Tuesday, April 28, 2015

7 Faktor Susu Badan Makin Berkurang




Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

Kali ni saya nak share 7 faktor penyebab susu semakin berkurang iaitu:

1. Stress

Stress adalah salah satu faktor utama kurangnya penghasilan susu. Hal ini kerana, stress akan merencatkan perembesan hormon prolaktakin yang penting untuk penghasilan susu ibu. Stress juga akan merencatkan perembesan hormon oksitosin yang diperlukan untuk pengeluaran susu ibu ("milk ejectiob"). Jadi ibu2 hendaklah sentiasa tenang dan gembira kerana ia sangat2 membantu penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Bersyukur dengan segala hasil perahan walaupun sedikit.  InsyaAllah, dengan bersyukur dan berlapang dada, susu ibu pasti cukup untuk bayi. 

2. Diet Tidak Seimbang

Ibu menyusu perlu mendapatkan diet yang seimbang bagi menjayakan penyusuan ibu sehingga bayi berusia 2 tahun. Diet yang seimbang mampu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada si ibu. Perbanyakkan makan sayuran, bijirin dan buah-buahan disamping hasil tenusu.

3. Tidak Minum Air Secukupnya.

Susu ibu itu sendiri terdiri daripada cecair (>80%). Ibu mestilah minum air secukupnya (minimum 3 liter sehari) agar tidak menganggu penghasilan susu ibu. 

4. Masalah Kesihatan

Ibu hendaklah menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk memastikan penghasilan susu yang cukup dan berkhasiat untuk bayi. Masalah kesihatan sudah pasti mengganggu fungsi badan seterusnya menyebabkan mengganggu penghasilan susu ibu. Badan yang sentiasa letih dan lesu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Jadi, rehat dan tidur yang berkualiti walaupun sekejap sangat2 penting untuk ibu menyusu.

5. Pengambilan Ubat-Ubatan.

Sesetengah ubat memberi kesan terhadap penghasilan susu terutamanya ubat2 hormon. Bagi mengelakkan susu berkurangan, minta khidmat nasihat daripada doktor  atau ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.

6. Kehamilan

Kehamilan boleh menyebabkan susu berkurangan kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat seterusnya akan menyebabkan prolaktin berkurangan. Ini seterusnya akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Menjarakkan kehamilan merupakan pilihan terbaik jika anda mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun.

Kedatangan haid juga boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Tetapi kesan ini adalah sementara dan akan kembali normal beberapa hari selepas haid. (Klik untuk baca lanjut tentang cara mengatasinya)

7. Tidak Memahami Konsep “Demand & Supply”

Kebanyakan masalah penyusuan adalah disebabkan ibu tidak memahami konsep “Demand & Supply”. Untuk mengekalkan penghasilan susu, ibu perlu susukan bayi atau pam setiap 2-3 jam untuk memastikan payudara sentiasa kosong dan ini akan memberi signal yang positif kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis