Monday, March 16, 2015

Cara Elak Susu 'drop' Di Bulan Puasa

Bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi..Ibu2 dah bersedia untuk menjalani ibadah puasa semasa menyusukan???

Walaupun Islam memberi keringan kepada ibu2 menyusu untuk tidak berpuasa di Bulan Ramadhan, saya pasti ramai yang tak mahu lepaskan peluang untuk meraih pahala berlipat kali ganda di bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah ini.

Disini saya kongsikan tips / cara elak susu 'drop' di bulan puasa:

1. Minum banyak air: Minum air 3liter antara waktu berbuka sehingga imsak.
2. Makan makanan yang seimbang ketika berbuka dan bersahur. Sahur adalah amat penting. Pastikan hidangan lengkap dengan karbohidrat, protein, serat dan mineral.
3. Niat dan sentiasa positif: Niatkan menyusukan anak kerana Allah. Fikirkan bahawa susu sentiasa cukup untuk anak. Elakkan stress dan susukan anak dengan tenang dan berzikir.
4. Jadual mengepam yang tetap: Mesti konsisten mengepam agar pengeluaran susu sentiasa ada. Lagi kerap payudara dikosongkan, lagi banyak susu dihasilkan (demand & supply).
5. Ambil Supplemen: Ambil supplemen untuk melengkapkan nutrisi harian dan membantu untuk membanyakkan susu badan.

Klik Untuk Order: Mighty 3 Gem

Saya mempunyai pengalaman sendiri menyusukan anak ketika berpuasa. Minggu pertama puasa, saya masih dalam tempoh cuti bersalin..masa tu anak ke 2..Saya baru je kenal Shaklee mase nie..supplemen yang saya ambil ESP dan Alfalfa sahaja..

Bila tibe bulan puasa, rase teruk sangat..tengahari dah tak larat..lembik je...Lepas tu, upline Shaklee saya mesej tanya khabar..jadi saya mengadu la tak larat sangat berpuasa sambil menyusu..dia cadangkan untuk ambil set mighty 3 gem nie...ESP, Mealshakes dan performance drink.


Alhamdulillah..memang ketara sangat bila ambil set mighty 3 gem nie...saya ambil selepas sahur..Walaupun menyusukan anak secara terus (direct feeding), saya masih kekal bertenaga sampai ke petang...Alhamdulillah:)).


ESP- Protein soya yang membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang lebih lama. Mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana tenaga dibebaskan perlahan-lahan didalam badan.


Meal Shakes- Minumam multivitamin dna multimineral untuk melengkapkan nutrisi harian.


Performance Drinks- Minuman isotonik yang kaya dengan elektrolit yang mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi semasa menyusu di bulan puasa.


Ikuti juga perkongsian daripada Puan Farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja...Mane tahu kot2 ibu2 boleh jadikan panduan untuk simpan stok EBM untuk bulan puasa nanti.



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, March 7, 2015

Tips Atasi Susu Merundum Ketika Haid

Salah satu masalah ibu menyusu yang biasa kita dengar adalah masalah susu merundum ketika datang haid. Boleh dikatakan kebanyakan ibu menyusu akan mengalami masalah ini. Walau bagaimanapun,  ada segelintir ibu2 tidak terjejas langsung penghasilan susu badannya ketika waktu haid. Ini kerana respons setiap individu pada perubahan hormon adalah berbeza-beza.

Kenapa ia berlaku?

Sesetengah wanita akan mengalami penurunan dalam penghasilan susu badan bermula waktu subur (ovulasi) sehingga beberapa hari selepas haid. Ini kerana paras kalsium dalam darah akan menurun dalam tempoh tersebut. Ini akan menyebabkan penurunan dalam penghasilan susu. Kalsium merupakan elemen penting dalam susu ibu selain daripada protein dan lemak.

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, pengambilan supplement kalsium/magnesium mungkin membantu. Ia juga membantu mengurangkan simptom pra-haid seperti senggugut.

Disarankan untuk mengambil supplement kalsium/magnesium bermula waktu subur dan beberapa hari selepas haid atau lagi mudah untuk mengambil supplement kalsium/magnesium setiap hari bagi ibu menyusu.

Sumber ; http://kellymom.com/bf/can-i-breastfeed/herbs/natural-treatments/#calcium

Tips atasi susu merundum ketika haid:

1) Sentiasa berfikiran positif. Jangan bandingkan penghasilan susumasa haid dengan masa tidak haid. Perubahan hormon akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. InsyaAllah, bila dah habis haid, susu akan kembali normal.

2) Elakkan stress dan tekanan. Kalau stress lagi la kurang hormon proklaktin dihasilkan, makin sikit susu dihasilkan. Jadi, jangan stress2 ye :)

3) Pam macam biasa walaupun susu yang dipan dapat sikit je. Tambahkan kekerapan mengepam dan tempoh mengepam. kalau biasa pam 3 kali sehari, up kan lagi jadi 6 kali sehari. kalau pam satu sesi 15 minit, up kan jadi 30 minit ke..

4) Power pumping setiap malam. Kena buat konsisten baru nampak kesannya..kalau sekali buat pastu nk trs nampak kesannye kompem la tak kan..Klik untuk baca lanjut
5) Minum banyak air masak.
6) Ambil supplement atau milkbooster yang boleh rangsang penghasilan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa. Klik untuk baca lanjut

Klik Untuk order: Triple Milkbooster

Semoga membantu ibu2:)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Friday, March 6, 2015

Tips Berhenti Merokok 12M

Kempen berhenti merokok bukanlah suatu  benda baru. Sejak zaman tok nenek lagi, kempen berhenti merokok nie dah dibuat. tapi berapa kerat je yang berjaya berhenti hisap rokok. Walaupun kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dah lakukan macam2 kempem untuk memberi kesedaran kepada perokok-perokok tegar nie tapi hasilnya???..anda sendiri tahu jawapannya kan..

Dah tahu merokok nie membahayakan kesihatan bukan sahaja diri sendiri malah orang sekeliling dan satu dunia pun tapi masih jugak nak hisap benda alah tu kan...

Ikuti pengalaman Saudara Uzir yang mula merokok sejak umur 14 tahun. Macam2 cara yang pernah beliau cuba untuk berhenti merokok tapi GAGAL sehinggalah beliau cuba dot dot dot.....Alhamdulillah..dah setahun tak merokok :))




Bagaimana hendak berhenti merokok?

Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1) Tetapkan tarikh untuk berhenti.
2) Yakin diri.
3) Buatkan nota peringatan.
4) Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
5) Sentiasa berfikiran positif.
6) Dapatkan sokongan.
7) Gunakan terapi pengganti nikotin.
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok.

Tips Berhenti Merokok 12M:

1) Melengah-lengahkan : Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2) Menarik nafas panjang: tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3) Minum air: Terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein.
4) Menyibukkan diri: Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5) Menjauhkan diri: daripada orang yang merokok.
6) Mengelakkan diri: daripda suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7) Mengunyah sesuatu: Seperti gam dan buah-buahan. elakkan yang manis.
8) Membasuh tangan selalu.
9) Mandi dengan kerap.
10) Meregangkan otot: lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11) Meditasi.
12) Memohon doa: berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/tips%20berhenti%20merokok.php

Semoga dipermudahkan usaha2 perokok tegar untuk berhenti merokok. Berhenti kerana Allah dan ingatlah orang tersayang.


Sedikit kira2 untuk tatapan semua:


Sekotak rokok ~RM13

Sehari sekotak: RM390 Sebulan
Sehari 2 kotak: RM780 Sebulan.


Klik untuk Order : Vivix Shaklee

Sebotol Vivix 150mL RM 475. 
Untuk penggunaan sebulan (5mL sekali sehari)
(Join ahli : harga sama dengan kos sebulan hisap rokok sekotak sehari) 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Cara Keluarkan Kahak Bayi

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, kanak2-kanak mahupun orang dewasa senang untuk mendapat demam, batuk dan selsema. Keluarga saya pun tak terkecuali. Bermula dengan Athirah (anak sulong), lepas tu zulfa (anak ke2), kemudian suami saya. Dan akhirnya Alya pun kena sekali. Nie la yang paling saya risau..Alya kecik lagi. baru 3 bulan.

Masa Athirah batuk pun saya dah rasa teruk sangat. Asyik muntah je. taknak makan..taknak minum..Risau dibuatnya. Zulfa ok sikit. Walaupun batuk dia masih minum susu dan  makan. Omegaguard pun tak payah offer, mesti dia mintak sendiri nak makan. Tu yang saya tak risau sangat. Athirah nie cerewet sikit. Liat sangat nak makan ubat. Yang paling senang nak bagi die makan Nutriferon la. Tapi masalahnya Nutriferon 1 Malaysia takde stok..camne tu..pening kepala mak taw..huhu..

Awalnya, saya malas nak bawak Athirah pergi Klinik, tapi bila batuk dia makin teruk, macam berkahak je bunyi dia, saya ajak suami pergi klinik. Macam biasa la, dapat ubat batuk dengan antibiotik. Kompem2 la Athirah tak makan kan. Saya pun malas nak paksa. Kalau Zulfa, selambe je bukak mulut nak makan ubat...beza..memang berbeza:)).

Ibu mane yang tak risau kan bila anak sakit. Macam biasa la zaman di hujung jari nie..Saya google ape yang patut. Cari petua semulajadi untuk hilangkan batuk dan selsema.

Macam2 petua yang saya jumpa..dan ini yang saya buat;

1. Hirisan bawang merah : Letak dalam bekas kecik kemudian letakkan dalam ruang2 rumah untuk serap toksin2 dalam udara.

2. Garlic oil

Bakar bawang putih yang masih berkulit. Lepas tu tumbuk sikit, kemudian campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan pada tapak kaki, dada, belakang dan betis. Sambil2 sapu tu bacalah selawat syifa'...yang nie tiap2 pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur saya buat...Sangat2 membantu..Amazing:))


3. Steaming dan percusion untuk Alya:

Steaming :

Letak air panas yang baru mendidih dalam besen kecik. Pastu letak bawang putih mentah yang ditumbuk, kadang2 saya letak minyak Habbatus sauda atau apa2 je yang bersifat antibakteria atau antivirus .



Kemudian baringkan anak atas riba dan halakan muka anak dalam besen yang berisi air panas (Saya peganga anak dalam posisi meniarap). Jarak antara anak dan besen berisi air panas tu agak2 la..jangan terlalu dekat sangat takut nanti wap panas tu terkena muka bayi pulak. 

Dalam masa yang sama selimutkan anak dengan kain lampin untuk perangkap wap air daripada terbebas keluar. Steaming bertujuan untuk menyalurkan antibakteria dan antivirus supaya sampai ke peparu. Semasa proses steaming, saluran pernafasan termasuk peparu akan terbuka. Jadi masa ini lah paling sesuai untuk buat percussion untuk keluarkan kahak.

Teknik percussion: 

Rapatkan semua jari dan melengkungkan sedikit (macam nak tadah air dengan tangan).




Lepas tu tepuk belakang dada anak. Selang seli kedua2 belah. Jangan tepuk pada tulang belakang. Beri tepukan yang perlahan sahaja. Kalau anak menangis, biarkan je sebab lagi senang kahak nak keluar..teruskan tepukan.

Buat lebih kurang 15-20 minit setiap sesi. Sebaik-baiknya buat 2 kali sehari, pagi dan malam.

Berkat kesabaran dan kerajinan saya buat petua di atas, Alhamdulillah anak sembuh daripada batuk..Masa mula2 batuk tu Zulfa ada makan ubat hospital, tapi bila saya dah mula buat petua di atas saya hentikansemua ubat hospital. 

Alya pulak , saya memang tak kasi ubat langsung. Saya kerapkan menyusu, sapu garlic oil, steaming dan percussion. Untuk saya sendiri, saya tambahkan dos Vita C SR setiap 5 jam sebiji dan konsisten ambil Omegaguard. Dengan harapan apa yang saya makan dapat disalurkan pada Alya melalui susu ibu.

Alhamdulillah..anak2 saya beransur sihat. Walaupun petua2 nie mengambil masa untuk menunjukkan kesan, tapi setiap hari saya boleh nampak perubahan positif...Alhamdulillah.

Semoga membantu ibu2:))


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, March 5, 2015

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul


Susu ibu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu perlu mengetahui cara terbaik untuk menyimpan susu perahan untuk si manja.

1) Susu perahan segar boleh disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27-32 darjah celsius, ia boleh bertahan selama 3-4 jam.

2) Susu  perahan segar selamat pada suhu < 15 darjah celsius untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung dalam sampel kajian. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu perahan segar pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4 darjah Clecius. Oleh itu, pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

3) Kajian  pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah ia masih selamat selepas 4-8 hari didinginkan (chiller: 2-4 darjah celcius).

4) Membekukan susu perahan (-4 hingga -20 darjah celsius) adalah selamat untuk digunakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Vitamin A, E dab b, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyma dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu perahan beku perlu disimpan dibahagian belakang peti sejuk untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu perahan perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

5) Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu perahan, sedikit ruang perlu ditinggalkan dibahagian atas bekas penyimpanan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu perahan perlu dilabel terutamanya jika anda perlu membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu perahan kepada ramai bayi lain.. Biasanya bayi memerlukan 60-120ml setiap sesi penyusuan ketika berada dirumah pengasuh, Jadi, simpan susu perahan dalam stok 60-120ml setiap satu untuk mengelakkan pembaziran.

6) Elakkan menambah susu perahan yang masih suam (baru diperah) ke dalam susu perah sejuk (chiller). Ini bagi mengelakkn pemanasan semula susu perahan yang telah disejukkan. Adalah lebih baik jikaanda menyejukkan terlebih dahulu susu perahan tersebut sebelum dicampurkan dengan stok susu perahan sedia ada.

Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang mebantu proses penghadaman bayi). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.
Klik Untuk Order: Set Menyusu lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, March 4, 2015

Petua Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat


Ikuti pengalaman Puan Nur Hidayah yang kene chicken pox semasa dewasa. Muka penuh dengan parut chicken pox. dah tak boleh nak jadi Miss Universe untuk suami sendiri..huhu

OPPSSS..tidak semudah itu ye isteri2 solehah..muka yang penuh dengan parut chicken pox tu, kini kembali bebas parut, licin &  berseri2 dalam masa sebulan sahaja..

RAHSIANYA??

Energizing Soy Protein (ESP)
✔ protein yang membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan sel kulit baru dan memelihara agar kulit, otot kuku dan rambut menjadi sihat, dan cantik. 


Sustained Release Vitamin C
✔ Membantu merangsang pembentukan kolagen dan merawat kedutan. Mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan.

Vitamin E Complex
✔ Membantu menghilangkan parut, bintik hitam dimuka, mengurangkan garis halus dan melambatkan penuaan.

Vitamin B Complex
✔ Membantu pembinaan sel-sel baru. Mengurangkan tekanan dan menyahkan toksin didalam badan.

GLA Complex

✔ Untuk kesimbangan hormon untuk menyerlahkan lagi seri wajah.

Klik Untuk Order: Set Lengkap Chicken Pox

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Tuesday, March 3, 2015

Cara-cara Memindahkan Stok EBM



Hari nie nak berkongsi pulak cara-cara memindahkan stok EBM (susu beku atau susu di bahagian chiller). 

Maklumat ini bukan sahaja penting untuk memindahkan stok dari sesuatu tempat tetapi juga penting untuk mengendalikan stok EBM semasa elektrik terputus. 

Perlu diingat, susu beku yang dah mencair perlu dihabiskan dalam maa 24 jam. Oleh itu, langkah2 untuk memastikan susu kekal beku adalah amat penting.

Apa yang diperlukan:
1. Cooler box (kotak polistren pun boleh)
2. Garam kasar (banyak)
3. Tuala/ kain lembap
4. Ketulan ais yang banyak

Cara-caranya:
1. Lapiskan ketulan ais pada dasar cooler box.
2. Kemudian taburkan garam kasar (untuk melambatkan ais mencair dengan munurunkan takat beku ais, seterusnya dapat mengekal suhu stok EBM))
3. Masukkan stok EBM pada lapaisan ais yang pertama.
4. Lapiskan dengan tuala/kain lembap.
5. Ulang langkah 1 hingga 4.

Jika susu yang ingin dipindahkan banyak, gunakan cooler box yang besar lebih besar.

Peringatan: Kurangkan kekerapan membuka penutup cooler box supaya suhu di dalamnya kekal lebih lama.
Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

~Sebarkan Kebaikan Susu Ibu ~


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis