1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari (4 days rule) berturut-turut sebelum intro yang baru.
2) Sehari berapa kali makan?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang daripada itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi seeloknya beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
- Puri di chiller tahan 48 jam dan di freezer selama 3 bulan.
6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.
8) Bagaimana mahu buat puri?
- Boleh rujuk entry sebelum ini.
9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
- Ya.
10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.
12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.
13) Bila boleh beri ikan?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.
14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
- Tambahkan minyak zaitun dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
16) Apakah 4-day-rules? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment