Menurut National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 dari 10 orang warga US mengalami insomia dan masalah tidur. Insomnia adalah masalah tidah boleh tidur atau tidur yang sering terganggu. Kebanyakan yang mengalami insomnia akan mengambil ubat tidur untuk tidur.
Ubat tidur memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang. Kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ia juga mengganggu ingatan dan keberkesanan kerja di tempat kerja dan rumah.
Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh Menyebabkan Anda Berjaga.
Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:
" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"
Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah paling tinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement). Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.
Willian Sears, seorang doktor memberitahu:
"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"
Kekurangan Magnesium Menyebabkan Insomnia
Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota.
Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.
sumber:: http://www.medicalnewstoday.com/releases/163169.php
Bagaimana Ostematrix Membantu Tidur Lebih Lena?
Ostematrix merupakan gabungan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang merupakan elemen yang penting untuk memastikan tidur yang lebih lena.
Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain?
Kerana ia mempunyai:
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe
No comments:
Post a Comment