Tiba bulan Ramadhan, pasti ibu2 mula risau tentang bekalan susu ibu untuk anak tersayang. Susu ibu berkurang semasa berpuasa adalah perkara normal. Badan kita secara semulajadinya akan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku ketika berpuasa untuk memastikan bekalan susu ibu untuk anak mencukupi.
Walaupun kuantiti sedikit berkurang daripada biasa, nutrisi yang terdapat dalam susu ibu masih cukup untuk keperluan bayi. Namun begitu ibu2 masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan penghasilan susu tidak berkurang secara mendadak.
Ibu-ibu boleh cuba tips Cikgu Susu, Puan Zuain Ghani (Kaunselor Laktasi). Tips ini juga sebagai panduan dan reminder untuk saya sendiri. Saya suka tulis nota dalam blog nie..next time bila lupe boleh rujuk balik. Boleh jadi rujukan orang lain jugak:)).
11 Tips Elak Susu 'drop' Di Bulan Puasa
1) MIND SET
Apa yang kita fikir
Apa yang kita cakap
Apa yang kita rasa dan
Apa yang kita buat
Adalah hantaran doa kepada Allah
Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk anak kita. Lintas hati juga doa, jadi fikir yang baik2 sahaja ye ibu2.
2) KEKERAPAN MENGEPAM
Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu. Makin kerap menyusu/mengepam, makin tinggi penghasilan susu ibu.
Dengan menambah kekerapan menyusu/mengepam sebulan atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum menjalani puasa, penghasilan hormon prolaktin dalam tubuh akan meningkat.
3) JADUAL MENGEPAM
Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa sepanjang bulan puasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada payudara.
Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):
Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.
Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.
Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.
Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)
*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam.
4) TANDEM PUMPING
Bagi membantu anda menjayakan penyusuan sepanjang bulan puasa, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu anda bekerja, ibu2 digalakkan untuk membuat tandem pumping bila2 sahaja ketika bersama bayi termasuklah waktu malam.
Dengan tandem pumping, ibu2 bukan sahaja mengekal bonding dengan anak, tetapi juga boleh mengumpul stok untuk kegunaan anak semasa ibu bekerja. Tandem pumping juga melancarkan pengaliran susu ibu semasa mengepam kerana hisapan bayi memberi rangsangan yang kuat dan meningkatkan perembesan hormon oksiton yang diperlukan untuk mengeluarkan susu. Ini secara tak langsung akan menjimatkan masa ibu berbanding pam dan menyusu secara berasingan.
5) POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI
Pada saya, yang nie paling susah nak buat. Waktu yang disyorkan adalah 11 malam hingga 5 pagi. Waktu ini adalah waktu yang paling tinggi penghasilan hormon prolaktin yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu.
Tapi bulan Ramadhan nie, mungkin ibu2 tiada masalah untuk bangun awal. Saya cadangkan bangun 2 jam sebelum waktu anda bangun untuk siapkan juadah bersahur. Bangun tidur, berwudhuk dulu, boleh buat Solat Taubat dan tahajuud dulu. Kemudian baru mulakan power pumping selama sejam.
Sudah lupa apa itu power pumping?
Tujuan power pumping adalah untuk 'boost up" penghasilan susu ibu. Waktu pam yang lain setiap 2-3 jam masih perlu diteruskan secara konsisten. Ini adalah extra effort untuk hantar lagi banyak signal ke otak untuk menghasilkan lagi banyak susu.
Cara-cara Power pumping:
Pam Single: Pam sebelah kiri 10 minit, kemudian beralih ke sebelah kanan 10 minit, kemudian kembali ke sebelah kiri 10 minit dan diulang lagi langkah yang sama sehingga cukup 1 jam.
Pam Double: Pam 20minit, rehat 10 minit, pam 10 minit, rehat 10 minit, ulang sehingga cukup 1 jam.
6) AIR SECUKUPNYA
Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM. Air suam membantu mempercepatkan pengaliran bendalir dalam badan
Boleh periksa air kencing ibu untuk melihat ibu2 cukup air atau tidak. Air kencing yang jernih menanda ibu2 cukup air. Jika air kencing gelap dan keruh, itu tandanya ibu mengalami dehidrasi dan kekurangan air.
Seeloknya, minum 1 gelas air suam, setiap 1 jam atau 1 gelas sebelum dan selepas menyusu dari waktu berbuka hingga sahur.
7) REFILL & RECOVER
Anda telah kehilangan banyak tenaga dan air setiap kali selepas menyusu dan memerah. Jadi setiap kali selepas menyusu/memerah, anda digalakkan makan dan minum bermula waktu berbuka sehingga waktu sahur.
Makanan yang perlu diambil tidak semestinya makanan berat, memadai dengan meminum susu/horlicks/ milo panas bersama roti.
Payudar akan cepat refill selepas makan dan minum kerana paras air dan tenaga yang hilang tadi sudah ditingkatkan semula.
8) JUADAH BERBUKA
Pastikan pilihan makanan adalah sihat dan seimbang. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Ini kerana badan kita akan mengesan makanan berminyak, pedas dan berempah sebagai makanan yang sukar dicernakan.
Selain mengambil masa yang lama untuk diproses, ia juga akan menggunakan banyak air dalam tubuh kita. Ini akan menyebabkan badn kekurangan air dan mengganggu penghasilan susu ibu.
Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.
9) KURMA
Kurma adalah makanan sunnah yang bagus untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.
Buat macam snack aje pun sedap.Payudara akan cepat rasa penuh. InshaAllah.
Jadual pengambilan kurma:
♥ 3 biji semasa berbuka puasa.
♥ 3-5 biji semasa moreh - boleh ganti kuih muih yang manis2 tu..
♥ 1-2 biji semasa bangun menyusu waktu malam - sebelum tidur sediakan 1 bekas berisi buah kurma dan 1 bekas berisi air suam.
♥ 3 biji sebagai penutup sahur
10) BERSAHUR
Ibu menyusu wajib amalkan sahur setiap hari. Lambatkan sahur supaya makanan yang diambil semasa sahur menjadi sumber simpanan tenaga untuk meneruskan penyusuan dan puasa dengan baik pada siang hari.
Makanan yang sesuai untuk ibu menyusu semasa sahur adalah seperti:
- nasi
- kentang
- kurma (nie wajib untuk saya:))
- roti
- pisang
- oats
- sup
Kurangkan makanan / lauk yang tinggi kandungan garam, pedas, berminyak, bersantan dan berempah kerana makanan seperti menjadikan anda cepat merasa dahaga dan letih kerana banyak tenaga diperlukan untuk mencerna makanan tersebut.
Untuk saya, sebagai penutup sahur saya suka bancuh mighty 3 gem yang membekalkan tenaga dan nutrisi lengkap sepanjang hari.
Klik Untuk Order : Mighty 3 Gem
Protein soya: mempunyai glisemik indeks yang rendah yang membebaskan tenaga perlahan2. Juga dilengkapi nutrient lain.
Performance drink: Minuman isotonik yang mengandungi elektrolit yang membantu mengelakkan dehidrasi.
Mealshakes: membekalkan multivitamin dan mineral yang membantu melengkapkan nutrisi harian.
11) BERTAWAKAL DAN BERSERAH KEPADA ALLAH
Setelah berusaha, berserah dan bertawakal kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak dan berdoa dikurniakan rezeki kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan puasa dengan baik.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
when is ramadan 2016
ReplyDeleteramadan 2016 schedule
ramadan 2016 calendar
ramadan 2016 timings
ramadan 2016 suhoor iftaar timings
roti ap ye puan makan masa sahur?
ReplyDeletemohon respon