Sejak kebelakangan nie selalu orang tanya saya pasal milkbooster. Maklumlah ramai sahabat handai yang bersalin kan. Yang paling saya suka, ramai yang dah sedar betapa pentingnya penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Sebab itulah, ibu2 mula mencari2 milkbooster untuk tambah susu ibu. Bukan setakat ibu, malah bapa juga. Satu perkembangan yang bagus sebab makin ramai yang berusaha untuk mengikut apa yang disyariatkan oleh Islam sejak dulu lagi.
Milkbooster shaklee nie bagus ke?
Kompem susu banyak ke kalau ambik set menyusu shaklee?
ESP memang akan tambah susu ke?
ESP dengan Alfalfa tak cukup lagi ke untuk tambah susu?
Suka saya ingatkan berkali2, susu akan banyak bila ikut konsep "demand and supply".
Makin banyak permintaan, makin banyak bekalan. Makin kerap bayi menyusu, makin banyak susu dihasilkan. Makin kerap pam@kosongkan breast, makin banyak hormon prolaktin yang dihasilkan, makin banyak susu dihasilkan.
Saya juga suka berpegang kepada konsep "merawat dari puncanya".
Penghasilan susu ibu bergantung kepada hormon prolaktin. Jadi salah satu punca utama susu merundum adalah disebabkan hormon prolaktin yang kurang.
Apa punca hormon prolaktin kurang?
1) Stress
2) Hamil
3) Haid
4) Pil hormon
dan yang pastinya, tidak mematuhi konsep "demand and supply"
Punca 2 dan 3 memang tidak boleh dielakkan. Hamil dan haid melibatkan perubahan hormon estrogen yang mana akan mengurangkan penghasilan hormon prolaktin.
Bagi pil hormon perancang keluarga, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda bahawa anda menyusu supaya anda mendapat pilihan pil perancang yang tidak menggangu penyusuan anda.
Faktor yang saya nak fokus kali ini adalah Stress atau tekanan.
Stress terbukti secara klinikal boleh mengurangkan penghasilan hormon prolaktin yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu. Stress bukan sahaja merencatkan penghasilan hormon prolaktin tetapi juga merencatkan perembesan hormon oksitosin yang diperlukan untuk melancarkan pengeluaran susu ibu.
Mungkin ramai yang pernah dengar, nak susu ibu banyak jangan stress2, kena happy2 je...yup..betul sangat2...dulu saya rasa macam betul ke? kawan2 duk suruh saya jangan stress.. kena happy kan diri je (nie masa anak ke 2)..tapi saya tak berapa percaya apa yang diorang cakap. Tapi bila saya makin banyak membaca berkaitan penyusuan, saya makin yakin bahawa "happy" sangat2 membantu dalam penghasilan susu ibu.
Macam mane nak rasa"happy"?
Macam mane taknak stress2?
Masa saya mula2 kenal shaklee, masa tu nak menyusu anak ke2. Saya bermula dengan alfalfa. Lepas tu add on ESP. tapi hasil tak memberangsangkan. Yela..mane tak nya..konsep "demand and supply" ke laut china selatan.
Makin lama saya amalkan Set Menyusu Shaklee, makin saya rasa Set Menyusu Shaklee bukan macam milkbooster yang ada kat pasaran sekarang. Dia lain sangat2..
Kenapa lain?
Supplement yang saya makan adalah untuk melengkapkan nutrisi harian saya yang tak mungkin lengkap kalau nak bergantung kepada makanan harian semata-mata. Bila nutrisi lengkap, sel2 badan pun akan dapat nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan sebaiknya. Bila sel2 sihat, pastinya badan kita pun sihat dan stress hilang.. Saya dapatkan pelengkap nutrisi harian saya daripada Vita-Lea with Iron formula.
Selain itu juga, Vita C SR yang saya ambil dapat menguatkan sistem imun saya untuk pastikan saya kekal sihat. Yela kan, ramai yang merungut susu merundum bila demam atau tak sihat.
Saya akui, proses penyusuan susu ibu bukan la suatu perkara yang mudah. Tidur pun mesti tak cukup kan.. badan pun mesti sakit2 sebab kena bangun malam menyusu. Kena konsistem masa mengepam. Semua tu penyumbang kepada sakit2 badan dan stress. Sebab tu saya amalkan Ostematrix untuk tidur lebih lena dan hilangkan sakit2 badan selain membekalkan kalsium untuk tulang dan penghasilan susu ibu.
Merawat mestilah dari puncanya. Badan mesti sihat untuk membantu kita mengikuti konsep "demand and supply". Nak pam secara konsisiten, nak menyusu setiap 2-3 jam memerlukan tubuh badan si ibu yang sihat. Baik dari segi fizikal dan mental (tak mau stress2 ye:)).
Tapi kalau ibu2 nak ambil ESP sebagai sumber protein lagi bagus sebab susu ibu terdiri daripada protein. Sebab tu bila minum ESP susu makin pekat. Tapi supplement seperti Vitalea, Vita C SR dan Ostematrix amatlah penting untuk memastikan ibu2 mendapat nutrisi harian yang lengkap untuk memastikan ibu kekal sihat dan bertenaga.
Bila tidur lena walaupun setakat 2-3jam, InsyaAllah, ibu akan kekal bertenaga di siang hari. Bila tidur berkualiti, stress pun akan berkurang. Bila stress kurang, kita pun akan "happy" :))
Yeahh..hormon prolaktin pun naik:)))
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe
No comments:
Post a Comment