Sunday, June 21, 2015

Tuah Ayam Nampak Di Kaki..

Tahun lepas (2014,) dapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC). Bila dapat tahu nama tersenarai sebagai penerima APC rasa seronok je..mane taknaknya kan, ada jugak orang yang hargai kerja kita. Dah 5 tahun berkhidmat baru dapat APC. Bila tahu nama tersenarai, terus terfikirkan ketua unit saya, Puan Wan Nor Ashikin. Mesti dia yang calonkan nama saya kepada pihak atasan. Kalau tak, tak merasa la saya. Lagi pun unit saya terasing di tingkat 4 Hospital Selayang. Bos besar mesti tak tahu saya buat kerja ke tak kan.. kalau curi tulang pun tak siapa yang tahu. Hanya mereka yang berada di unit itu sahaja yang tahu.

Selepas dapat notis nama tersenarai sebagai penerima APC 2014, satu taklimat diadakan sebagai persediaan untuk pergi ke majlis penganugerahan. Taklimat diadakan di Auditorium Hospital selayang. Terkejut bila tengok Auditorium penuh dengan penerima APC. Saya mula terfikir, apa kriteria sebenar untuk dapat anugerah ini. Saya bukanlah seorang yang aktif dalam apa2 jawatankuasa atau organisasi. Saya hanya fokus kepada tugas hakiki saya sebagai pegawai farmasi di Farmasi Klinik Pakar Aras 4 tak lebih daripada itu. Bila bersembang2 dengan penerima APC lain baru saya tahu sebenarnya APC nie semua orang akan dapat tetapi ikut seniority. Itulah sistem dalam kerajaan. Semuanya berdasarkan Seniority. Malas nak fikir lanjut pasal tu..

Dipendekkan cerita, sebagai penerima APC, kami menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN bernilai RM1000.

Saya cakap kat suami, "sayang taknak cashkan lah SSP nie..mana tahu kot2 dapat BMW sebiji :))". Suami gelak je.." Bertuah la sangat..semoga berjayeee.."

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu kan. Jom doa banyak2 supaya nasib menyebelahi saya:))..Sijil tu saya simpan je dalam fail sijil2 saya..mimpi itu percuma:)

Dream it..visualise it and feel it :))


No comments:

Post a Comment

AddThis