Saturday, June 20, 2015

5 Sebab Penghasilan Susu Kiri dan Kanan Tidak Seimbang.

Saya pasti ramai ibu2 mengalami masalah ini kan? Kuantiti susu perahan sebelah kiri dan kanan tidak sama banyak. Kiri 4oz, kanan dapat 1 oz je. 

Kenapa ini berlaku?

Saya adalah salah seorang ibu yang mengalami masalah diatas. Masa awal2 dapat anak dulu, saya lebih cenderung untuk susukan anak di sebelah kiri dengan alasan lagi senang nak pegang bayi. Kalau sebelah kanan susah sikit nak pegang. Kesan paling ketara, payudara yang kerap digunakan untuk susukan anak lebih besar berbanding yang satu lagi. Risau juga dibuatnya.

5 Sebab Penghasilan Susu Kiri dan Kanan Tidak Seimbang.

1) Aliran susu yang perlahan, terlalu laju atau susu mula berkurang.

Biasanya bayi akan lebih suka menyusu di sebelah payudara yang mempunyai aliran susu yang selesa dengannya. Aliran susu yang perlahan menyebabkan bayi marah kerana tidak mendapat susu yang diingininya ( terutamanya apabila terlalu lapar).

Aliran susu yang terlalu laju pula boleh menyebabkan bayi tersedak dan melepaskan hisapan daripada payudara itu.

2) Bayi suka menyusu di sebelah payudara sahaja.

Perkara ini adalah biasa dikalangan bayi. Selain dari hanya menurut kemahuan bayi, ibu boleh pelbagaikan posisi menyusu untuk membantu bayi menyusu dari kedua-dua payudara.

3) Ibu suka menyusukan bayi disebelah payudara sahaja.

Perkara ini berlaku apabila ibu merasakan salah satu payudara menghasilkan lebih banyak susu berbanding satu lagi. Apabila hanya sebelah payidara kerap disusukan kepada bayi, maka rangsangan pada payudara yang ini lebih tinggi menyebabkan ia lebih productif berbanding yang sebelah lagi.

4) Keadaan payudara ibu.

Ia adalah normal jika seseorang ibu mempunyai lebih banyak kelenjar susu berbanding di sebelah lagi.

5) Pernah melakukan pembedahan atau mengalami kecederaan pada payudara.

Jika ya, kemungkinan ia boleh mempengaruhi keadaan kelenjar susu atau saluran susu di dalam payudara itu.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, faktor utama ketidakseimbangan jumlah susu di kedua2 belah payudara adalah, si ibu kerap susukan bayi di sebelah payudara sahaja. Payudara yang kurang disusukan akan menerima kurang rangsangan, jadi penghasilan susu makin sedikit.

Apa yang saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

(1) Saya kerapkan menyusu disebelah yang saya kurang gunakan. 
(2) Pam secara konsisten untuk mengosongkan payudara juga boleh dilakukan untuk seimbangkan jumlah susu di kedua2 belah. Jangan risau jika hasil kurang memuaskan diawal percubaan, InsyaAllah lama-kelamaan kauntiti susu akan seimbang. 
(3) Apabila jumlah susu sudah menjadi normal, saya pastikan anak menyusu daripada kedua2 belah sehingga kosong secara bergilir2.

Semoga bermanfaat.

Sumber: www.pumponthego.blogspot.com



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis