Khamis pagi (4/6/2015), badan Zulfa tiba2 panas. Panas sangat..Masa tu semua orang dah tidur. Biasanya, saya takkan bagi ubat selagi suhu badan tak lebih daripada 38.5. Tapi disebabkan terlalu mengantuk, saya terus masukkan supp paracetamol dalam bontot Zulfa. Saya cuba untuk lap badan dia dengan kain basah, tapi dia menolak..Saya hanya tanggalkan seluar dia je supaya badan dia tidak terlalu panas.
Bangun pagi tu nampak Zulfa macam dah ok. Badan pun tak berapa panas dah. Ikutkan hati nak EL je jaga anak kat rumah, tapi disebabkan ada kerja berjadual memerlukan saya untuk pergi kerja, jadi terpaksa saya hantar ke nursery jugak. Sebelum gerak pergi hantar Zulfa ke nursery, saya bagi dia minum Syr Ibuprofen untuk kurangkan demam. Dan bekalkan dos untuk tengahari kalau2 demam melarat.
Dalam 3.15pm, saya dapat whatsapp daripada nursery cakap suhu Zulfa makin tinggi walaupun dah makan ubat dan sponging. Risau sangat..Biasanya, kalau Zulfa demam tak melarat sangat..Sekejap je suhu dah turun. Saya terus call suami untuk mintak dia balik secepat mungkin. Saya pergi kerja dengan suami. So nak taknak kena tunggu dia jemput saya dulu sebelum ambil anak. Sementara tunggu suami sampai,mulut tak putus zikir dan selawat mohon agar Allah lindungi Zulfa. Hati ibu mana tak risau kan. Demam sekarang bukan demam biasa2. Macam2 benda boleh jadi. Kalau suhu badan terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan. Semoga Allah jauhkan kami daripada semua itu.
Tak sampai 15 minit suami dah sampai kat Hospital Selayang (dari Jalan Semarak KL). Sampai nursery, terus cari kelibat Zulfa. Pengasuh cakap Zulfa tenagh tidur. Pengasuh mengadu Zulfa tak makan langsung. Lemah je. Kami terus bawa Zulfa ke klinik. Pengasuh cakap Zulfa dah makan ubat pukul 2ptg tadi. jadi, badan dia dah tak berapa panas dah. Sementara menunggu panggilan doktor, Zulfa mintak nak minum susu...Lega tengok dia minum susu.
Doktor bagi antibiotik dengan syr paracetamol. Saya tanya kenapa demam perlukan antibiotik???
Doktor cakap, kalau viral fever, kita tak perlukan antibiotik dan biasanya suhu badan tidak terlalu tinggi dalam 37.1-37.3 sahaja. Tapi kalau deman dengan suhu badan yang terlalu tinggi sehingga mencecah 39, itu biasanya bacterial fever. first time dengar. Doktor bagi Syr Augmentin. Tapi macam biasa la..saya tak berani nak bagi antibiotik kat anak2 saya sebab takut tak boleh nak habiskan dalam tempoh yang ditetapkan. Saya hanya bagi Syr Ibuprofen untuk turunkan suhu badan dia.
Klik Untuk Order: Nutriferon
Selain itu, saya bagi Nutriferon kat Zulfa. Anak2 saya memang suka dengan Nutriferon. Tunjuk je sachet tu, mesti terus datang nganga mulut. 1 sachet kongsi dengan Athirah untuk 2 kali makan. Athirah sihat je sebenarnya, tapai ngada2 nak makan jugak. Dia cakap, "besok kak yaya nak demam la..nak makan gula2 lagi". Diorang panggil Nutriferon tu gula2:).
Macam biasa jugak, kalau anak2 atau suami demam, saya akn bancuh Performance drink untuk beri tenaga segera pada diorang. Performance Drink adalah minuman isotonik yang dilengkapi dengan elektrolit untuk rehidrasi badan dan mengekalkan bendalir badan.
Klik Untuk Order: Performance Drink
Alhamdulillah, sekarang Zulfa dah sihat. Last sekali ambik Syr Ibuprofen jam 9mlm 6/6/2015. Kesembuhan adalah daripada Allah. Kita hanya perlu berusaha.
Supplement mengambil masa untuk menunjukkan kesan. Biasanya, kalau makan Nutriferon 1 sachet dah nampak kesan, tapi kali nie mengambil masa sikit..Nak taknak kena ambil Ibuprofen jugak walaupun dalam hati tak rela.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
No comments:
Post a Comment