Tuesday, May 26, 2015

Multivitamin Terbaik Untuk Pesakit Diabetes

Secara ringkasnya, diabetes berlaku disebabkan oleh 2 perkara:

1) Kekurangan insulin
2) Kerintangan insulin (insulin ada tetapi ia tidak berfungsi dengan cara sepatutnya @ tidak sensitif)

Sepanjang menjalankan sesi kaunseling MTAC DIabetes terhadap pesakit kencing manis, saya banyak diajukan pertanyaan tentang supplement yang sesuai untuk pesakit Diabetes. 

Saya suka mencadangkan supaya mereka mengambil supplement yang boleh bertindak dengan cara meningkatkan sensitiviti insulin terhadap glukosa. Ini bermaksud walaupun insulin yang ada di dalam badan adalah sedikit tetapi ia mampu berfungsi dengan cekap dalam memproses glukosa dalam darah.

Saya sangat2 menggalakkan pesakit Diabetes untuk mengambil Multivitamin dan mineral yang "high-potency" bagi memenuhi keperluan nutrient yang semakin meningkat. Pengambilan nutrient penting tambahan menunjukkan perubahan positif dari segi kawalan gula dalam darah dan juga mencegah atau mengurangkan kejadian komplikasi "major'.
Contoh nutrient yang sangat diperlukan oleh pesakit diabetes adalah Vitamin B1 (Thiamine) , B6, B12, Biotin, niacinamide, Vitamin C, E, Manganase, Vanadium, zinc, chromium dan selenium.

Kenapa nutrient ini sangat penting?

Vitamin B6: Kebanyakan pesakit diabetes kekurangan vitamin B6. Ia penting untuk melindungi daripada kerosakan saraf (diabetic peripheral neuropathy).

Vitamin B12: Vitamin B12 terlibat dalam pelbagai proses metabolisma karbohidrat.

Biotin: Meningkatkan sensitiviti insulin. Berperanan dalam menstabilkan paras gula dalam darah.

Manganase: Faktor bersama bagi enzim2 penting yang terlibat dalam metabolisma gula.

Vitamin E dan Selenium: Bertindak sebagai antioksidan dan terlibat dalam keseimbangan glukosa. Komplikasi diabetes mungkin mempunyai hubungkait dengan kewujudan radikal bebas secara berlebihan dimana antioksidan berperanan meneutralkan radikal bebas ini.

Kromium: Merangsang insulin untuk lebih sensitif dengan meningkatkan dari segi meningkatkan bilangan reseptor insulin pada sel dan juga aktiviti reseptor tersebut.

Vitamin C: Paras vitamin C biasanya rendah dalam pesakit diabetes. Kekurangan vitamin C dalam pesakit diabetes akan menyebabkan sorbitol berkumpul dalam sel2 darah merah dan ini akan mendedahkan  pesakit diabetes kepada kerosakan periferal.

Vitamin B1 (Thiamine) : Sebahagian daripada enzim yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan metabolisma karbohodrat.

Niacinamide : Ia merupakan komponen faktor toleransi glukosa. Ia memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat.

Zink: Terlibat dalam kedua2 proses iaitu dalam sintesis insulin oleh sel beta pankreas dan pengikatan insulin pada sel2 hepar dan tisu lemak.

Vanadium: Terbukti dapat meningkatkan sensitiviti insulin.


Bertindak sekarang!!!
Pastikan pilih yang selamat, semulajadi dan berkesan.

Klik untuk order: Vitalea


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis