Monday, June 22, 2015

Anak Susah Makan Ubat?


Masa bawak Zulfa pergi Klinik minggu lepas, yang saya perasan semua pesakit yang menunggu giliran semuanya kanak2. Bila masuk bila doktor, doktor pun cakap, klinik nie dah jadi klinik kanak2. Doktor cakap musim kanak2 demam-batuk-selsema sebab perubahan cuaca, kejap hujan kejap panas. Bukan budak je, orang dewasa pun sama.

Kos konsultasi doktor dengan ubat Syrup Paracetamol dan Syr Augmentin (Antibiotik) RM 68. Tapi saya tak perlu bayar sebab pakai medical kad Company suami. Kalau bayar duit sendiri sesak jugak tu :).

Pesakit yang datang kaunter farmasi Hosp Selayang selalu cakap, kita di Malaysia nie beruntung sebab boleh dapat rawatan dan ubat-ubatan secara percuma di hospital kerajaan.kalau pergi klinik swasta mesti kena bayar banyak. Pilihan masing2.

Tapi bagi yang suka pergi klinik swasta yang orang anggap "lagi bagus" daripada hospital kerajaan dan terpaksa keluarkan duit sendiri untuk bayar kos rawatan, saya suka untuk mencadangkan pilihan yang lebih baik, lebih selamat dan semulajadi.

Sebelum saya cerita lanjut tentang pilihan yang lebih baik tu, saya nak cerita sikit pasal ANTIBIOTIK.

Seperti semua orang sedia maklum, masalah kerintangan antibiotik (antibiotic resistance) makin berleluasa kerana kegagalan pesakit untuk menghabiskan antibiotik seperti yang dipreskrib oleh doktor. Ramai yang berhenti makan antibiotik setelah merasakan diri sudah sembuh walaupun baru bebarapa hari makan antibiotik. Tindakan bijak pesakit ini telah memudaratkan dirinya sendiri tanpa mereka sedar. 

Sudah sembuh tidak bermaksud semua bakteria telah berjaya dimusnahkan oleh antibiotik tersebut. Mungkin ramai yang belum sedar akan kepentingan menghabiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor. Dalam bahasa mudah, bila kita makan tidak seperti dipreskrib oleh doktor, bakteria dalam badan tidak dapat dimusnahkan sepenuhnya malah ia akan menjadi lebih kuat jika berlaku jangkitan bakteria lagi pada masa akan datang. Bakteria juga boleh bermutasi untuk menyiapkan diri mereka jika 'diancam' lagi oleh antibiotik.

Ada sesetengah pesakit akan marah bila doktor tak bagi antibiotik. Demam sikit dah mintak antibiotik..sakit tulang pun nak antibiotik. Kadang2 saya pelik dengan pesakit yang suka sangat dengan antibiotik..tak tahu la kenapa..Tak semua penyakit perlu dirawat dengan antibiotik . Bila dah sahkan ada jangkitan, baru boleh ambik antibiotik atau untuk individu yang berisiko mendapat jangkitan sahaja.

Bagi yang suka sangat antibiotik dengan alasan nak cepat sembuh, ye..betul..kita mungkin cepat sembuh, tapi senang untuk dapat jangkitan semula yang mungkin lebih teruk terutamanya bagi mereka yang tak suka habiskan antibiotik yang diberi..bakteria dah jadi makin kuat. Dan mungkin antibiotik yang lebih kuat diperlukan untuk memusnahkan mereka.

Bagi yang belum tahu, bila kita makan antibiotik, kita sebenarnya dah manjakan diri kita. 

Kenapa saya cakap macam tu?

Manja sebab sistem imun kita dah jadi pemalas. Tak payah susah2 nak buat kerja musnahkan bakteria yang dah menceroboh masuk dalam badan kita. Kita hanya bergantung pada antibiotik untuk buat kerja tu. tak ke manja namenye tu.

Nak antibiotik, tapi kompem ke boleh habiskan antibiotik tu?
Saya???

Saya tak cukup berdisiplin untuk makan semua antibiotik tu.. bukan saya je, tapi anak2 lagi la susah kan..bukan sedap pun rasa antibiotik tu..Sebab tu saya cari alternatif lain untuk musnahkan jangkitan bakteria tu..

Saya pilih yang lebih baik, selamat dan semulajadi.
Nutriferon adalah immune booster yang dihasilkan daripada bahan2 semulajadi. 
Ia merangsang pembebasan interferon dalam badan. Interferon ini seterusnya akan mengaktifkan sistem imun kita untuk melawan pencerobohan bakteria atau virus dalam badan.
Anak2 saya sangat suka makan Nutriferon nie..diorang panggil gula2. Hanya 1/4 sachet sekali sehari bila diorang demam-batuk-selsema. Nampak je saya pegang "gula2" nie, diorang terus datang duduk bukak mulut :))

Saya pilih yang selamat, semulajadi dan berkesan untuk anak2 dan keluarga saya.

Anda bagaimana?

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis