Tuesday, October 7, 2014

101 Impian



Hari ini saya nak kongsikan impian saya, untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

1) Nak cuti bersalin 6 bulan (kelayakan cuti bersalin 3 bulan je, tapi nak tambah lagi 3 bulan tanpa gaji). saya due 3/12/14 nie..tapi kemungkinan besar lebih awal la berdasarkan pengalaman anak pertama dan ke2. Untuk capai impian nie saya perlukan simpanan lebih kurang RM16K untuk cover balik cuti tanpa gaji 3 bulan tu...banyakkan??..giler ke ape..huhu..mungkin orang cakap kenapa banyak sangat..boleh je hidup dibawah kemapuan kan..tapi setiap orang ada tanggungan masing2..tak perlulah nak citer secara detail kat sini kan..tapi itu la impian saya..dan saya akan usahakan sampai impain saya tercapai dalam tempoh lebih kurang 2 bulan lagi.. Cuti bersalin 6 bulan ini adalah pemula kepada semua impian saya lepas nie..

2) Nak hantar Athirah belajar kat Little Caliph..survey2 sebulan RM500, 2 kali ganda daripada nursery sekarang...daripada zaman U lagi dah berkenan dengan little caliph nie..seronok tengok budak2 yang belajar kat situ..seimbang dunia dan akhirat..untung2 boleh jadi Hafizah kan..Ada beberapa bulan lagi nak masuk tahun depan kan...2015.




3) Nak beli Insurans Takaful untuk anak2...dah settle anak2 baru beli untuk diri sendiri dan suami..sebelum nie rasa tak penting sebab bergantung pada medical card suami..tapi in future kita tak tahu apa kan jadi kan..kot2 tukar tempat kerja yang takde medical card ke kan...susah pulak nanti..




4) Nak bonus Shaklee RM 10K Feb 2015




5) Nak beli penapis air coway yang paling besar tu..




6) Nak beli kerusi urut (ape brand ntah..lupe..yang macam kat shopping kompleks masuk duit tu..)




7) Nak bawak family pergi Grand Lexis kat PD..at least 2hari 1 malam..Ade swimming pool dalam bilik..seronok tu boleh swimming..nak swimming tempat public tak boleh..anak2 pun mesti suke:))




8) Nak beli deep freezer untuk simpan stok EBM .




9) Working At Home Mom (WAHM). Saya target sejurus selepas abis cuti bersalin 6 bulan. dalam tempoh 6 bulan tu saya kena pecut habis-habisan sampai ke RANK MASTER COORDINATOR SHAKLEE..sepatutnya perkhidmatan minimum iaitu 6 tahun dengan kerajaan akan  tamat Oktober 2015..lepas tu baru boleh resign..sebab saya penerima biasiswa JPA..nak taknak kena berkhidmat dalam tempoh yang ditetapkan.. sebab itulah, cuti bersalin 6 buln ni amat2 penting  bagi saya..




10) Nak bagi duit belanja paling kurang RM1k setiap bulan kat mak ayah kat kampung...kalau boleh nak bagi lebih lagi..kesian tengok mak masih bekerja hingga sekarang..sekarang nak tolong banyak pun tak boleh..nak kena utamakan keluarga sendiri dulu..sedih memang sedih..tapi apakan daya..tapi saya akan berusaha mengubah hidup saya dan keluarga kat kampung dengan Shaklee..




11) Nak bayar zakat paling kurang RM1k sebulan..sedekah tiap kali Hari Jumaat secara konsiten..nak sediakan bekalan akhirat sebanyak2nya..Ikut apa yang admin Mudahnya Menjemput Rezeki cadangkan..duit lebihan daripada apa yang perlu dibayar, 1/3 sedekah, 1/3 rolling bisnes dan 1/3 untuk makan dan guna sendiri.




12) Jaga anak-anak sendiri kat rumah bila dah jadi WAHM..takut kan bila tengok berita2 kat TV atau FB..anak2 mati di tempat asuhan..banyak sangat yang dah jadi kan..ajal maut mmg ditangan Allah...tapi kita boleh berusaha untuk beri yang terbaik untuk anak kita..selebihnya berserah pada Allah..




13) Langsaikan semua hutang..Personal loan, grand livina dan hutang rumah...bestnya kalau bebas hutang..hidup aman damai..boleh buat apa je..kalau sekarang selalu pening kepala fikirkan hutang2 tu kan..gaji RM6k sebulan pun bila dah bayar semua jadi ciput jugakkan..



14) Saya bukanlah peminat kereta..tapi kalau dapat MPV besar dan selesa ok jugak:)) yg penting Shaklee bayar:))





15) Dah lame tak gie cameron highland..zulfa tak pernah sampai kot..athirah dah banyak kali...nak pergi lagi sekali la tahun nie depan (2015)..nak ajak satu  family kat kampung sekali.



16) Nak balik kampung tiap2 bulan..dah lama tak balik kampung..masih berkira2..bajet selalu tak cukup..

17) Nak cat dinding rumah dengan cat yang ada corak2 tu..mesti mahalkan..


18) Nak tukar lantai jenis kayu tu..mesti sejuk je bila jalan.




19) Nak tukar lampu lama dengan lampu hiasan yang cantik2.



20) Nak beli stroller berkembar..senang nak bawak anak2 jalan..nie asyik berebut je..



21) Nak beli tab atau laptop kecil untuk senang update blog dan buat bisnes.


22) Bila tibe musim banjir kat pantai timur kesian tengok mangsa2 banjir kat pusat pemindahan..terutamanya wanita dan anak2 kecil. Teringin nak sediakan khemah2 khas untuk mereka yang boleh bagi keselesaan pada mereka..nak menyusu, tukar pakaian..aurat pun terjaga.



23) Nak beli Boba Carrier..selalu cakap kat husben nak beli..tapi die cakap mahal..membazir je..dukung jela sendiri..Bestkan kalo boleh beli nie..pastu pakai masa Shaklee National Conference 2015..Ambil award sambil dukung anak dalam Boba Carrier nie:)


Semoga Dipermudahkan Segala Urusan..Amin


No comments:

Post a Comment

AddThis