Thursday, December 3, 2015

Menutup Aurat: Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

"Ummi..tengok kak ros tu keluar rumah tak pakai tudung..berdosa kan ummi.." Komen Athirah sambil tengok cerita Geng Upin & Ipin.

Alhamdulillah..Athirah dah terbiasa pakai tudung bila nak keluar rumah walaupun umur baru 4 tahun. Dari kecik memang dah dididik untuk pakai tudung dan pakai baju yang menutup aurat bile nak keluar rumah. Jadi bila tengok watak kartun dalam tv die akan komen la mane yang patut:)).
Melentur buluh biarlah dari rebungnye kan. Bukan susah pun nak ajar budak2 nie.. Ibu bapa lah yang memainkan peranan. Ibu bapa berperanan menunjukkan contoh yang baik untuk dicontohi oleh anak2. Macam mane nak anak berpakaian sopan kalau ibu bapa tak berpakaian sopan kan?.

Alhamdulillah jugak dibuka hati untuk menghantar Athirah ke Little Caliph. Anak2 diajar mengenal dosa dan pahala dan perbuatan yang membuatkan Allah marah dan sayang kepada mereka. Athirah selalu mengaitkan perbuatan2 yang dilakukan dengan "sayang Allah" kepada dia.

Semasa majlis sambut menantu adik aritu, Athirah berkesempatan untuk berjumpa dan bermain2 dengan sepupu sepapatnya yang jarang sangat bertemu. Saya terkejut apabila sepupu Athirah (lebih besar daripada Athirah) memarahi Athirah sebab memakai tudung semasa bermain2 dengan mereka. Pada mulanya mereka juga memakai tudung, tapi setelah kepenatan berlari-lari dan kepanasan, mereka terus membuka tudung. Athirah juga disuruh untuk membuka tudng seperti mereka. Nasib baik Athirah buat tak endah je dengan arahan tu. Tapi budak2 kan. Senang terpengaruh. Kalau lame2 berkawan dengan orang macam tu, mereka pun boleh terikut kan. Sebab tu ibu bapa kena pantau kawan2 anak2 supaya mereka tidak terpengaruh dengan benda yang tidak baik.

Saya tak kisah orang lain nak cakap apa. Yang penting saya dah didik anak2 kami untuk menutup aurat sejak kecik lagi. Apa yang berlaku pada masa akan datang diluar kawalan kita dan saya hanya boleh berdoa supaya anak2 saya jadi anak yang solehah sampai akhir hayat mereka.

No comments:

Post a Comment

AddThis