Friday, May 1, 2015

Bagaimana Memastikan Penyusuan Bermula Dengan Baik.



"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu itu dengan cara yang ma'ruf......"

Surah Al-Baqarah Ayat 233

Semakin hari, semakin ramai ibu2 malah golongan bapa yang menyokong penuh penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bagi orang Islam, kita sememangnya disarankan untuk menyusukan anak sendiri bagi yang mampu. Semuanya dah tertulis dalam Al-quran sejak zaman Rasulullah lagi. 

Golongan bukan Islam juga tidak terkecuali. Semakin ramai yang berlumba-lumba untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu kerana terlalu banyak kebaikan susu ibu untuk si anak tersayang. Orang bukan Islam pun berlumba-lumba, kita sebagai muslim yang berpegang teguh pada kandungan Al-Quran takkan nak lepaskan peluang untuk beri yang terbaik untuk anak mengikut apa yang disyariatkan Islam kan? 

Saya pasti ramai ibu-ibu yang telah memasang niat untuk menyusukan anak sendiri sekurang-kurangnya 6 bulan sejak dari anak dalam kandungan lagi. Permulaan yang baik insyaAllah membantu dalam meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun. 

Mungkin ramai yang terlepas pandang hal2 yang dianggap 'remeh' tetapi sebenarnya amat penting. Kalau permulaan pun dah hura hara, macam mana penyusuan susu ibu akan berjaya. Kebanyakan daripada kita lebih fokus kepada milkbooster sebagai solusi kepada masalah kurang susu badan sehingga lupa banyak faktor lain yang turut mempengaruhi.

Saya nasihatkan kepada ibu2 baru yang tiada pengalaman dalam menyusukan bayi, eloklah memperbanyakkan bacaan tentang penyusuan susu ibu bukan sekadar mencari milkbooster sahaja. Ada sesetengah ibu, belum bersalin dah cari milkbooster walhal ada yang lebih penting dari itu. 

Supplemen yang diambil semasa mengandung tidak salah untuk diteruskan bagi memastikan badan kekal sihat dan bertenga sejurus selepas bersalin kerana itu juga membantu dalam penyusuan susu ibu. Tapi saya tetap tekankan PERMULAAN PENYUSUAN ITU SANGAT PENTING.

Bagaimana memastikan penyusuan BERMULA dengan baik.

(1) Mempunyai peneman semasa proses kelahiran supaya dapat membantu ibu merasa lebih selesa dan terkawal.
(2) Elakkan campurtangan sewaktu kelahiran dan melahirkan seperti menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk atau menjalankan pembedahan caesarian tanpa sebab perubatan yang diperlukan.
(3) Memastikan proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan sejurus selepas kelahiran supaya dapat mengekalkan kehangatan badan bayi dan juga memberikan permulaan yang baik ke arah penyusuan susu ibu.
(4) Pastikan bayi bersama ibu setiap masa (rooming-in atau bedding-in) supaya bayi mudah disusukan disamping memastikan bayi selamat.
(5) Mengenali tanda2 bayi ingin menyusu supaya penyusuan adalah mengikut kehendak bayi bukan mengikut jadual waktu tertentu.
(6) Memberi penyusuan dengan kerap bagi memastikan bekalan susu yang baik dan berterusan.
(7) Memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif tanpa perlu memberi makanan atau minuman tambahan botol atau puting kosong.
(8) Ibu perlu belajar tentang posisi dan pelekapan yang betul untuk penyusuan.

Okeh..kita dah tahu bagaimana nak mulakan penyusuan dengan baik.

Sekarang kita tengok kepentingan permulaan penyusuan awal dalam masa 30minit selepas bersalin..kenapa???

(1) Penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu ibu dengan cepat dan berterusan untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
(2) Memastikan bayi mendapat kolostrum dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat.

Kenapa KOLOSTRUM sangat penting?

(1) Kaya antibodi: melindungi bayi terhadap alergi dan alahan.
(2) Banyak sel darah putih: melindungi bayi terhadap jangkitan.
(3) Sebagai imunisasi pertama: membantu mencegah jangkitan bakteria.
(4) Mempunyai kesan laksatif ringan: menyingkirkan mekonium dan membantu mencegah jaundis.
(5) Banyak faktor tumbesaran: membantu mematangkan usus, mencegah alergi dan intolerans terhadap makanan lain.
(6) Kaya dengan vitamin A : mengurangkan keterukan jangkitan.

Semoga ibu2 berjaya meneruskan perjuangan penyusuan sehingga 2 tahun.

Semoga bermanfaat :))

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik untuk order: set menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis