Monday, April 7, 2014

Bagaimanakah Nutriferon Bertindak Sebagai Antibiotik Semulajadi?

NutriFeron berfungsi untuk MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH SECARA SEMULAJADI dan ianya telah TERBUKTI SECARA KLINIKAL. Ianya TANPA SEBARANG DADAH dan TANPA BAHAN KIMIA yang memudaratkan kesihatan anda.

Secara mudahnya, Nutriferon bertindak melalui 2 cara :
1- mengaktifkan sistem pertahanan tubuh dan meningkatkan imunisasi tubuh
2- menggerakkan pasukan "cari & musnah" dalam sistem pertahanan tubuh kita.

Ia merangsang tindakbalas imun semulajadi pada tahap sel dan membantu sistem pertahanan tubuh untuk bunuh T-cell, B -cell dan makrofag.

Siapa yang perlukan Nutriferon ni?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai masalah kesihatan seperti:
- asma, allergi eczema
- tuberculosis
- ulser
- resdung
- masalah tonsil
9. Mereka yang ingin meningkatkan imunisasi diri serta kekal sihat
10. Golongan yg ketagih alkohol dan perokok
11. Golongan berumur
12. Pesakit kanser , fibroid dan tumor
13. Mereka yang mengalami sakit berpanjangan, sakit kepala, cirit-birit dan muntah-muntah
14. Mereka yg ingin melambatkan penuaan

Kanak2 boleh ambil?
Boleh, ikut dosage yg sesuai bagi kanak-kanak tu. Kalau yang dah besar, bolehla bagi sepeket sehari. Tapi kalau bayi yang masih menyusu badan, seeloknya diambil oleh ibunya agar khasiat Nutriferon boleh disalurkan pada bayi melalui susu ibu. 

# Ibu menyusu boleh ambil Nutriferon. Ibu mengandung tak digalakkan sebab Nutriferon ni bertindak sebagai antioksidan dan mungkin menyebabkan keguguran.

Orang ada sakit autoimmune boleh ambil?
Boleh sebab ia meningkatkan imuniti secara semulajadi tapi memerlukan pantauan terutamanya mereka yang ambil ubat-ubatan tertentu.

Credit to Supermama Shoppe

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, April 6, 2014

Cara Elakkan Sembelit Semasa Pantang

Saya merupakan salah seorang pengidap sembelit yang kronik sejak belajar di universiti lagi. Kawan2 serumah mesti dah tahu betapa teruknya sembelit saya tu. 

Masa berpantang anak pertama dan ke 2, sembelit tu tak payah cakapla..memang ngeri sangat2..Saya percaya bukan saya sahaja yang mengalami masalah ini, tapi ramai yang mengalami masalah yang sama. Alhamdulillah untuk anak 3, dengan set berpantang lengkap Shaklee, saya tidak lagi sembelit masa berpantang. Bukan sahaja semasa pantang, bahkan sekarang saya boleh dikatakan BEBAS SEMBELIT 100%.


Ikuti pengalaman Puan Khadeejah yang serik untuk beranak lagi sebab takut dengan pengalaman ngeri sembelit ketika dalam pantang..tapi kini tidak lagi..





Jom kenal lebih lanjut dengan sembelit. 


Kenapa ia berlaku?



Anda menghadapi masalah sembelit walaupun minum air dan makan serat secukupnya? 

Mungkin ini petanda anda kekurangan Magnesium dalam diet anda.

Magnesium dipercayai dapat membantu masalah sembelit. Bagaimana ?

Magnesium bertindak dalam 2 mekanisme dalam membantu masalah sembelit.

# Membantu penyerapan air ke dalam usus yang dapat membantu najis menjadi lebih lembut.
# Membantu otot di usus menjadi lebih relaks dan lancar, membantu proses peristalsis dan najis lebih mudah dikeluarkan.

Sembelit juga boleh terjadi kerana paras Kalsium yang terlalu tinggi dan kurangnya paras Magnesium dalam tubuh seseorang.

Makanan yang tinggi Magnesium:

# Sayuran hijau berdaun
# Kekacang dan legum
# Buah-buahan
# Prunes
# Kobis
# Avocado
# Susu soya

Tips Elakkan Sembelit:
# Minum air secukupnya.
# Makan buah-buahan dan makanan bijirin berserat tinggi.
# Bersenam, jika anda mengandung, bersenam ringan sudah mencukupi.
# Jangan berlengah jika terasa ingin "membuang"
# Elakkan makan makanan tenusu dalam kadar yang tinggi.
# Jika anda mengandung, bincang dengan doktor anda mengenai pil zat besi. mungkin beliau boleh memberikan alternatif atau dos yang lebih kecil terutamanya jika anda tiada masalah anemia.

Shaklee menawarkan gabungan Kalsium Magnesium yang seimbang dalam Ostematrix. Selain selamat untuk wanita mengandung, ia juga dilengkapi dengan vitamin D untuk penyerapan Kalsium yang optimum oleh tubuh badan.



Klik Untuk Order: Ostematrix
Klik Untuk Order: Set Berpantang Lengkap (ESP, Vitalea, B Complex, Vita SR, Zinc, Ostematrix, Alfalfa)


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, April 5, 2014

Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Malam

Menurut National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 dari 10 orang warga US mengalami insomia dan masalah tidur. Insomnia adalah masalah tidah boleh tidur atau tidur yang sering terganggu. Kebanyakan yang mengalami insomnia akan mengambil ubat tidur untuk tidur.

Ubat tidur memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang. Kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ia juga mengganggu ingatan dan keberkesanan kerja di tempat kerja dan rumah.

Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh Menyebabkan Anda Berjaga.

Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:

" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah paling tinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement). Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu:

"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"

Kekurangan Magnesium Menyebabkan Insomnia

Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota. 

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

sumber:: http://www.medicalnewstoday.com/releases/163169.php 


Bagaimana Ostematrix Membantu Tidur Lebih Lena?

Ostematrix merupakan gabungan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang merupakan elemen yang penting untuk memastikan tidur yang lebih lena.

Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain? 

Kerana ia mempunyai:


Klik Untuk Order: Tidur Lebih Lena

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA


Shaklee Independent Distributor



+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe


    Friday, April 4, 2014

    3 Resepi Makanan Bayi (Puree)

    Hari nie nak kongsikan 3 resepi makanan bayi yang mudah dan ringkas:


    (1) Fruit Puree




    Bahan-bahan: 
    1.Epal/Pear 
    2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak

    Cara Penyediaan:
    Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

    (2) Vegie puree



    1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang 

    2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
    Cara Penyediaan:
    Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

    (3) Chicken / Meet Puree



    1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil)
    2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri
    Cara Penyediaan:
    Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan.

    Stok untuk dibekukan di simpan sepertimana penyimpanan EBM. Labelkan setiap bekas. Puree ada yang boleh tahan 3 bulan dan ada yang sehingga 6 bulan. 

    Selamat mencuba!



    Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

    ZARIDA ZAKARIA
    Shaklee Independent Distributor
    +6013 2862949
    zaridazakaria@yahoo.com
    FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

    Friday, March 28, 2014

    Apa itu VIVIX SHAKLEE?

    VIVIX SHAKLEE, tonix ajaib dengan 1001 khasiat yang boleh membantu ramai pesakit diebetes, kanser, sendi dan paling hebat berjaya membuatkan perokok melupakan terus tabiatnya yang selama ini bermaharajalela dalam diri.

    Apa yang perlu anda tahu tentang tonix ajaib VIVIX.

    Q. Apakah Vivix?
    A. Vivix adalah campuran polifenol kuat, dan eksklusif dengan bahan-bahan yang ditunjukkan dalam kajian makmal untuk memberi kesan positif empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk membantu untuk melindungi dan membaiki kerosakan DNA , mempengaruhi pengawal selia genetik jangka hayat sel , menggalakkan mitokondria pengeluaran tenaga, dan pembentukan perlahan terhadap AGE (advanced glycation end products) . 

    Q. Siapakah yang boleh mendapat manfaat daripada Vivix ?
    A. Mana-mana orang dewasa yang berkaitan dengan penuaan selular dan yang mementingkan kesihatan optimum. Vivix tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusukan anak , atau sesiapa yang lebih muda daripada 18 tahun.

    Q. Apakah resveratrol ?
    A. Satu sebatian semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan , buah-buahan , biji , anggur, anggur dan produk yang diperolehi seperti wain merah. Resveratrol mempunyai polifenolik dan aktiviti antioksidan yang didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, ada penyelidikan makmal telah mendapati bahawa resveratrol melawan penuaan selular. Kajian ini juga mendapati bahawa resveratrol mengaktifkan pengawal selia genetik laluan panjang umur selular, yang mungkin mempunyai kesan positif ke atas DNA, kesihatan selular, dan metabolisme.

    Q. Apakah polifenol ?
    A. Polyphenols adalah kumpulan fitokimia yang merupakan sebatian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai sifat antioksidan. Ia berpotensi bertindak sebagai anti-penuaan di peringkat sel. 

    Q. Adakah Vivix produk antioksida ?
    A. Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah ditunjukkan dalam kajian makmal memberikan kesan positif kepada empat mekanisme utama penuaan selular dan menyediakan sokongan antioksidan.

    Q. Adakah Vivix minuman jus dan bagaimana ia dibandingkan dengan produk jus yang dijual hari ini?
    A. Tidak, Vivix adalah  tonik cecair pekat yang berfungsi sebagai makanan tambahan eksklusif yang mengandungi pati tulen resveratrol dan ekstrak polifenol yang dihasilkan daripada buah anggur terbaik dunia. Gabungan unik polifenol telah ditunjukkan dalam kajian makmal boleh melawan mekanisme utama penuaan selular. 

    Q. Bilakah saya perlu mengambil Vivix ?
    A. Ambil Vivix setiap hari , sebaik-baiknya dengan makan seperti sarapan pagi atau makan tengah hari. Goncang sebelum diminum. Disyorkan satu sudu teh setiap hari.

    Q. Bolehkah saya mengambil lebih daripada satu sudu teh setiap hari?
    A. Menurut kajian terkini, tiada faedah tambahan yang akan diperolehi jika pengambilannya melebihi dos  yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

    Q. Bolehkah saya menggunakan Vivix dengan suplemen Shaklee saya yang lain?
    A. Vivix boleh diambil dengan semua Shaklee pemakanan supplements.Secara idealnya , Vivix boleh diambil dengan Vitalea, NutriFeron, dan Cinch Shakes sebagai pelengkap harian yang baik untuk pilihan gaya hidup sihat. Nutrien penting dalam Vitalea , imun -sistem yang menyokong fitonutrien dalam Nutriferon , dan otot- massa melindungi protein dalam Cinch Shakes , bersama-sama dengan polifenol dalam Vivix memberikan spektrum sokongan anti -penuaan yang luas untuk pelan kesihatan anda untuk hidup yang lebih sihat.

    Q. Adakah Vivix mengandungi alkohol?
    A. Vivix tidak mengandungi alkohol.

    Q. Apakah jangka hayat Vivix ?
    A. hayat adalah sembilan bulan. 1 botol penggunaan mengambil masa sebulan.

    Q. Kenapa saya perlu simpan VIVIX dalam keadaan sejuk selepas dibuka?
    A. Penyejukan sebelum dan selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum , warna , dan aktiviti polifenol secara maksimum dalam produk.

    Q Berapa harga sebotol VIVIX?

    A. Harga jualan adalah RM475. Pembelian 2 botol VIVIX SHAKLEE melayakkan anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee secara PERCUMA.

    Klik Untuk Order: Vivix Shaklee

    Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

    ZARIDA ZAKARIA
    Shaklee Independent Distributor

    NO ID: 1070721
    +6013 2862949
    zaridazakaria@yahoo.com

    Monday, March 24, 2014

    CoQhealth Membantu Menambah Kesuburan Suami Isteri



    Bagaimana COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk isteri?

    Kita semua tahu peluang untuk  mengandung bagi wanita menurun selepas kira-kira 30 tahun. Kita tahu bahawa kemerosotan mempunyai beberapa sebab, tetapi masalah utama ialah penurunan dalam "kualiti telur". Kualiti telur adalah satu konsep yang penting yang melibatkan beberapa faktor kritikal. Salah satu komponen utama kualiti telur melibatkan status kromosom telur. Telur dari wanita yang lebih tua adalah lebih cenderung untuk menjadi tidak normal kromosomnya berbanding daripada telur dari wanita muda.


    Telur manusia adalah sel yang sangat besar dan bersedia menerima 23 kromosom daripada sperma. Apabila 23 kromoson ni dibebaskan, kilang telur akan dihdupkan dan perkembangan embrio bermula. Pembangunan embrio normal memerlukan banyak tenaga. Mitokondria adalah organel yang sangat kecil di dalam sel-sel yang menghasilkan banyak tenaga yang sel-sel perlukan. Tanpa mitokondria yg mewujudkan tenaga, tiada fungsi badan kita boleh berlaku. Telur manusia mempunyai lebih mitokondria dan DNA mitokondria daripada mana-mana sel lain dalam badan.


    "Jadi apa pula kaitan antara kualiti telur dan kesuburan?"

    Sebahagian daripada masalah dalam telur tua adalah pengeluaran tenaga mitokondria yang menurun. Jadi mungkin telur dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan cekap jika sesuatu yang boleh dilakukan untuk meningkatkan bilangan atau kesihatan mitokondria dalam telur. Mungkin telur boleh melakukan kerja yang lebih baik untuk mengekalkan normal kromosom jika ia mempunyai bekalan tenaga yang cukup.

    Bagaimana pula COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk suami?


    Kesuburan lelaki juga boleh dipertingkatkan dengan COQHEALTH. COQ10 merupakan antioksidan yang penting bagi membantu untuk melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menghalang motilitas dan bentuk sperma. Bentuk sperma yang tidak betul tidak boleh berenang dengan cekap dan menembusi tiub fallopio untuk bertemu telur.Justeru persenyawaan tidak mungkin akan terjadi. CoQ10 boleh membantu menguatkan sperma dan memberikan perlindungan yang diperlukan untuk menghindari kerosakan DNA.


    Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

    Apa tunggu lagi? Jadikan CoQhealth salah satu ikhtiar anda untuk meningkatkan peluang untuk dapat cahaya mata. Yakinlah dengan ketentuan dan Rezeki ALLAH. Jangan pernah putus asa.

    Credit to Super Vitamin Store


    Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

    ZARIDA ZAKARIA
    Shaklee Independent Distributor
    +6013 2862949
    zaridazakaria@yahoo.com
    FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

    Saturday, March 22, 2014

    Anak Sihat Dengan Nutriferon Shaklee

    Alhamdulillah. Dah kembali berhujung minggu. Bangun pagi2 terus mandi ngadap komputer. Ambil peluang masa anak tengah tidur untuk update blog. Pagi ni saya nak berkongsi tentang anak saya Athirah yang mengalami batuk yang berpanjangan. Boleh kata dah sebulan. Mungkin sebab bercampur dengan kawan2 lain di nursery menyebabkan dia selalu selsema dan batuk.

    Alhamdulillah, saya mula perasaan Athirah dah tak lagi batuk sejak seminggu yang lepas. Dan tak muntah2 macam dulu setiap kali dia batuk. Mungkinkah sebab saya bagi dia makan Nutriferon Shaklee? 



    Sejak seminggu yang lepas saya memang bagi Athirah makan Nutriferon secara konsisten. 1 sachet untuk 2 hari makan. Berkongsi pulak dengan adiknya Zulfa. Jadi, boleh kata untuk sehari 1/4 sachet jela. Jimat kan :). RM 181.20 untuk 30 sachet. Boleh tahan untuk 2 bulan. Kalau untuk dewesa, pengambilan yang disarankan adalah 1 sachet sehari. InsyaAllah saya akan terus bagi Athirah dan Zulfa Nutriferon secara konsisten. Sekarang ni, bila cakap "siapa nak gula2 ummi?", mesti Athirah dan Zulfa terus datang bukak mulut. Seronok tengok anak suka makan supplement. Semua untuk kebaikan mereka. Tak sanggup nak tengok anak sakit. Jadi, saya nak kuatkan sistem imun mereka dengan Nutriferon Shaklee yang pastinya semulajadi. Kalau boleh tak nak bagi anak makan antibiotik lagi (saya bukan anti moderm medicine ye, cume kalau ada pilihan yang berasaskan bahan semulajadi saya PILIH BAHAN SEMULA JADI).

    Ingin tahu lebih lagi mengenai Nutriferon Shaklee? Atau supplement lain yang sesuai untuk anak anda?

    Tiada yang lebih berharga dari kesihatan anak-anak.

    Klik Untuk Order : Nutriferon Untuk Anak Sihat

    Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

    ZARIDA ZAKARIA
    Shaklee Independent Distributor
    +6013 2862949
    zaridazakaria@yahoo.com
    FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

    AddThis