Tuesday, June 30, 2015

Trivago: Hotel?

Sekarang nie setiap kali keluar iklan Trivago kat TV mesti Athirah sebut 'hotel', "jom pergi hotel ummi..pergi kejap je..yaya nak mandi kolam..lepas tu kita balik". Senyum sorang2 ummi dengar permintaan kak yaya. Dia ingat tempat tu dekat kot.

Kami jarang sangat pergi bercuti. Hujung minggu hanya dihabiskan dirumah. Kalau ambil cuti panjang pun mesti balik kampung di Terengganu. Cuma masa ulangtahun ke 5 perkahwinan kami, suami ajak pergi bercuti di Glory Beach Resort. Sebenarnya suami terpengaruh dengan kawan2 opis yang baru balik bercuti di sana. Tapi diorang pergi tinggalkan anak isteri kat rumah. Berseronok kat luar macam orang bujang. Alhamdulillah..suami saya tak macam tu. Dia akan dahulukan anak isteri berbanding keseronokan keluar dengan kawan2.

Dulu masa Athirah kecik2 pernah jugak bawak dia pergi Cameron Highland 3x. Duduk hotel jugak. Tapi masa tu kecik lagi..dia mesti tak ingat pape. Tu yang bila dapat duduk hotel untuk kali pertama masa umur dia dah 'faham', seronok je dia. Mulanya kami tipu2 cakap tu rumah baru kita.. tapi kita datang sini kejap je..diw pun percaya la..duk pusing2 dalam bilik hotel..dia paling excited tengok swimming pool. Tak sabar2 ajak abah dia pergi mandi kolam. Walaupun masa mandi tu 2x dia lemas, tapi masih ajak nak pergi sana lagi.
Apa yang saya rasa dan lihat, Glory Beach Resort nie boleh tahan jugak. Kos penginapan termasuk breakfast untuk 2 orang tak sampai RM300 untuk 2 hari 1 malam. Buffet breakfast pun boleh tahan. Kitorang banyak habiskan masa di swimming pool dan pantai kat hotel tu je. 

Niat asal memang nak pergi jalan2. Tapi selepas incident Athirah lemas kat swimming pool tu terus mood nak buat pape terbantut. Athirah macam dah fobia dah..dia asyik sebut2 apa yang jadi kat dia..boleh nampak dari riak wajah dan cara dia menggambarkan kejadian dia lemas tu yang dia takut lemas lagi. Saya cuba tenangkan dia. Cakap dengan dia, "nanti ummi hantar kak yaya pergi belajar berenang dengan cikgu ea..dah pandai berenang baru tak lemas". Dia macam excited balik nak berenang sebab nanti dapat cikgu baru kot..

Plan lepas nie nak kumpul duit nak pergi Grand Lexis pulak. Mesti Athirah lagi seronok dapat mandi kolam 24jam:)). InsyaAllah..
Kan best kalo kite dapat financial and time freedom. Nak pergi mana,bila2 masa pun tak kesah. Tak perlu nak tunggu gaji atau bonus kerajaan baru boleh bawak anak pergi jalan2. Tak perlu nak mohon cuti dengan sape2. Tak payah nak fikir pasal kerja yang akan menunggu kalau kita ambil cuti panjang. 

Itu yang tengah saya usahakan. Impian untuk jadi working-at-home-mom & -dad.  Anak2 membesar depan mata. Kagum tengok upline saya dah dah menjelajah ke berapa buah negara dah..mungkin dah tak terbilang. Boleh pergi ke mana sahaja tanpa mengira kos dan masa.
 PM Cery Mamafaiz
PM Lyna Noh

PM Hadhatina Mkb
Mereka sudah buktikan semua itu tercapai dengan Shaklee. Tiada yang mustahil. Yang penting usaha yang tak putus2, doa dan tawakal kepada yang maha pemberi rezeki.

Towards financial and time freedom.

No comments:

Post a Comment

AddThis