Tuesday, October 13, 2015

Sebab Utama Anak Degil Dan Cara-cara Mengatasinya.

Sejak akhir2 ini, anak2 makin buat perangai. Ada je perkara yang diorang buat yang membangkitkan kemarahan kami suami isteri. Saya cuba tenangkan hati. Istighfar mohon  keampunan Allah. Mungkin anak saya degil sebab saya degil dengan Allah. Mungkin saya ada sakitkan hati suami..Astaghfirullah..Ya Allah, aku mohon keampunan-MU.

Kalau nak anak baik, kita kena "baik"kan diri kita dulu kan. Cakap memang mudah, tapi tiada jalan pintas untuk hasilkan anak yang solehah kan. Masih belum terlambat untuk kita sama2 usaha menyiapkan anak solehah sebagai bekalan untuk akhirat kita nanti.

Merawat mestilah dari puncanya kan. Sedikit panduan untuk ibu bapa mengatasi masalah anak degil:

PUNCA ANAK KITA DEGIL - USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ

Antara punca anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-
dosa lampau yang pernah d ilakukan oleh ibu bapa itu sendiri. Contohnya :
1) meninggalkan solat
2) pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
3) ponteng sekolah dan merokok.
4) mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun
nilaiannya hanya beberapa ringgit)
5) mengurat/mengacau anak dara orang.
6) mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
7) mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
8) menipu dalam urusan jual beli.
9) menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen
padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan.
10) duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan
kekasih hati yang bukan mahram.
11) mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
12) suka melihat video atau gambar lucah.

Ini adalah sebahagian kecil fenomena penipuan dan dosa- dosa yang mungkin pernah kita lakukan suatu ketika dahulu mahupun yang sedang berlaku. Tanpa disedari keadaan ini telah membawa kesan negatif dalam kehidupan berumah tangga terutama dalam membesarkan anak-anak. Ada duit gaji sudah bercampur dengan unsur syubhah yang diberi makan kepada keluarga.

Jadi, kita atasi puncanya dahulu. Bertaubat dari dosa2 lalu dan banyakkan Istighfar mohon keampunan Allah. Itu adalah langkah utama yang perlu kita ambil sebelum ke langkah seterusnya iaitu mengamalkan doa dan zikir2 tertentu. Kalau tidak bertaubat dan tidak mendapat keampunan daripada Allah, bagaimana Allah akan makbulkan doa kita melalui doa dan zikir yang diajarkan kan?


Doa untuk menangani anak nakal oleh Ustaz Kazim "Tanyalah Ustaz"
1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.
2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.
4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.
5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. 

Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. 

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau
anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As- Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:

1) Supaya anak-anak pandai belajar: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2) Sewaktu anak-anak bergaduh: baca surah Al-Baqarah ayat 102 
3) Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.
4) Anak-anak malas ke sekolah: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
5) Anak-anak yang suka keluar malam: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Mari kita sama2 amalkan supaya dapat membentuk anak yang soleh dan solehah yang mendapat kejayaan hidup didunia dan diakhirat.

Semoga bermanfaat.




No comments:

Post a Comment

AddThis