Mengandungi gula semulajadi, vitamin, karbohidrat, protein, mineral dan air dan vitamin tetapi tidak cukup lemak.
(3) Tinggi kandungan air dan nampak lebih cair
(4) Warna kehijauan atau kebiruan

Hindmilk

(1) Susu yang berada di 'belakang' kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
(2) Hindmilk ialah susu selepas foremilk yang mengandungi lemak dan kalori.
(3) Warnanya kelihatan lebih pekat dan 'rich'
(4) Hindmilk akan mengenyangkan bayi


Apa kaitan Foreilk dan hindmilk dengan kembung perut atauu "colic"?

Bagaimana colic boleh terjadi?

Colic boleh disebabkan oleh banyak faktor. Salah satunya adalah bayi mungkin mendapat lebih banyak foremilk berbanding hindmilk. Foremilk mengandungi gula semulajadi, vitamin, protein, mineral dan air, tetapi tidak cukup lemak. Hindmilk, susu selepas foremilk baru mengandungi lemak.

Hindmilk akan mengenyangkan bayi. Jika terlebih foremilk, maknanya terlebih manis menyebabkan perut bayi tidak selesa. Bayi juga akan cepat lapar dan boleh menyebabkan colic. 

Pastikan bayi menyusu sebelah payudara sehingga susu habis sebelum tukar ke sebelah payudara lagi. Jika bayi masih lapar baru tukar ke payudara sebelah lagi .

Adakah Hindmilk lagi penting daripada foremilk?

Tidak. Kedua-duanya sangat penting. 

Foremilk sangat  penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi. Disebabkan itu juga, bayi menyusu badan tak perlu air masak. Susu ibu sudah cukup kandungan airnya.

Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh mengalami dehidrasi (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Oleh sebab itu ibu menyusu perlu kerap  mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secara direct feeding. Semakin sedikit susu yang berada di payudara, semakin banyak hindmilk.

Sekiranya ibu menyusu membiarkan payudara bengkak dan lebih suka tunggu 'susu penuh', susunya lebih kelihatan cair apabila dipam dan kandungan khasiatnya tidak seimbang. Maknanya kuantiti foremilk lebih banyak dari hindmilk. Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang.

Bayi yang mendapat ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk selalunya akan mengalami simptom-simptom seperti ini:

(1) Bayi selalu meragam
(2) Bayi kembung perut atau colic
(3) Najis bayi menjadi kehijauan
(4) Bayi tak kenyang
(5) Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
(6) Bayi kerap sangat berak

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

AddThis