Showing posts with label kolesterol tinggi. Show all posts
Showing posts with label kolesterol tinggi. Show all posts

Monday, March 21, 2016

Cara Selamat Dan Berkesan Turunkan Kolestrol Dalam Darah

TESTIMONI 12 : PN. NOOR AZMIAH & EN. HUZAIR

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul-betul jatuh cinta dengan produk Shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tetapi pengambilannya tidak begitu konsisten sampaikan akhirnya produk mencapai tarikh luput. Sampai suatu hari, saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee.

Kisahnya bermula apabila suami saya disahkan oleh doktor mempunyai kadar kolesterol dalam darah yang terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5). Bacaan fungsi hati iaitu Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan berisiko tinggi untuk serangan jantung atau strok. Semasa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM), doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan merujuk kes kami ke hospital. Walau bagaimanapun, suami meminta untuk ditangguhkan selama sebulan kerana suami seboleh-bolehnya tidak mahu bergantung kepada ubat-ubatan daripada hospital. 

Sebelum membuat pemeriksaan di hospital, suami saya menghadapi sakit-sakit badan dan lesu. Saya memulakan misi meng'google' mencari produk Shaklee untuk kolesterol. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk beli dan daftar sebagai ahli. Sejak daripada hari pertama menerima produk, suami mengambil set kolesterol terdiri yang terdiri daripada Omegaguard, lecithin, garlic complex secara konsiten.

Genap 1 bulan suami, suami membuat pemeriksaan darah ulangan untuk mengetahui keputusan darah yang terkini. Amat mengejutkan, ia betul-betul berkesan. Bacaan kolesterol daripada bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tetapi separuh daripada bacaan pertama. Paras Alt juga menurun kepada 43, hampir ke paras normal. Doktor juga sangat kagum dengan penurunan tersebut. Bertambah gembira apabila doktor meminta suami untuk meneruskan pengambilan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan dengan pemakanan sihat dan dibantu oleh supplemen Shaklee.

Semasa suami saya membuat pemeriksaan yang berikutnya, saya tidak menemaninya. Disebabkan terlalu gembira dengan keputusan darah yang diterima, suami meminta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk ditunjukkan kepada saya. Keratan kertas tersebut adalah seperti diatas.

Semenjak itu, kami yakin bahawa produk Shaklee bukanlah sebarangan produk. Ia benar-benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga ke hari ini kami berdua masih terus konsisten mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah..semuanya dengan izin Allah.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, September 13, 2015

Cegah Penyakit Dengan Makanan Dalam Diet Harian

Baru2 ini saya ada baca artikel di internet berkaitan pencegahan penyakit dengan makanan dalam diet harian. Disini saya kongsikan info yang saya dapat.

Soya bagus untuk turunkan paras kolestrol. 

Betul ke?

Kajian menunjukkan soya sangat efektif dalam menurunkan kolestrol dalam darah. Diet yang betul boleh menurunkan kolestrol sama seperti yang dilakukan oleh ubat anti-kolestrol. 

Berdasarkan kajian yang dilaporkan pada July 2003 dalam The Journal of the American Medical Association, kajian yang mengambil masa selama 4 minggu itu mendapati diet yang terdiri daripada fiber soya, protein daripada oats dan barli, badam dan marjerin daripada sterol tumbuhan boleh menurunkan kolestrol sebanyak yang diturunkan oleh statins (statins adalah anti-kolestrol yang banyak digunakan di hospital pada masa kini). Kacang soya sendiri membekalkan protein yang berkualiti tinggi, rendah lemak tepu dan tiada kolestrol menjadikan soya sebagai makanan sihat yang bagus untuk pesakit jantung. Untuk menurunkan kolestrol, American Heart Association mencadangkan pengambilan 3 atau lebih hidangan soya protein sehari (10 gram soya protein setiap hidangan).
ESP Shaklee dihasil daripada soya Non-GMO Soya Protein. Setiap hidangan ESP membekalkan 14gram protein, 8 gram karbohidrat dan 500 gram Kalsium. ESP juga mempunyai indeks glisemik yang rendah yang memberi perubahan yang kecil kepada paras glukosa dalam darah dan meberi rasa kenyang lebih lama.

Lindungi sel dan jantung dengan "Superfoods" yang tinggi antioksidan.

Bila sebut "superfood", mesti ramai yang dah terbayangkan makanan yang berwarna.  Contohnya makanan 'superfood' adalah makanan yang berwarna biru gelap, unggu, merah, hiajua dan oren. Carotenoids dan anthocyanins yang memberi warna kepada makanan ini mengandungi nutrient yang menggalakkan kesihatan yang baik (health-enhancing nutrients) yang melindungi kita daripada penyakit jantung dan kanser. 
Antara "superfood" yang boleh anda cuba adalah:

1) Hijau gelap: Alfalfa (bersifat alkali), brokoli membantu dalam mencegah kanser, bayam dan 'kale' sebagai sumber kalsium yang bagus. 
2) Merah: tomato merah, terutamanya yang dah masak menjadi sumber yang bagus untuk lycopeine yang membantu mencegah kanser prostat dan serviks. 
3) Oren/kuning: Lobak merah, keledek dan keladi yang bagus untuk kesihatan peparu dan menolong melawan kanser kulit. 
4) Biru gelap/ungu: terung, plum, blueberi, blackberi (strawberi, raspberi dan ceri) menurunkan risiko penyakit jantung dengan membantu hati menyerap lebihan kolestrol dan juga memperbaiki fungsi otak.

Nak senang boleh minum 1 sudu kecil vivix setiap hari. Kaya dengan polifenol dan Resveratrol yang tinggi antioksida. 

Vivix bertindak dalam 4 mekanisma utama:
1) Membaiki DNA.
2) Mengurangkan keradangan.
3) Meningkatkan penghasilan tenaga.
4) Mencegah penghasilan AGE protein.
Semakin meningkat usia, jumlah mineral dalam tulang akan merosot. Pengambilan kalsium yang rendah akan meningkat risiko osteoporosis dan boleh menyebabkan tulang rapuh/patah .

Produk tenusu adalah sumber terbaik kalsium. Pilih skim milk, yougurt rendah lemak dan keju rendah lemak untuk mengelakkan lemka tepu. Satu hidangan boleh membekalkan anda dengan 20% daripada 1200mg  kalsium yang anda perlukan sehari. Anda juga boleh menambah kalsium dalam diet harian dengan mengambil bjirin yang diperkaya dengan kalsium dan jus oren. Sayuran yang berwarna hijau gelap, kekacang, ikan sardin juga mengandungi kalsium.

Nak senang boleh telan Ostematrix je:)). Ostemetrix bukan sekadar kalsium.

Air untuk tenaga dan kulit.

Kita memerlukan air untuk membuang semua toksin (detox), memastikan tisu2 badan kekal hidrat dan bertenaga. Air juga penting apabila kita mengambil makanan yang tinggi fiber untuk memastikan fiber bertindak sebaiknya.

Kalau tak suka minum air kosong, boleh tambahkan hirisan lemon, limau nipis atau oren atau boleh tambahkan daun pudina untuk rasa lebih segar.
Senang tak nak amalkan semua ni? Kalau setakat minum air 2-3 liter sehari apalah sangat kan..tak susah pun..Kalau malas nak makan 'superfood', boleh ambil supplement yang kaya antioksidan seperti Vivix. Selain itu juga, anda boleh amalkan Alfalfa complex, Carotomax, Vita C SR dan Vita E Complex. Semua supplement tu tinggi kandungan antioksidan. 

Apalah nilai duit nak dibandingkan dengan kesihatan kita. Sekali nikmat sihat ditarik balik, duit dah takde nilainya. Mencegah itu jauh lebih mudah dan murah berbanding kos perubatan bila dah sakit.

Masih berkira2?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, August 30, 2014

Bakar Lemak? Omegaguard Atau Lecithin


Lecithin dan Omegaguard kedua-duanya membantu untuk anda untuk membakar lemak dan kurus. Perbezaannya hanya pada harga dan keberkesanannya. Sudah semestinya yang lebih mahal bertindak dengan lebih baik tapi tidak semestinya yang murah tidak baik. Terpulang kepada kemampuan masing-masing.

Omegaguard shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi lemak omega 3 iaitu DHA & EPA.

"supplement minyak ikan boleh membantu individu yang terlebih berat badan yang juga mempunyai tekanan darah tinggi untuk turunkan berat badan, berdasarkan National institutes of Health. Lemak omega 3 atau asid lemak poli tak tepu banyak dijumpai dalam minyak ikan. Ia dianggap perlu kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya."

Bagaimana asid lemak omega 3 membantu membakar lemak dan turunkan berat badan anda?

1) Lemak omega 3 membantu membakar lemak dengan merangsang badan untuk memberi tindak balas yang lebih baik pada hormon LEPTIN.

2) LEPTIN mengarahkan badan (otak) untuk merencatkan selera makan--> kurang makan--> kekal/turun berat badan.

3) LEPTIN meningkatkan metabolisma badan dengan meningkatkan fungsi thyroid (thyroid mengawal metabolisma badan).

4) LEPTIN membakar lemak untuk hasilkan tenaga, JADI....

Jika badan kita tidak bertindak balas dengan baik kepada hormon LEPTIN, apa yang terjadi adalah sebaliknya.. Anda akan selalu rasa lapar, dan menyimpan lagi banyak lemak..

Kesimpulannya, anda boleh mengambil lemak omega 3 untuk membantu badan anda memberi tindakbalas yang lebih baik pada LEPTIN supaya anda dapat meningkatkan metabolisma pembakaran lemak.

3 cara lain omegaguard membantu anda untuk turunkan berat badan:

1) Mengawal tahap kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula dalam darah.
2) Kajian menunjukkan, individu yang mengambil lemak omega 3 semasa program senaman membakar lebih lemak berbanding individu yang tidak mengambil lemak omega 3.

3) Kajian juga menunjukkan lemak omega 3 menghalang pembentukan lemak hodoh dan kajian juga mencadang lemak omega 3 merangsang pembakaran lemak yang lebih banyak.

Klik untuk order: Omegaguard Vs Lecithin

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis