Sunday, May 31, 2015

My Breastfeeding Journey : Part 1

Kali ini saya nak berkongsi tentang perjalanan penyusuan susu ibu saya bermula anak pertama sehingga yang ke3. Semoga cerita saya ini menjadi inspirasi untuk ibu2 untuk terus berjuang dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. 

Kronologi:

Anak pertama: menyusu susu ibu selama 3 bulan sahaja tanpa sebarang stok EBM.

Sejujurnya saya tak berniat langsung nak susukan anak sendiri. Saya tak pernah ambil tahu ilmu berkaitan penyusuan susu ibu. Saya sendiri tak yakin yang saya boleh susukan anak sendiri. Tapi suami saya bertegas nak saya susukan anak paling kurang sehingga 3 bulan. 

Saya selalu cakap kat suami, "boleh ke sayang susukan anak..breast kecik..ade ke susu"

Saya beruntung sebab diberi kesempatan untuk bersalin di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak kerana ia sebuah hospital yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Sejurus selepas bersalin, anak saya terus diletakkan ke dada saya dan anak saya dibiarkan mencari2 puting payudara (skin-to-skin). 

Semasa keluar wad pula, staff nurse menawarkan buku penyusuan susu ibu yang berharga RM10. Saya tanpa teragak2 terus bersetuju untuk membeli buju tersebut. Sepanjang tempoh berpantang saya cuba habiskan buku tu..tapi saya tak terfikir langsung untuk meneruskan penyusuan susu ibu selepas saya kembali bekerja nanti. 2 minggu sebelum saya kembali bekerja, saya mencari2 susu formula yang sesuai untuk dibekalkan kepada pengasuh. Di tempat kerja saya tak pam langsung. Breast bengkak sampai basah baju. Sampai rumah saya terus susukan Athirah. Lama-kelamaan susu terus takde.

Walaupun saya hanya target untuk susukan anak untuk 3 bulan sahaja, ia bukan satu benda yang senang. Pada asalnya saya bercadang untuk berpantang di kampung. Tapi, akibat tertekan dengan campur tangan emak dan nenek, saya hanya berada di kampung untuk 2 minggu sahaja. Campur tangan yang saya maksudkan adalah, emak dan nenek selalu bising2 anak nangis sebab tak kenyang dengan susu  ibu. Diorang suruh topup susu formula. Lepas tu suruh bagi air masak takut anak dahaga. Stress sangat2 masa tu..nasib baik suami ada untuk beri sokongan. Suami pesan, "dengar je ape diorang cakap..tapi jangan buat pape..angguk je.." Athirah pulak kena jaundis yang agak tinggi 300+. Lagi la diorang desak untuk bagi air masak dan susu formula. Diorang cakap jaundis senang turun dengan susu formula..at last saya balik Selayang..dalam hati cakap anak2 lepas nie taknak pantang kat kampung dah..dah abes pantang baru balik kampung:)).

Pengajaran: Niat dan mindset amat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Selain itu juga, ilmu berkaitan penyusuan perlu dipelajari semasa bayi dalam kandungan lagi. Sokongan suami amat2 lah penting.

Anak ke2: menyusu susu ibu sehingga setahun dengan stok EBM beku paling banyak 30 x 2.5oz.

Dengan ilmu penyusuan yang saya baca dari buku tu, saya berazam untuk susukan anak ke 2 paling kurang 6 bulan. Perjalanan kali ini agak mencabar sebab saya dah letakkan target saya 6 bulan. Macam2 milkbooster yang saya cuba..natalicious, mother's secret, nursing tea, coklat mamamilky, halba, alfalfa, ESP dan banyak lagi..tapi semua tak boleh 'boost up' susu badan saya. Ditambah lagi saya hanya pam sekali je semasa opis hour. Tu pun terkejar2 masa lunch hour yang sejam tu. Untuk jimatkan masa, saya bawak bekal dari rumah. Senang..sambil pam sambil makan..tak payah susah2 nak gie cafe beli makanan..rutin saya berterusan sehingga Zulfa berumur setahun. Genap setahun saya buat keputusan untuk berhenti menyusu sepenuhnya.

Menyusukan Zulfa sangat2 mencabar. Semasa umur Zulfa memasuki 6 bulan, saya kena chicken pox, diikuti Zulfa sendiri kemudian anak sulung saya Athirah. Sepanjang saya kena chicken pox, saya tetap susukan Zulfa secara terus. Ketika itu, stok EBM pun tak banyak. Emak kat kampung duk bising cakap  orang kena chicken pox tak boleh susukan anak, nanti berjangkit..lepas tu, saya jawab la..virus tu takkan masuk dalam susu ibu. Kalau Zulfa berjangkit pun sebab sentuhan kulit. Nak tak nak saya kena pegang Zulfa jugak, sebab takde orang nak tolong. Sedaya upaya saya cuba minimakan sentuhan kulit dengan Zulfa. Tapi at last Zulfa berjangkit jugak. Masa Zulfa kena chicken pox, dia taknak menyusu terus dengan saya. Saya terpaksa pam dan masukkan ke dalam botol. Lepas 2 minggu kena chicken pox, Zulfa masih taknak menyusu secara terus dari saya. 

Akhirnya saya give up nak menyusu secara terus . Boleh dikatakan dari umur 6 bulan hingga setahun Zulfa minum susu ibu dalam botol sahaja dan saya jadi EPMOM (exclusively pumping mom). Sebab tak larat dah nak pam dan bangun malam untuk panaskan susu, saya menyerah kalah semasa zulfa genap setahun.

Pengajaran: Untuk memastikan bekalan susu ibu mencukupi, ibu hendaklah mula menyimpan stok sejak dari dalam pantang lagi. Milkbooster hanya akan berkesan apabila konsep "demand and supply" diikuti.

Anak ke 3: masih menyusu sehingga kini ( anak berumur 6 bulan). Stok EBM beku masih penuh dalam deep freezer. Stok EBM beku boleh dikatakan tak terusik sehingga kini.

-bersambung-

Klik Untuk baca My Breastfeeding Journey Part 2

Semoga memberi inspirasi kepada ibu2.

No comments:

Post a Comment

AddThis