Monday, November 9, 2015

Nak Bersalin Dimana?

Ibu2 tengah berkira2 nak bersalin dimana kali nie?Atau ini pengalaman bersalin pertama ibu2?

Kita selalu dengar ramai yang merungut tentang servis di hospital kerajaan. Kononnya staff nurse garang lah..Lepas tu nak request doktor perempuan pun susah..huhu..

Saya tertarik dengan saranan seorang doktor perempuan yang bertugas di hospital kerajaan tentang "kenapa susah sangat nak dapat doktor perempuan di wad bersalin". Saranan beliau:

1) Kalau ada anak @ adik perempuan @ saudara mara perempuan suruh diorang ambil bidang perubatan dan pilih untuk bertugas di wad bersalin.
2) Kumpul duit untuk bersalin di hospital swasta dimana pesakit boleh memilih doktor masing2.
3) Kalau tak mampu, berdoa banyak2 supaya Allah permudahkan proses bersalin dan doktor bertugas semasa bersalin adalah doktor perempuan.

Mungkin ada segelintir masyarakat kita tak tahu bagaimana keadaan di hospital kerajaan sehingga ada kes "suami sanggup tampar muka doktor lelaki yang menyambut kelahiran anaknya". Bukan nak bersyukur isteri dan anaknya selamat kan...

Sedih bila melihat fenomena ini. Dulu2, masyarkat kita sangat menghormati insan yang ber'coat' putih ini. Tapi sekarang tidak lagi. Malah berbagai-bagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada mereka. Kalau anda tahu bagaimana tugas seorang doktor, anda pasti tak sanggup melemparkan kata-kata menghina mereka.

Wajarkah tindakan sebegini?
Adakah sebab hati dan akal masyarakat kita sudah tepu dek kerana subsidi kerajaan melampau2 sehingga mereka tidak menghargai apa yang mereka perolehi secara percuma?
Tidak bersyukurkah kita?

Saya taknak mengulas lanjut tentang hal ini. Tepuk dada tanya iman masing2. Jika perlu, boleh ikut saranan seperti diatas.

Berbalik kepada topik kita, nak bersalin dimana?

Alhamdulillah, untuk ketiga-tiga orang anak kami, saya bersalin di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak dibawah doktor yang sama Dr Noor Fidak. Layanan sudah semestinya tip top. Dan yang paling penting,  breastfeeding friendly

Bayi yang baru lahir terus diletakkan ke dada ibu selepas tali pusat dipotong untuk skin to skin dengan si ibu. Tiada susu formula yang ditawarkan kepada kami sepanjang berada di hospital. Hospital Pusrawi juga menawarkan kaunseling penyusuan susu ibu sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor semasa check up bulanan.

Kami bukanlah daripada keluarga 'berduit'. Perbelanjaan hospital ditanggung oleh medical card company suami. Tapi kalau kami tiada medical card seperti sekarang, saya akan mengambil langkah no (2) seperti yang dicadangkan diatas. Nak seribu daya kan?

Berdasarkan pengalaman saya, pemilihan hospital yang membantu ibu2 memulakan penyusuan atau breastfeeding friendly sangat penting kerana ia mempengaruhi perjalanan penyusuan kita. 

Malah sejak hamil lagi ibu2 dinasihatkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan penyusuan susu ibu supaya ibu2 lebih bersedia menempuhi saat itu nanti. Perjalanan penyusuan susu ibu secara eksklusif bukanlah perkara mudah.


Antara hospital yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi ialah:
1. Pusat Perubatan Universiti Malaya.
2. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Hospital Kuala Lumpur.
4. Hospital Putrajaya.
5. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
6. Hospital Pusrawi.
7. Hospital Tawakal.
8. Hospital Sentosa.
9. Hospital Pantai.

Hospital yang dalam assessment mendapatkan pengiktirafan status Rakan Bayi:
1. Hospital Tung Shin.
2. Prince Court Medical Centre.
3. Hospital Pakar Al-Islam.
4. Hospital Damai.

Sumber: www.cikgususu.com

Semoga bermanfaat untuk ibu2.

No comments:

Post a Comment

AddThis