Saturday, October 4, 2014

6 Nutrisi Untuk Kulit Sihat dan Cantik



Kulit manusia bertindak sebagai pelindung badan daripada persekitaran luar, melindungi badan daripada kerosakan mekanikal, bahan yang berbahaya, radiasi dan mikroorganisma.

Selain itu,  kulit memainkan peranan penting untuk mengawal retensi air, kawalan suhu badan dan merupakan bahagian badan yang perlu untuk sistem imun.

Penampilan kulit ditentukan oleh warna, tekstur permukaan dan sifat2 fisiologi seperti elastisiti, peluh, bau dan penghasilan sebum.

Apabila usia makin meningkat, penampilan kulit akan merosot yang akhirnya akan menyebabkan pengurangan kolagen, elastisiti, kedutan timbul, permukaan kulit yang tidak sekata, jeragat dan kulit kering. 

Faktor pesekitaran yang menyumbang kepada masalah ini adalah radiasi UV, radikal bebas, toksik dan bahan alergi, status hormon dan imun, merokok dan tekanan.

Fungsi dan daya tarikan kulit bergantung kepada keperluan nutrisi spesifik, yang mana kajian banyak membuktikan bahawa dalam perkembangan masalah kulit ia  disebabkan oleh pelbagai masalah yang melibatkan kekurangan nutrisi.

Pengambilan supplement yang terlibat dalam metabolisma kulit menunjukkan perubahan yang baik pada keadaan kulit.

Kulit memerlukan pertahanan antioksida dan ciri2 mekanikal. Elastisiti dan tekstur kulit bergantung kepada kolagen yang mencukupi dan fiber yang elastik. Kehilangan dan kerosakan kolagen dan elastin akan mengganggu proses kontraktiliti yang menyebabkan kedutan timbul.

(1) Vitamin C adalah co-faktor yang diperlukan dalam penghasilan kolagen dan elastin. Pengambilan supplement Vitamin C dan (2) vitamin E, dan juga (3) Carotenoids membekalkan antioksidan kepada kulit yang memberi perlindungan kepada sinaran UV dan menggalakkan tindakbalas imun pada kulit. (Cadangan supplement yang boleh diambil Vita C SR, Vita E Complex, carotomax)

(4) Selenium adalah salah satu komponen antioksida yang menunjukkan perlindungan pada sel kulit daripada kerosakan sinaran UV dan oksidasi DNA. (Vita E Complex mengandungi Selenium)

(5) Zink merupakan elemen penting bagi lebih daripada 200jenis enzim. Zink adalah komponen enzim yang diperlukan untuk replikasi DNA, transkripsi gen dan RNA dan sintesis protein. (Cadangan supplement yang boleh diambil  Zinc Complex)

Kulit kasar dan kegagalan luka untuk sembuh berkait rapat denagn kekurangan  zink.

(6) Vitamin Biotin adalah co-faktor perlu yang banyak terlibat dalam metabolisma kulit. Kekurang biotin boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuklah dermatitis, kulit bersisik dan alopecia. (B Complex mengandungi Biotin)


Sumber : Supplementation with Evelle Improves Skin  Smoothness and Elasticity in a double-blind, placebo-controlled study with 62 women. Seggar, D. & Schonlau, F. Journal of Dermatology traetment. 15:222-226.

* Evelle nie satu produk yang mengandungi vitamin C, E Carotenoids, selenium, zinc, amino acid.

Klik untuk untuk order: Carotomax , Vita E Complexzinc complexVita C SRB Complex



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis