Hari nie nak kongsikan bagaimana memilih breastpump yang sesuai.
Masa anak pertama dulu saya pakai breastpump Pegion manual yang elektrik. Pakai bateri 2A. Ade 1 phase iaitu hanya Expression. Boleh je nak buat stimulation dulu, tapi manually la. Dahla single kan..memang ambik mase yang lama la untuk kosongkan breast.
Anak ke2 memang dah decide untuk beli yang double breastpump sebab fikir untuk jimatkan masa pam masa kat opis. Lagipun production lagi bagus kalau kedua2 breast diberi rangsang kan..kalau kite pam single pun, sebelah satu lagi yang tak di pam akan keluar jugak kan..Kali nie beli Autumnz Ultimate Double breastpump. Ok la jugak pam nie..tapi bunyi kuat sikit. Takde Built-in-battery. Jadi kalau nak pam kena cari plug yang boleh sambung la..leceh jugak tu...masa tu malas nak beli rechargeble battery. Bila Zulfa dah nak masuk setahun pam nie pun rosak. Saya kembali guna yang Pegion manual elektrik tu..malas nak beli yang baru..lagipun dah rase penat nak konsisten pam kat opis..akhirnye, Zulfa cukup setahun saya berhenti pam dah..terus bagi susu kambing je kat Zulfa.
Anak ke 3 pulak, pada mulanya berangan nak beli Medela Freestyle yang mahal tu..tapi bile difikirkan harganya mak aih..baik simpan duit tu untuk ambik cuti tanpa ganti..sebab memang plan nak ambil cuti tanpa ganti sebulan. Lepas tengok review orang ramai tentang breastpump yang bagus, terus decide untuk beli Spectra M1 nie..sebenarnya berkenan dengan anak patung yang diorang letak kat gambar tu je:))
Lagi 2 bulan nak due (EDD), setelah survey harga daripada penjual, saya pilih untuk beli kat PumpontheGo kat Kelana Jaya. Paling murah dan ada free gift jugak. Double breastpump, plastic breastmilk storage, 3 ice pack, dan cooler bag V-cool dengan harga RM499 (Oct 2014).
Pada saya, Spectra M1 nie jauh lebih bagus daripada Autumnz ultimate yang saya beli dulu. Bila pam, breast pun cepat kosong. Suction lembut. Bunyi pam pun slow je..kalau pam kat sebelah anak yang tengah tidur tak mengganggu pun. Kalau pam kat opis pun orang tak perasan. Tengah lunch sambil pam pun orang tak tahu :)). Yang saya suka, Spectra M1 nie ade built-in-battery. Boleh tahan 4 kali pam sebelum kena cas balik. Bahagian2 pam pun senang dicuci.
Oklah..itu berdasarkan pengalaman saya tentang pam yang saya pakai.
Disini ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk memilih pam yang sesuai:
TIPS 1: Bajet
Bajet amat penting bagi mengelakkan pemborosan. Daripada bajet ini anda boleh selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga murah. (Contoh brand yang popular ialah seperti Medela, Avent, Spectra, Autumnz, Malish, Lacte, etc).
TIPS 2: Jenis
Ada beberapa jenis pam seperti Pam Manual, Pam elektrik, dan ada juga pam Elektrik beserta bateri. Jika anda memilih pam manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi pam manual ini agak murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual. Pam yang mempunyai bateri yang boleh di cas boleh digunakan dimana sahaja asalkan bateri masih mempunyai kuasa.
TIPS 3: Keselesaan
Aspek keselesaan begitu penting untuk diambil kira dalam pemilihan Pam. Pam yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payudara mempunyai alas yang lembut. Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’ sekali. (spectra m1 takde pun, Autumnz ultimate ade..tapi ok je kalau takde pun)
TIPS 4: Daya Tahan – Heavy Duty
Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.
TIPS 5: Daya Hisapan – "Suction level"
Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan.
TIPS 6: Alat Ganti
Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang dibeli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak. Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu. Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.
TIPS 7: Bunyi
Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu diambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.
TIPS 8: Mobiliti
Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja.
TIPS 9: Single Pam atau Double Pam
Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.
Semoga membantu ibu-ibu:)).
No comments:
Post a Comment