Friday, October 23, 2015

Back Massage

Sumber: http://aznatinbreastfeedingjourney.blogspot.my/

Masalah sakit belakang ada masalah biasa bagi ibu menyusu. Posisi menyusu atau mengepam yang salah boleh menyumbang kepada masalah ini. Jika dibiar berterusan, ia boleh mengganggu penghasilan susu ibu.

Kenapa?

Sakit belakang yang teruk akan memberi kesan stress kepada ibu dan ini akan merencatkan penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin yang akhirnya mengurangkan penghasilan susu ibu.

Nak simple kan?

Begitu juga sebaliknya. Jika ibu2 menyusu atau mengepam pada posisi yang betul atau suami tersayang tolong urutkan bahagian belakang ibu semasa ibu sedang menyusu atau mengepam, tindakan mengurut ini akan mengurangkan kesan stress kepada ibu2 dan ini secara tidak langsung akan merangsang penghasilan lebih banyak hormon prolaktin dan oksitosin yang melancarkan lagi penghasilan susu ibu.

Tak percaya?

Nanti boleh buat uji kaji sendiri. Minta suami tolong urutkan semasa tengah mengepam. Mesti laju je susu ibu mengalir:)).

Baru2 ini, ada terbaca di FB pasal urat susu/ tabung susu. Jika diurut dengan betul pada urat susu, ia dikatakan boleh membantu melancarkan pengaliran susu ibu. Urat susu terletak diantara tulang belikat dengan tulang belakang seperti dalam gambar di atas.

Urutan ini boleh dilakukan bila2 masa jika ibu rasa perlu terutamanya jika ibu2 mempunyai masalah sakit belakang atau mengalami masalah bengkak susu. InsyaAllah, dengan urutan ini, ibu akan rasa lagi selesa dan susu akan mengalir dengan lancar.
Klik Untuk order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis