Wednesday, June 24, 2015

Rawatan Semulajadi Untuk Anak Demam

Petang semalam (11/6/15), tengah dispens ubat kat patient dapat whatsapp dari pengasuh kat nursery cakap badan Alya panas. Alya nie anak ke 3 saya berumur 6bln.

Panik jugak bila baca whatsapp, tapi cuba tenangkan diri dulu. Saya balas whatsapp mintak pengasuh sponging dulu, kalau suhu badan lebih 38.5 whatsapp saya balik. Suhu badan >38.5 meningkat risiko untuk dapat sawan. Alhamdulillah sampai petang, saya tak dapat whatsapp baru daripada pengasuh. Jadi saya anggap demam Alya tak melarat.

Petang masa ambik Alya, dia tengah tidur. Pengasuh cakap suhu badan dia dah kurang sikit, tapi masih panas. Sampai rumah Alya diam je. Tinggal dia sorang2 kat atas karpet pun dia diam je. Biasanya kalau mase dia sihat, memang tak boleh nampak orang tinggalkan dia sorg2, mesti terus nangis. Walaupun demam, Alya masih mampu gelak bila kak ngah  "agah2" dia:)).

Secara ringkasnya, saya memilih rawatan secara semulajadi untuk merawat demam Alya. Semulajadi dalam erti kata, merangsang sistem imun untuk bertindak melawan jangkitan yang menyebabkan demam disamping mengawal suhu supaya tidak terlalu tinggi dengan sponging.
(1) Sponging.

Sampai je rumah petang tu saya terus letakkan cool fever kat dahi Alya. Saya bukak baju, lepas tu balut dengan kain basah. Risau kalau2 suhu badan makin tinggi.

(2) Kerapkan menyusukan anak dengan susu ibu.

Saya kalau boleh taknak bagi apa2 ubat untuk Alya. Dia masih kecik lagi. Baru 6 bulan. Tak sanggup nak introduce drugs untuk dia. Sebab tu saya usahakan dengan sponging dulu. Saya kerapkan menyusu badan secara terus untuk pastikan Alya dapat antibodi secukupnya daripada susu ibu. Saya pasti semua ibu2 yakin, susu ibu boleh jadi ubat untuk banyak penyakit kepada anak2..betul?.
(3) Kuat Sistem Imun.

Saya sendiri cuba untuk 'up' kan dos Vita C SR setiap 5 jam untuk kuatkan sistem imun saya dan Alya.
Susu ibu dilengkapi dengan antibodi yang boleh melawan jangkitan. Justeru itu, pengambilan Vita C SR sangat bertepatan kerana vitamin C membantu meningkat sistem imun.

(4) Doa Seorang Ibu Kepada Anaknya.

Saya percaya, doa seorang ibu terhadap anaknya sangat makbul. Saya tak pernah lupa minta Allah sembuhkan Alya secepat mungkin dan memberi kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.

Kita hanya mampu berusaha, tapi kesembuhan itu adalah dari Allah. Dan Allah suka akan hambaNya yang berusaha.

Semoga Alya cepat sembuh.

Semoga bermanfaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment

AddThis