-bersambung daripada Part 1-
Saya diiringi staff nurse ke ruang menunggu sementara menunggu pembedahan selesai. Saya telah dimaklumkan awal-awal lagi bahawa semua gigi susu bahagian atas Kak Yaya akan dicabut. Manakala 2 gigi geraham dibahagian bawah akan ditampal.
Sepanjang menunggu, saya tidak putus-putus berdoa memohon Allah jauhkan Kak Yaya daripada sebarang komplikasi yang teruk. Seperti kita sedia maklum, ubat bius ada berbagai-bagai kesan sampingan. Saya pun kadang-kadang fobia dengan 'ubat bius'. Tapi biarlah doktor bius menjalankan tugasnya sepanjang pembedahan. Saya hanya boleh berserah kepadaNya.
Setelah sejam berlalu, pembedahan pun selesai. Kak Yaya yang masih tidak sedarkan diri ditolak ke ruang pemantauan diiringi oleh doktor bius tadi. Doktor meminta saya menemani Kak Yaya sehingga sedar. Tak lama selepas itu Kak Yaya tersedar dan kembali tidur kerana masih mengantuk. Kak Yaya seolah-olah tidak sedar yang giginya telah dicabut. Kak Yaya cuma mengadu ada lelehan darah keluar daripada mulutnya. Setelah mendapat kelulusan untuk keluar dari bilik bedah daripada doktor bertugas, kami kembali ke wad 8C.
Di dalam wad, Kak Yaya mengadu lapar. Jadi, saya terus bancuhkan susu. Alhamdulillah, Kak Yaya boleh minum susu macam biasa. Sampai waktu makan tengahari, makanan untuk kami dihantar ke bilik. Saya suapkan Kak Yaya nasi berlauk ayam dan sup. Nampak Kak Yaya berselera sangat makan di wad:)).
Lewat petang baru doktor gigi yang melakukan penbedahan tadi datang untuk melihat keadaan kak yaya. Setelah memastikan semuanya baik, doktor memberi kebenaran untuk pulang ke rumah. Temujanji susulan diberi dalam tempoh seminggu lagi.
Saya agak risau kerana setahu saya (hasil 'interview' daripada orang yang berpengalaman menjalani dental clearance), anak-anak akan mengadu sakit untuk beberapa hari. Tapi ini tidak berlaku kepada Kak Yaya. Pada mulanya saya fikir mungkin kesan bius masih ada. Tetapi setelah pulang ke rumah dan beberapa hari selepas pembedahan Kak Yaya langsung tidak mengadu sakit. Bukanlah tak mengadu langsung, tetapi apabila saya offer ubat tahan sakit, Kak Yaya menolak. Kak Yaya memang jenis tidak suka makan ubat.
Saya hanya berikan Nutriferon untuk menguatkan sistem imunnya untuk melawan jangkitan pada gigi yang dicabut jika ada.
Untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan, saya bancuhkan mealshakes bersama-sama susu Kak Yaya. Ditambah lagi Kak Yaya terpaksa mengambil soft diet yang saya pasti nutrisi hariannya tidak lengkap. Mealshakes adalah minuman multimineral dan multivitamin yang membantu memberi nutrisi lengkap kepada kanak-kanak yang kurang selera makan dan 'picky eater'. Dengan nutrisi lengkap, proses penyembuhan akan berjalan dengan lancar.
Seminggu selepas pembedahan saya, membawa Kak Yaya ke hospital untuk temujanji susulan. Doktor mencabut benang yang mengikat gusi geraham. Alhamdulillah..kak yaya tak banyak ragam. Tidak seperti yang diceritakan oleh kawan-kawan, Kak Yaya langsung tidak mengadu sakit sepanjang proses mencabut benang tadi. Selesai jumpa doktor, Kak Yaya terus pergi sekolah.
Alhamdulillah, walaupun kak yaya masih mengambil soft diet seperti bubur nasi dan bihun sup, seleranya makin bertambah. Berbeza sangat berbanding semasa gigi atas Kak Yaya masih ada.
Jadi, ibu-ibu jangan takut untuk buat dental clearance atau comprehensive dental care untuk anak. Semuanya adalah untuk kebaikan mereka sendiri.
Nasihat saya kepada ibu-ibu diluar sana, jangan mengambil mudah tentang kesihatan gigi anak-anak.
Baca lanjut (cara elak karies susu).
Jangan disebabkan kemalasan kita mendisiplinkan anak-anak, gigi mereka jadi mangsa.
Belajar dari kesilapan lalu. Semoga menjadi ikhtibar untuk semua.
Klik untuk order: Nutriferon
Klik untuk order: Mealshakes
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
Klik untuk order: Nutriferon
Klik untuk order: Mealshakes
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
No comments:
Post a Comment