Friday, October 9, 2015

Seminggu Tanpa Vitalea...Huru Hara Jadinya!!!

Walaupun hanya seminggu tanpa Vitalea, sangat terasa kesannya. 

Ke psikologi je? 

Vitalea hanya multivitamin tapi kesannya hanya orang yang konsisten memakannya sahaja yang tahu.

Sepanjang minggu nie, badan rasa tak larat sangat. Mana taknya. Kerja 8-5ptg. pukul 7malam baru sampai rumah. Di pejabat masih konsisten mengepam 3x. Balik rumah layan anak2 syurga yang terlebih aktif. Pukul 9.30malam dah flat. Terus masuk bilik untuk tidur. Alya pulak macam ada alarm sendiri,  bangun malam setiap 2 jam untuk menyusu. keesokkannya bersambung lagi rutin harian ibu menyusu yang bekerja. 

Semua ini bukan benda mudah. Semua ini memerlukan badan yang sihat dan bertenaga untuk menjalani rutin harian sebagai ibu menyusu bekerjaya yang mempunyai jadual harian yang padat. 

Ditambah lagi, dipejabat hanya "makan ala kadar" kerana berkejar2 untuk memastikan rutin mengepam dapat dilaksanakan pada masa yang sepatutnya. Kalau hanya bergantung kepada "makan ala kadar" dan nasi bungkus untuk makan malam, agak2 cukup ke nutrisi harian kita. Ditambah dengan status ibu menyusu yang bekerjaya. Saya jamin, nutrisi harian kita pasti tidak mencukupi. Sebab itu, saya sangat2 terasa kesannya bila stok vitalea habis. Petang Sabtu lepas, baru suami sempat pergi restock kat branch Shaklee di Sri Rampai, KL.

Nampak simple kan? 

Ketiadaan  vitalea mampu membuatkan hidup ibu menyusu bekerjaya ini huru hara. Suami pun nampak perubahan yang saya alami.

Sebelum nie, tiap2 hari makan Vitalea ok je rasa. Walaupun bangun seawal 5pagi dan tidur sekitar jam 11 malam setiap hari bekerja, saya masih bertenaga. Sejak seminggu tanpa Vitalea nie, nak bangun pagi pun susah sangat. Dah sampai pejabat pun mata mengantuk lagi. Ramai yang tegur, "ieda macam tak larat je..tak sihat ke?".. huhu..sampai macam tu sekali. Sebelum nie sampai ke petang maintain senyum kat kaunter farmasi. Berbeza sangat..

Dan satu lagi yang saya perasan sejak seminggu kehabisan stok, alergi dibibir kembali menyerang. Bibir terasa kering dan menggelupas walaupun dah minum air lebih 3liter sehari.

Dulu2 alergi bibir saya teruk sangat sampai keluar cecair dari tepi bibir. Saya ada minta nasihat daripada doktor Dermatology. Doktor cadangkan untuk sapu krim steroid dan antibiotik. Saya cuba sapu ubat yang dicadangkan tapi tiada perubahan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk biarkan sahaja alergi tu sembuh sendiri..

Tapi lama-kelamaan alergi tu hilang dengan sendirinya. Saya pernah terfikir,alergi hilang mungkin disebabkan saya konsisten makan supplement Shaklee. Tak tahu supplement yang mana satu membantu. Tapi saya amalkan set menyusu lengkap Shaklee ketika itu. Pernah terfikir, mungkin sebab Alfalfa kerana Alfalfa bagus untuk alergi. Tapi bila difikirkan balik, saya tak konsisten pun ambil Alfalfa sebab kesan "panas"nya. 

Tapi kalau Vitalea, B Complex dan Vita C SR, saya memang konsisten sebab saya pengidap anemia dan mempunyai masalah hemoglobin rendah. Sebab tu saya terfikir Vitalea yang membantu dalam masalah alergi saya sebab baru seminggu tak makan, alergi datang balik.

Logik tak?
Atau tu semua psikologi?
Tapi tak mustahil kan.

Vitalea membekalkan multivitamin dan mineral yang membantu melengkapkan nutrisi harian kita. Bila badan mendapat nutrisi lengkap, baru badan dapat berfungsi dengan baik dan sentiasa bertenaga. Sel2 badan yang sihat juga dapat membaikpulih sel2 yang rosak dan bermasalah. Sebab tu, vitalea adalah supplement asas yang perlu dalam semua set kesihatan yang shaklee tawarkan.

Masih ragu2?
Cuba dulu baru tahu.

Klik untuk order: Vitalea

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis