Friday, June 26, 2015

Tips Atasi Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering

Secara umumnya, luka episiotomi/jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2-4minggu. 

Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuka setelah luka sembuh. 

Antara tips atasi luka bersalin cepat sembuh dan kering:

1) Pastikan kebersihan sentiasa dijaga. Bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas dan tukar tuala wanita dengan kerap (lalukan air bersih kepada luka, 'dap' dengan tisu bersih untuk keringkan dan jangan 'rub' luka tersebut).

2) Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya luka mengalami pengudaraan (ventilation) yang baik

Kalau ada kesempatan, saya akan spend masa kat bilik sorang2 atau mintak tolong suami untuk keringkan tempat luka selepas mandi pakai hair dryer..tapi kadang2 jela sebab takde masa nak menyendiri lama2:))

3) Sitz Bath iaitu rendaman air garam.

Ambil segenggam garam (Kalau boleh bilas garam sekejap dibawah aliran air paip) dan larutkan dalam satu jag air panas, kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran itu menjadi suam dan tuangkan ke dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15 minit. 

Kalau di Hospital, kita akan pakai normal saline (air garam jugak sebenarnya tapi dalam bentuk komersial) untuk mencuci tempat luka yang berair). 
4) Elakkan sembelit. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya fiber kerana kerap meneran semasa membuang najis boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka. 

Tapi nak makan macam2 semasa dalam pantang bukan senang kan..tambah2 kalau berpantang dengan orang tua dikampung, banyak bende yang tak boleh makan. Sepanjang tempoh hamil dan berpantang saya mengamalkan pengambilan Ostematrix yang terdiri daripada bukan sahaja kalsium tetapi juga magnesium yang penting untuk mengatasi sembelit. Klik Untuk Baca Lanjut

Selain itu juga, ibu dalam pantang juga boleh amalkan pengambilan Alfalfa Complex yang tinggi fiber yang bagus untuk detox. Disamping untuk detox, Alfalfa Complex juga boleh meningkatkan penghasilan susu ibu (milkbooster) dan bertindak sebagai kacip fatimah yang boleh mengetatkan mane2 bahagian yang longgar:)). Minum air 3liter sehari untuk memastikan Alfalfa bertindak dengan berkesan.

5) Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan nutrient penting untuk penyembuhan luka terutamanya yang mengandungi zinc dan protein yang diperlukan untuk pembinaan sel2 kulit baru. 

Untuk melengkap nutrisi harian, saya amalkan pengambilan Vitalea. Selain itu juga, pengambilan Soy protein ESP juga membantu untuk melengkapkan nutrisi harian disamping membantu penghasilan kulit baru kerana sel2 dibina daripada protein. Sepanjang tempoh berpantang juga, saya amalkan pengambilan sebiji Zinc Complex setiap hari. Zinc penting untuk penyembuhan luka kerana zinc terlibat dalam pengaktifan enzim2 yang diperlukan untuk fungsi tubuh yang normal.
6) Lakukan senaman KEGEL'S iaitu senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis.
7) Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah segera dapatkan rawatan doktor.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis