Sunday, June 28, 2015

Bila Nikmat Sihat Diambil Seketika

Dah lama sangat tak demam. Dah hampir setahun kot. Mungkin lebih lagi..Mungkin sebab penat menjaga anak2 syurga yang bergilir2 demam. Bermula dengan Zulfa (anak ke2) yang ambik masa 2 hari untuk sembuh sepenuhnya. Diikuti Alya (anak ke3) ambil masa yang lebih lama untuk kebah demamnya,kira2 4 hari jugak. Lepas je demam Alya dah kebah, Athirah pulak ambil giliran. Tapi Alhamdulillah, tak sampai 24jam dah tak demam. Tinggal lagi Alya masih merengek sebab hidung tersumbat. Dah makin kurang menyusu badan. Air kencing makin keruh. Risau dibuatnya. Sampai ummi terpaksa sambung cuti rehat 2hari lagi. Hari nie dah EL (15/6/15). Tak sampai hati nak hantar Alya yang baru 7bulan ke nursery dalam keadaan hidung tersumbat, bunyi nafas pun kuat lagi. Mungkin jugak disebabkan stress tak cukup tidur, sistem imun ummi jadi lemah walaupun dah konsisten ambil vitamin C setiap hari. 

Teruknya bila nikmat sihat diambil untuk sekejap kan..ditambah lagi masih perlu menjaga anak yang tak nak duduk sorang2, nak kena pegang dan tidur di riba kita je..besarnya pengorbanan seorang ibu kan..semoga Allah ampun dosa ummi. Semoga Allah mencatat setiap detik ummi bersengkang mata menjaga anak2 syurga ummi. Semoga kesabaran ummi dicatat sebagai amalan yang membawa pahala kepada ummi. Semoga Allah ampunkan dosa atuk dan nenek dan mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi ummi sejak kecil. Besarnya pengorbanan diorang untuk besarkan ummi dalam keadaan duit cukup2 makan je..Ampunkan kak ngah mak ayah :(( Semoga diberi kesempatan untuk kak ngah membalas segala jasa mak dan ayah...Ya Allah :((

Baru je sehari demam, rumah dah macam tongkang pecah..nak solat pun, gerak slow2 je..cube bertahan walaupun kepala berdenyut2 sakit. Sakit mencucuk ke tulang. Kalau boleh taknak lah sampai kena telan Tab Paracetamol. Lagipun tengah susukan anak, taknak lah ambil apa2 ubat. Tapi kalau malam nie suhu makin tinggi terpaksa telan jugak. Tadi check 37.9 dah. Badan pun menggigil kesejukan..nak je off semua kipas kat rumah nie. Tapi apakan daya, kesian kat suami dan anak2.
Semoga Allah beri kesembuhan kepada kami secepat mungkin. Saya ikhtiar dengan sebiji Vita C SR setiap 5jam. 
Ostematrix juga tak dilupakan untuk hilangkan sakit2 badan.
Bancuh oren sunquick campur dengan Performance Drink (minuman isotonik) dan Nutriferon untuk merangsang sistem imun untuk bertindak cepat memusnahkan bakteria dalam badan.


Tiba tengah malam demam makin teruk. Badan menggigil2. Suami tanya dah makan ubat belum. Saya cakap dah makan vitamin C dengan Ostematrix tadi. Suami cakap, "tu bukan ubat..tu supplement". Dia terus ambil 2 biji Tab Paracetamol dan paksa saya untuk telan jugak. Terlena sekejap..rasenye dalam 5minit je. Bila terjaga terus rasa segar. Mungkin sebab dah lama tak makan ubat sebab tu boleh nampak kesan yang cepat. 

Alhamdulillah. Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No. ID: 1070721
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis