Tuesday, April 21, 2015

RAWAT RUAM PANAS BAWAH PAYUDARA TANPA BAHAN KIMIA



Dah lame sebenarnya nak kongsikan testimoni sendiri berkaitan ruam panas bawah payudara nie, tapi asyik bertangguh je.. Saya dapat ruam nie masa Malaysia dilanda musim panas yang membahang tu..tak silap awal bulan Mac..mane taknye kan..badan asyik berpeluh sampai bahagian bawah payudara merah2 dan gatal2.

Biasanya kalau ada merah2 atau gatal di bahagian tu, mungkin ada jangkitan kulat (fungus). Kalau di hospital doktor akan kasi krim antifungal Miconazole. Untuk kegatalan yang biasa doktor akan bagi krim Calamine. Tapi semua tu takde pun kat rumah. Yang ada krim HERBAL BLEND Shaklee je..krim nie multipurpose..jadi saya cuba sapu kat tempat merah2 tu..Alhamdulillah, dalam 3hari camtu merah2 dan gatal2 hilang.

Herbal blend dirumus khas daripada bahan2 semulajadi yang selamat dan berkesan.

Selain sapu herbal blend, saya juga amalkan tips2 di bawah:

1) kerap mandi
2) kerap tukar baju dan pilih baju yang menyerap peluh
3) duduk dibawah kipas

Baca lanjut tentang ruam panas...

Ruam panas :

(1) Juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (Prickly Heat atau Miliaria) (2) Berlaku dalam keadaan panas dan lembab lebih-lebih lagi jika anda memakai pakaian yang tebal. 
(3) Paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, walau bagaimanapun, individu yang aktif, bayi yang baru lahir di dalam incubator dan pesakit demam yang terlantar di atas katil sepanjang masa juga boleh mendapat ruam panas ini.

Tanda dan Gejala

(1) Ruam panas kelihatan seperti bintik-bintik kecil yang dikelilingi oleh zon kulit yang merah. Ia biasanya berlaku pada bahagian badan yang dilindungi pakaian, seperti bahagian belakang, abdomen, leher, bahagian atas dada, celah ketiak dan akan berkurangan dalam beberapa hari. Di antara tanda-tanda dan gejala yang biasa adalah:

(2) Dalam bentuk yang teruk, ruam panas boleh menganggu mekanisma aturan pengeluaran haba badan (pengeluaran peluh) dan boleh menyebabkan demam, kepenatan akibat kepanasan dan malahan boleh menyebabkan kematian.

Rawatan

Beberapa ubat yang boleh digunakan:

Losyen Calamine boleh menyejukkan dan menyamankan kulit.
Cubaan penggunaan antiseptik topikal seperti Hexachlorophene boleh mencegah ruam-ruam ini dengan sempurna.

Pencegahan

(1)  Pakai pakaian jenis kain kapas yang longgar.
(2) Elakkan peluh berlebihan. Bahkan jika ini boleh dilakukan walau hanya beberarapa jam setiap hari, ianya mampu memberi kesan yang ketara. Contohnya, berada di dalam bilik yang berhawa dingin untuk beberapa jam sehari. Mandi dengan air yang sejuk bagi mendinginkan kulit dan mampu mengelakkan peluh.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/ruam-panas

Pilihan ditangan anda.

Kimia atau semulajadi

Klik untuk order: Herbal Blend

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, April 19, 2015

Susu Badan Tak ada Sejurus Selepas Bersalin: Apa nak buat???



Alhamdulillah..diberi kesempatan masa untuk update blog. Sejak masuk kerja nie tak sempat nak bukak laptop sebab memang takde laptop pun :))..nie pun tengah taip kat hp, nanti ade mase baru copy & paste kat blog pakai laptop suami..huhu..

Malam nie nak kongsi tentang kerisauan ibu2 terutamanya new mommies yang bimbang susu tak ade sejurus selepas bersalin nanti. 

Mesti ade yang terfikir, boleh ke aku susukan anak ku sendiri?Ade susu ke? Breast kecik ade susu ke?

Sejujurnya, itulah yang bermain2 difikiran saya semasa menanti kelahiran anak sulung say dulua..tapi sangkaan saya meleset sama sekali..

Sebaiknya semasa tempoh hamil, ibu2 cuba menambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. 'Mindset' ibu sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Tanamkan niat untuk menyusukan anak paling kurang 6 bulan dan cuba sedaya upaya sehingga 2 tahun..itu paling penting.

Ada sesetengah ibu berusaha mengambil milkbooster beberapa bulan sebelum bersalin untuk memastikan susu badan terus banyak sejurus selepas bersalin. Kalau ibu2 tanya saya perlukah semua itu? 

Pada saya tak perlu pun. Pengambilan supplement hanya untuk memastikan kesihatan ibu berada pada tahap maksimun sehingga bersalin. Kesihatan ibu yang baik sudah tentunya mempengaruhi kebolehan si ibu untuk menyusukan anaknya sejurus selepas bersalin dengan tenang. Kebolehan yang saya maksudkan adalah dari segi tenaga dan kebolehan ibu untuk bergerak dengan mudah terutamanya bergerak untuk menyusukan anak.

Berbalik kepada topik kita, apa yang perlu dilakukan jika susu tiada / tak keluar sejurus selepas bersalin:

1) Tenang: tenangkan diri dan duduk dalam posisi yang selesa untuk menyusukan bayi. 

2) Sentuhan kulit ke kulit: Mulakan menyusu secepat yang mungkin dalam tempoh sejam selepas kelahiran. Minta pertolongan orang lain untuk meletakkan anak pada posisi menyusu yang betul. Pastikan lekapan bayi kepada puting payudara adalah betul. Belaian si ibu membantu bayi lebih tenang untuk melekap dengan betul.

2) Berfikiran positif: Fikirkan bahawa susu sentiasa cukup untuk anak. Penghasilan susu ibu dikawal oleh hormon prolaktin. Hormon oksitosin pula mengawal susu yang keluar daripada payudara. Perasaan gembira dan bahagia akan merangsang perembesan hormon oksitosin yang memudahkan susu keluar apabila dihisap oleh bayi.


3) Kolostrum: Susu yang keluar sejurus selepas bersalin berwarna kuning pekat yang kaya dengan kolostrum. Jumlahnya memang sedikit tetapi penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan cukup untuk mengenyang bayi kerana saiz perut bayi pada umur 1 hari sebesar saiz buah ceri. Jadi ibu jangan risau ye..susu ibu cukup untuk perut kecik si comel tu.

4) Demand & supply : teruskan menyusu ikut rentak bayi. Semakin banyak menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.

5) Kuatkan semangat: jangan mudah terpengaruh dengan kata2 orang sekeliling. " susu tak cukup, anak nangis sebab tak cukup susu..susu formula lagi mengenyangkan..bayi perlukan air kosong". abaikan je semua tu..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..HANYA SUSU IBU YANG TERBAIK UNTUK BAYI SEHINGGA 6 BULAN.

Ingat ye ibu2, 

Say no to:

Susu formula
Air kosong
Puting kosong

NO!!NO!!NO!!

Sabarlah ibu..6bulan tu sekejap je :).

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik untuk order: set menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, April 12, 2015

9 Petua Banyakkan Susu Ibu 100% Semulajadi



Saya pasti semua ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya. dan saya pasti semua ibu ingin susukan bayinya sendiri. Namun, perjuangan untuk menyusukan anak sehingga anak berumur 2 tahun bukanlah perkara yang mudah. Ianya memerlukan pengorbanan daripada seorang ibu. 


Sesetengah ibu memang sudah direzekikan Allah dengan susu ibu yang banyak sejurus selepas bersalin. Tapi ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu ibu. Pelbagai milkbooster yang dicuba. Tak kesah berapa harganya, pasti dibeli demi untuk banyakkan susu ibu demi anak tersayang. Ibu mana tak sayangkan anak kan?


Disini saya kongsikan 9 petua banyakkan susu ibu 100% semulajadi. Semoga boleh membantu ibu2:


1) Daun bunga melur dan daun pucuk manis


Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. Jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.

2) Kacang tanah

Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.

3) Longan kering

Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.

4)Daun Sirih

Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.


5) Halba dan jintan hitam

Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.

6)Susu

Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.

7) Lobak putih

Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.

8) Nasi panas, halia muda dan air asam


Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.

9) Daun betik muda

Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.


Selamat mencuba ye ibu2. Diingatkan, setiap orang memberi tindak balas yang berbeza pada setiap milkbooster. Kena "try & error". Jangan lupa konsep "demand & supply".


Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik untuk order: set menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, April 9, 2015

Bagaimana Memilih Breastpump Yang Sesuai?


Hari nie nak kongsikan bagaimana memilih breastpump yang sesuai

Masa anak pertama dulu saya pakai breastpump Pegion manual yang elektrik. Pakai bateri 2A. Ade 1 phase iaitu hanya Expression. Boleh je nak buat stimulation dulu, tapi manually la. Dahla single kan..memang ambik mase yang lama la untuk kosongkan breast.

Anak ke2 memang dah decide untuk beli yang double breastpump sebab fikir untuk jimatkan masa pam masa kat opis. Lagipun production lagi bagus kalau kedua2 breast diberi rangsang kan..kalau kite pam single pun, sebelah satu lagi yang tak di pam akan keluar jugak kan..Kali nie beli Autumnz Ultimate Double breastpump. Ok la jugak pam nie..tapi bunyi kuat sikit. Takde Built-in-battery. Jadi kalau nak pam kena cari plug yang boleh sambung la..leceh jugak tu...masa tu malas nak beli rechargeble battery. Bila Zulfa dah nak masuk setahun pam nie pun rosak. Saya kembali guna yang Pegion manual elektrik tu..malas nak beli yang baru..lagipun dah rase penat nak konsisten pam kat opis..akhirnye, Zulfa cukup setahun saya berhenti pam dah..terus bagi susu kambing je kat Zulfa.

Anak ke 3 pulak, pada mulanya berangan nak beli Medela Freestyle yang mahal tu..tapi bile difikirkan harganya mak aih..baik simpan duit tu untuk ambik cuti tanpa ganti..sebab memang plan nak ambil cuti tanpa ganti sebulan. Lepas tengok review orang ramai tentang breastpump yang bagus, terus decide untuk beli Spectra M1 nie..sebenarnya berkenan dengan anak patung yang diorang letak kat gambar tu je:))

Lagi 2 bulan nak due (EDD), setelah survey harga daripada penjual, saya pilih untuk beli kat PumpontheGo kat Kelana Jaya. Paling murah dan ada free gift jugak. Double breastpump, plastic breastmilk storage, 3 ice pack, dan cooler bag V-cool dengan harga RM499 (Oct 2014).

Pada saya, Spectra M1 nie jauh lebih bagus daripada Autumnz ultimate yang saya beli dulu. Bila pam, breast pun cepat kosong. Suction lembut. Bunyi pam pun slow je..kalau pam kat sebelah anak yang tengah tidur tak mengganggu pun. Kalau pam kat opis pun orang tak perasan. Tengah lunch sambil pam pun orang tak tahu :)). Yang saya suka, Spectra M1 nie ade built-in-battery. Boleh tahan 4 kali pam sebelum kena cas balik. Bahagian2 pam pun senang dicuci.

Oklah..itu berdasarkan pengalaman saya tentang pam yang saya pakai. 

Disini ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk memilih pam yang sesuai:

TIPS 1: Bajet

Bajet amat penting bagi mengelakkan pemborosan. Daripada bajet ini anda boleh selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga murah. (Contoh brand yang popular ialah seperti Medela, Avent, Spectra, Autumnz, Malish, Lacte, etc).

TIPS 2: Jenis

Ada beberapa jenis pam seperti Pam Manual, Pam elektrik, dan ada juga pam Elektrik beserta bateri. Jika anda memilih pam manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi pam manual ini agak murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual. Pam yang mempunyai bateri yang boleh di cas boleh digunakan dimana sahaja asalkan bateri masih mempunyai kuasa.

TIPS 3: Keselesaan

Aspek keselesaan begitu penting untuk diambil kira dalam pemilihan Pam. Pam yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payudara mempunyai alas  yang lembut. Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’ sekali. (spectra m1 takde pun, Autumnz ultimate ade..tapi ok je kalau takde pun)

TIPS 4: Daya Tahan – Heavy Duty

Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

TIPS 5: Daya Hisapan – "Suction level"

Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan.

TIPS 6:  Alat Ganti

Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang dibeli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak. Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu. Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.

TIPS 7: Bunyi

Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu diambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.

TIPS 8: Mobiliti

Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja.

TIPS 9: Single Pam atau Double Pam

Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.

Semoga membantu ibu-ibu:)).

Tuesday, April 7, 2015

Teknik Marmet Yang betul

Baru2 ni, tibe pulak adaptor Spectra M1 rosak. Memang tak boleh pam langsung sebab built in battery tu pun dah habis bateri. Semua pam2 manual yang pernah beli dulu pun, semua dah rosak jadi barang mainan anak2. Nak marmet memang tak pernah buat. Cube google dan ikut gambar yang diberi, tapi gagal jugak..sampai bengkak Cik B nie..dah la Alya minum susu sikit je. .nak taknak memang kena pam..

Ada tanya jugak kat group2 breastfeeding kot2 ade jual adaptor Spectra M1 nie..tak ramai yang jual. Kalau ada pun tak boleh COD terus, kena pos..ambik mase jugak tu..harga pun boleh tahan jugak RM70 termasuk pos. 


Lepas tu pujuk2 suami suruh pergi cari kat Low yat kot2 ada adaptor yang lebih kurang same. Setelah 3 kali berulang alik ke sana, akhirnya adaptor yang sesuai dijumpai jugak..hehe..silap sendiri. tak buat persediaan awal2 sebelum pergi.


Kali pertama: Silap saiz..kecik sangat.

Kali ke-2:Saiz dah betul tapi Output 5V tak cukup...berjam2 cas pun tak masuk jugak bateri tu..
Kali Ke3: sebelum pergi sekali lagi, suami google maklumat pasal output yang sesuai. Sebab Spectra M1 perlukan 8-9V. Jadi, tiada masalah kalau gunakan adaptor yang 12V..masa mula2 pergi suami memang dah jumpe adaptor yang 12v tu tapi teragak2 nak beli takut overload. tapi bila dah google maklumat baru konpiden sikit nak beli. Beli dah beli terus cuba..Alhamdulillah..cepat je bateri penuh.

Disini saya kongsikan teknik marmet yang betul hasil carian google. Teknik marmet atau perahan tangan nie perlu disaat kecemasan. Kot2 tibe2 lupe bawak pam masa pergi kerja ke? Tibe2 pam rosak ke? Saya pun dalam proses belajar jugak nie:).
Ikuti langkah dibawah:


1. Basuh tangan dengan bersih.

2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
2. Duduk dengan selesa.
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan. 
4. Ampu payudara. 
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.


Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.

6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9). 


Tolak ke belakang

7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.
Tolak dan golek.

10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.

Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.

11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.

Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.


- Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan. 
- Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak. 
- Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.

Selamat mencuba :))

Monday, April 6, 2015

Selamat Ke Ubat Gastrik Untuk Ibu menyusu?

Setelah 4 bulan bercuti sambil2 jaga anak, minggu lepas dah kembali bekerja macam biasa. Menjalankan rutin harian sebagai pegawai farmasi. macam biasa lah kan..tugas utama DISPENSING.

Apa yang saya nak kongsikan kali nie berkaitan persoalan seorang ibu, "Ubat nie boleh ke untuk saya yang tengah susukan anak"


Ubat yang dimaksudkan adalah ubat gastrik iaitu Nexium ( esomeprazole)


Jawapan saya " Not recommended"


Sama jugak dengan Omeprazole kerana ubat tersebut akan masuk ke dalam susu ibu. Ranitidine juga masuk ke dalam susu ibu tetapi masih boleh digunakan tapi "use with caution". Tapi dalam kes ibu nie, gastriknya sangatla teruk yang tak dapat disembuhkan oleh 'ubat2 biasa'..sebab tu doktor upgrade ubat kepada Nexium. 


Sesetengah ubat walaupun boleh masuk ke dalam susu ibu masih boleh diambil oleh ibu menyusu dengan syarat, ambil ubat selepas menyusu atau mengepam, atau dengan kata lain menjarakkan penyusuan dengan makan ubat. tapi dalam kes Nexium, tempoh tindakan ubat adalah lebih 24 jam dan dikhuatiri ubat tersebut hadir dalam susu ibu yang dihisap oleh bayi.


Bila terima kes2 macam nie serba salah dibuatnye. Anak baru 5 bulan. Saya hanya memberi pilihan samada nak makan ubat yang diberi atau berhenti menyusu. Kalau ada frozen EBM boleh bagi yang tu je..tapi ubat tu kena ambil untuk jangka panjang..3 bulan..cukup ke stok frozen EBM??..huhu


Sempat saya cadangkan kepada si ibu untuk mencari supplement kalsium/magnesium di farmasi luar kot2 boleh mengurangkan gastrik si ibu (tak berani nak promote produk shaklee masa dalam waktu bekerja:)). 


Sejujurnya saya nak sangat bagitahu si ibu yang shaklee ada supplement yang boleh membantu dalam gastrik. Yang safe to be used in lactating mother. Highly recommended!!!

Sebelum saya kongsikan supplement yang boleh membantu dalam gastrik , ikuti  dulu perkongsian Puan Farahana yang sudah mengalami masalah gastrik kronik selama 10 tahun, tibe2 sembuh secara tak sengaja semasa dalam pantang anak ke 2..woowww..camne tu???


Antara supplement yang boleh membantu dalam masalah GASTRIK adalah:

ESP : Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan memberi rasa kenyang lebih lama. Ditambah dengan kalsium yang bersifat alkali untuk meneutralkan asidity soya protein.

Klik Untuk order: ESP

Ostematrix: Sumber kalsium yang semulajadinya bersifat alkali yang boleh meneutral asid dalam perut.

Klik Untuk Order:Ostematrix

Peppermint Ginger PLUS: Secara klinikal membantu dalam membantu masalah penghadaman seperti angin, loya dan gastrik.


Klik Untuk Order :Peppermint Ginger PLUS

Selain dapat membantu menyelesaikan masalah gastrik yang kronik yang semestinya selamat untuk ibu menyusu, ESP dan Ostematrix juga boleh bertindak sebagai Milkbooster. 2 in 1..bagus kan Shaklee :)).

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, April 5, 2015

Tanda-tanda Darah Tinggi Dan Cara Mengatasi



Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 1/3 rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Hipertensi merupakan penyumbang utama kematian di negara ini.

Ikuti perkongsian daripada saudara fahmy bagaimana beliau turunkan tekanan darah TANPA UBAT HOSPITAL..



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.



Punca-punca darah tinggi.

Antara punca hipertensi adalah:
1) Penyakit buah pinggang
2) Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid.
3) Faktor keturunan.
4) Alkohol dan merokok meningkatkan risiko komplikasi hipertensi (termasuk penyakit jantung dan strok)

Tanda dan Gejala

1) Biasanya hipertensi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.
2) Tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.

Komplikasi

Hipertensi akan menyebabkan pelbagai komplikasi akibat daripada kegagalan darah beroksigen sampai ke organ penting seperti otak, jantung dan buah pinggang.

Peningkatan tekanan darah yang mendadak boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan:
1) Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian.
2) Kegagalan buah pinggang
3) Pedarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata.
4) Strok/angin ahmar.

Semua komplikasi di atas dapat dicegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Tekanan darah tinggi boleh dirawat secara:

1) Tanpa ubatan:
     - Kurangkan pengambilan garam
     - Meningkatkan aktiviti fizikal
     - Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman atau pemakanan.
     - Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
     - hindari stress

2) Rawatan ubatan.

Shaklee juga menawarkan produk untuk masalah darah tinggi.

1)  Ostematrix : mengandungi kalsium dan magnesium yang terlibat dalam kontraksi salur darah.
Klik Untuk Order : Osteomatrix

2) B Complex : Lengkap dengan kesemua vitamin B yang penting untuk fungsi tubuh yang normal dan bertindak sebagai anti-stress.

Klik Untuk Order: B Complex

3) Omegaguard: Omega 3 bukan sahaja bagus untuk menurunkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah tetapi juga bagus untuk kesihatan salur darah.
Klik Untuk Order: Omegaguard

4) Garlic complex : Mempunyai kesan untuk menurunkan tekanan darah
Klik Untuk Order: Garlic Complex

5) CoQ Health: Bagus untuk kesihatan jantung.
6) Vita E Complex: memelihara kesihatan salur darah daripada kesan radikal bebas.

Klik Untuk Order: Vita E Complex

7) Vivix: 4 mekanisma utama penuaan sellular.



Klik untuk order: Vivix


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis