Monday, May 4, 2015

Bayi Minum Susu Ibu Kurang Berak

Saya pasti ibu-ibu sangat teruja bila anak berak. Tambah2 semasa diawal kelahiran. Sehinggakan bila anak tidak membuang untuk sehari pun dah risau.

Semasa minggu pertama kelahiran memang bayi akan berak secara kerap. Kadang2 lebih daripada 3 kali sehari. Bagi anak yang mengalami jaundis, saat anak berak sangat2 ditunggu, Yela kan, kuning akan disingkirkan dari badan melalui air kencing dan najis bayi. lagi banyak berak, lagi cepat jaundis hilang.

Walau bagaimanapun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian anak tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Perkara ini pernah berlaku pada Zulfa (anak ke2). Rasanya hampir 2 minggu Zulfa tak berak. Risau memang risau. tapi bile google maklumat yang berkaitan, baru saya tahu ia adalah normal unutk bayi yang hanya minum susu ibu sahaja. Menurut pembacaan saya, susu ibu mengandungi enzim yang membantu memproses semua nutrient dalam susu ibu dan ini membantu semua nutrient diserap tanpa ada baki untuk dikelurkan melalui najis. 

Tapi ibu2 juga tidak boleh memandang remeh akan hal ini. Ada perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya;

(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa.
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
(5) Pastikan bayi kentut untuk memastikan laluan pencernaannya lancar.

Bila perlu merujuk pada doktor?

(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut.

Jadi, sekiranya bayi tidak berak, jangan panik. Pantau perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa warna najis mereka & kenalpasti kesihatan mereka.

Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-

(1) Kuning

Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

(2) Hijau

Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.

(3) Merah

Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku, perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

(4) Kelabu

Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

Bentuk Najis

Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.

Kekerapan Membuang Najis


Kekerapan membuang najis adalah berbeza-beza antara bayi terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. 

Semoga bermanfaat.

1 comment:

  1. anak sy berusia 4 ari.. da 2 ari x berak. hanya minum susu ibu shj. perut lembut, x menangis, menyusu dlm kuantiti sket, tapi kerap.masa kt spital, najis warna hitam lg.

    sekarang masih dlm rawatan utk jaundis. smlm 10.2, arini naik sbb xberak. hanya kencing dan nyusu sket jadi bacaan 12.4

    camna ya sy nk buat agar bayi sy dpt berak spt biasa.. risau. tak tenang sy d buatnya

    ReplyDelete

AddThis