Sunday, April 19, 2015

Susu Badan Tak ada Sejurus Selepas Bersalin: Apa nak buat???



Alhamdulillah..diberi kesempatan masa untuk update blog. Sejak masuk kerja nie tak sempat nak bukak laptop sebab memang takde laptop pun :))..nie pun tengah taip kat hp, nanti ade mase baru copy & paste kat blog pakai laptop suami..huhu..

Malam nie nak kongsi tentang kerisauan ibu2 terutamanya new mommies yang bimbang susu tak ade sejurus selepas bersalin nanti. 

Mesti ade yang terfikir, boleh ke aku susukan anak ku sendiri?Ade susu ke? Breast kecik ade susu ke?

Sejujurnya, itulah yang bermain2 difikiran saya semasa menanti kelahiran anak sulung say dulua..tapi sangkaan saya meleset sama sekali..

Sebaiknya semasa tempoh hamil, ibu2 cuba menambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. 'Mindset' ibu sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Tanamkan niat untuk menyusukan anak paling kurang 6 bulan dan cuba sedaya upaya sehingga 2 tahun..itu paling penting.

Ada sesetengah ibu berusaha mengambil milkbooster beberapa bulan sebelum bersalin untuk memastikan susu badan terus banyak sejurus selepas bersalin. Kalau ibu2 tanya saya perlukah semua itu? 

Pada saya tak perlu pun. Pengambilan supplement hanya untuk memastikan kesihatan ibu berada pada tahap maksimun sehingga bersalin. Kesihatan ibu yang baik sudah tentunya mempengaruhi kebolehan si ibu untuk menyusukan anaknya sejurus selepas bersalin dengan tenang. Kebolehan yang saya maksudkan adalah dari segi tenaga dan kebolehan ibu untuk bergerak dengan mudah terutamanya bergerak untuk menyusukan anak.

Berbalik kepada topik kita, apa yang perlu dilakukan jika susu tiada / tak keluar sejurus selepas bersalin:

1) Tenang: tenangkan diri dan duduk dalam posisi yang selesa untuk menyusukan bayi. 

2) Sentuhan kulit ke kulit: Mulakan menyusu secepat yang mungkin dalam tempoh sejam selepas kelahiran. Minta pertolongan orang lain untuk meletakkan anak pada posisi menyusu yang betul. Pastikan lekapan bayi kepada puting payudara adalah betul. Belaian si ibu membantu bayi lebih tenang untuk melekap dengan betul.

2) Berfikiran positif: Fikirkan bahawa susu sentiasa cukup untuk anak. Penghasilan susu ibu dikawal oleh hormon prolaktin. Hormon oksitosin pula mengawal susu yang keluar daripada payudara. Perasaan gembira dan bahagia akan merangsang perembesan hormon oksitosin yang memudahkan susu keluar apabila dihisap oleh bayi.


3) Kolostrum: Susu yang keluar sejurus selepas bersalin berwarna kuning pekat yang kaya dengan kolostrum. Jumlahnya memang sedikit tetapi penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan cukup untuk mengenyang bayi kerana saiz perut bayi pada umur 1 hari sebesar saiz buah ceri. Jadi ibu jangan risau ye..susu ibu cukup untuk perut kecik si comel tu.

4) Demand & supply : teruskan menyusu ikut rentak bayi. Semakin banyak menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.

5) Kuatkan semangat: jangan mudah terpengaruh dengan kata2 orang sekeliling. " susu tak cukup, anak nangis sebab tak cukup susu..susu formula lagi mengenyangkan..bayi perlukan air kosong". abaikan je semua tu..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..HANYA SUSU IBU YANG TERBAIK UNTUK BAYI SEHINGGA 6 BULAN.

Ingat ye ibu2, 

Say no to:

Susu formula
Air kosong
Puting kosong

NO!!NO!!NO!!

Sabarlah ibu..6bulan tu sekejap je :).

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik untuk order: set menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis