Saturday, June 6, 2015

Solid Food Untuk Bayi 6 Bulan: Puree Lobak Merah

Alya dah masuk 6bulan..dah seminggu Alya dah rasa solid food pertama dia. Kalau ikutkan hati,tak nak bagi lagi Alya makan pape..takut dia kurang minum susu nanti. Tapi bila join group yang berkaitan solid food untuk bayi tu, diorang cakap semasa umur 6bulan nie masa untuk introduce kepelbagaian rasa makanan pada. Hanya untuk introduce bukan untuk mengenyangkan bayi. Cukup bagi sekali sehari 1-2oz je. Bila dah meningkat umur barulah tambah sedikit demi sedikit.

Saya pilih lobak merah untuk solid food pertama Alya. Sebenarnya dah lama tak beli sayur kat rumah nie..jarang sangat masak sejak anak tiga nie..petang lepas kerja singgah je kedai berdekatan untuk beli sebiji lobak merah..sampai rumah terus buang kulit, potong nipis2, lepas tu terus kukus..dalam 15 minit jugak. Bila dah lembut terus kisar..saya tambah air masak sikit..lepas kisar tapis untuk pastikan takde ketul2 takut Alya tercekik nanti. Dah suam sikit boleh bagi anak makan. Saya campur susu ibu sikit bagi puree tu cair sikit. Bakinya saya masukkan dalam bekas kecik dan bekukan dalam freezer.

Kalau nak guna puree beku tu, penyediaan dia sama macam penyediaan EBM beku..untuk kegunaan hari berikutnya, turunkan satu ketul kiub puree ke bahagian chiller. Keesokkannya bila dah nak guna puree beku dah cair..panaskan dalam warmer macam panaskan susu EBM. Bila nak bagi Alya makan baru saya tambah susu ibu.

Hari pertama introduce puree lobak merah kat Alya, dia macam reject..bila suap, banyak yang keluar balik..rasanya die makan dalam 2 sudu kecil je..hari berikutnya saya bagi lagi..ada peningkatan..hari ke 4, bila nampak bekas puree, Alya terus senyum tak sabar2 nak makan..kena ikut 4 days rules sebelum bertukar kepada puree jenis yang lain. 

4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

Ada jugak yang saya baca, seeloknya kita introduce sayur dulu kat bayi, sebab kalau kita mulakan dengan buah yang manis macam pisang atau mangga takut nanti anak dah taknak makan sayur yang rasanya 'kurang sedap'.
Disini saya ringkaskan cara2 menyediakan puree:
1) Bersihkan sayur/buah sehingga bersih.
2) Kupas kulit dan potong kecil2.
3) Kukus sehingga lembut (rebus pun boleh tapi untuk vitamin larut air, vitamin akan larut dalam air rebusan..kalau kukus vitamin larut air akan kekal dalam buah/sayur.)
4) Sejukkan sekejap kemudian kisar sampai halus. Tambah air masak jika perlu.
5) Tapis untuk pastikan tiada ketulan dalam puree.
6) Ambil sedikit untuk diberikan kepada bayi. Selebihnya masukkan dalam bekas kecil untuk dibekukan.
7) Tambahkan sedikit susu ibu dalam puree yang hendak diberikan kepada bayi.

Puree yang dibekukan mempunyai jangka hayat yang lebih kurang sama dengan EBM beku iaitu 3 bulan. Tapi saya buat untuk seminggu makan je..tak berani nak simpan lama2. Jadi, boleh sediakan puree semasa hujung minggu untuk kegunaan seminggu..tiada alasan tak sempat nak buat puree untuk anak kan:)).

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

AddThis