Friday, May 22, 2015

10 Tips Elakkan "stretch Mark" Di Perut dan Peha


Biasanya kalau pergi check up mengandung kat klinik doktor mesti ingat anak pertama. Bila cakap anak ke 3, mesti doktor terkejut. Ingat lagi, masa tu pergi klinik sebab nak scan perut (mase mengandungkan Alya anak ke3)..doktor cakap kulit perut lawa je..takde strecth mark..tak macam anak 3 :)).

Harini saya nak kongsikan 10 Tips Elakkan "stretch Mark" Di Perut dan Peha semasa hamil:

1) Minum air kosong 6-8gelas sehari. Bab2 nie saya memang takde masalah. Kalau masa opis hour pun saya boleh habiskan 3 liter air kosong. Tu tak termasuk masa kat rumah. Ada junior cakap, "tak sangka akak dah anak 3..nampak awet muda je..ade petua ke? Ke sbb akak minum byk air ea?:)). Rasa semua junior2 yang pernah attached kat farmasi aras 4 tu mesti selalu nampak saya asyik minum air je:)).

2) Makan makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar, kurangkan pengambilan minyak dan kolestrol dan makanan rendah lemak. Di samping itu, boleh dapatkan vitamin yang menonjolkan kesihatan kulit seperti vitamin C , E, A dan zink. Boleh diperolehi daripada buah dan sayur segar. Saya amalkan Multivitamin Vitalea with iron formula, vita C SR dan Vita E complex sepanjang kehamilan. Sebab utama saya konsisten dengan supplement tu adalah kerana saya adalah pengidap anemia kronik sejak sebelum kawen, jadi kena pastikan vitamin yang diperlukan untuk penghasilan darah mencukupi.

3) Berat yang ideal. Pertambahan berat badan yang mendadak ketika hamil akan menyebabkan kulit meregang dengan teruk. Jadi kekalkan pertambahan berat badan yang sihat iaitu antara 11-16kg sehingga penghujung kehamilan. Selain itu juga, anda boleh amalkan minuman protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah yang memberi anda rasa kenyang lebih lama. Ini dapat mengelakkan 'snacking' di antara makanan utama yang biasanya menjadi punca kepada pertambahan berat badan mendadak ketika hamil.

4) Urutan lembut. Digalakkan untuk membuat urutan lembut terutamanya ketika mandi di kawasan tumpuan regangan seperti abdomen, payudara dan peha menggunakan berus atau span lembut.

5) Pastikan diet seharian terdiri daripada makanan yang sihat dan seimbang dengan keperluan ketika hamil. Malah anda disarankan untuk mengambil vitamin tambahan kerana ia sangat penting untuk kesihatan kulit, rambut dan gigi. Sepanjang kehamilan, saya juga amalkan pengambilan ESP sebagai sumber tenaga (protein bagus untuk kulit dan rambut juga) dan ostematrix sebagai sumber kalsium.

6) Senaman regangan yang bersesuaian dengan ibu hamil kerana ia mampu memperbaiki peredaran darah dan menganjalkan kulit.

7) Hindari tekananElakkan tekanan melampau ketika hamil kerana ia akan memberi tekanan kepada kulit juga.

8) Jauhi matahari. Pendedahan berterusan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan kulit. Jika perlu, gunakan pelembap yang mengandungi pelindung sinaran UV.

9) Elakkan menggaru. Biasanya bahagian yang meregang menyebabkan rasa gatal. Elakkan menggaru kerana ia akan menyebabkan kesan regangan lebih teruk.

10) Kulit hidratPenting untuk memastikan kulit sentiasa lembap. Boleh gunakan minyak atau produk yg bersesuian untuk mengekalkan kelembapan kulit. Saya pilih untuk pakai minyak kelapa dara buatan ayah mertua sendiri. Rase lembut je kulit bile sentuh:)).

Semoga bermanfaat untuk semua:))

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

AddThis