Sunday, June 14, 2015

Benarkah Makan B Complex Boleh Jadi Gemuk?

Seperti yang kita tahu, Vitamin B Complex with Folic Acid Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Vitamin2 B ni bekerjasama antara satu sama lain untuk membantu kita mengekalkan kesihatan.

Kenapa penting untuk ambil Vitamin B Complex? 
Adakah hanya untuk ibu hamil & merancang untuk hamil supaya anak tak dapat spina bifida disebabkan oleh kekurangan asid folik?
Betul ke kalau makan vitamin B complex nanti berat badan akan naik?
Kelebihan Vitamin B Complex:
1) Bagus untuk masalah kuku rapuh kerana mengandungi Biotin
2) Untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
3) Anti stress. (Klik Untuk Baca Lanjut). Bagus untuk pengidap migrain dan pesakit darah tinggi yang berpunca daripada stress.
4) Penting dalam penghasilan tenaga. (Klik untuk baca lanjut). Bagus untuk pesakit diabetes kerana makanan yang dimakan akan cepat ditukar kepada tenaga dan ini akan mengelakkan paras gula dalam darah menjadi tinggi.
5) Mengandungi asid folik yang penting untuk mencegah spida bifida kepada bayi dalam kandungan.
6) Penting dalam penghasilan darah merah. Sesuai diambil oleh pengidap anemia disamping Vitalea dan Vita C SR.

B Complex adalah vitamin yang agak 'panas' . Jadi dinasihat untuk minum air sekurang-kurangnya 2-3 Liter sehari. 

Vitamin B complex terlibat dalam proses pengaktifan enzim yang terlibat dalam penukaran karbohidrat dan lemak kepada tenaga. Dalam kata lain, B complex membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Oleh sebab itu, kita akan rasa cepat lapar. Kurang pengambilan air akan memberi isyarat kepada otak untuk makan lebih banyak. Untuk mengelakkan hal ini, pengambilan air secukupnya adalah sangat penting.

Klik untuk Order: B Complex

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Friday, June 12, 2015

Shaklee National Conference 2014/2015: Mimpi Itu Percuma

7 Jun 2015:

Rakan2 sid (shaklee independent distributor) sibuk duk update status pasal National Conference Shaklee 2014/2015 yang telah berlangsung sekarang 6-7 Jun 2015. Setiap tahun akan berlangsung Shaklee National Conference (NC) bagi menghargai kerja keras sid sepanjang cycle setiap tahun. Kali ini NC berlangsung di MIECC Mines Exhibition Centre. Bagi sid yang layak, mereka berpeluang untuk mengikuti local trip yang 100% ditaja oleh Shaklee. Mereka berpeluang untuk menginap di Palace of The Golden Horses. Best kan :)).

Bila dah terjebak dengan Shaklee nie, ade yang terpaksa menginap dihotel mewah  6 bintang, ada yang terpaksa terima award dari shaklee atas usaha yang tak putus2 untuk cycle lepas, ada yang terpaksa menerima tajaan local trip daripada shaklee ditanggung 100% untuk 1 family, ada yang terpaksa terima kejutan bila check in tempat penginapan..masuk bilik hotel ada surprise daripada shaklee pulak..dapat sekotak shaklee collagen powder (bernilai RM300)..shawl Burberry..dapat elaun makan..makan di hotel dapat, elaun makan pun dapat.. Semua tu percuma je taw..sape taknak bende free kan..terasa SID sangat2 diraikan oleh pihak Shaklee.

Banyaknya terpaksa buat selepas berjaya dengan bisnes shaklee nie kan :))

National Conference Shaklee 2014/2015 Highlight from iReach HD on Vimeo.

Melihat gambar2 yang rakan sid upload kat fb, saya terbayangkan saya dan keluarga berada ditempat mereka. Terbayang penat lelah sid dah berjaya sehingga melayakkan mereka ke sana dan mendapat pengiktirafan daripada Shaklee. Daripada riak wajah yang penuh dengan senyuman, saya percaya disebalik semua itu mereka sudah bayar dengan pengorbanan yang tak ternilai. Bukan senang nak senang kan..semua perlukan usaha dan keizinan dari Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Saya???

Masih berjuang untuk mencapai semua tu..usaha saya masih belum cukup untuk melayakkan saya untuk dapat semua pengiktirafan itu..InsyaAllah..Semua itu akan jadi milik saya suatu hari nanti. Saya akan capai semua tu dalam cycle 2015/2016. Menerima award bersama2 suami dan anak2..turun naik stage ambil paling kurang 3 award dalam satu cycle, pegang replika kunci kereta sebagai simbolik Car Bonus, Dinner di hotel mewah, menginap di hotel 6 bintang.. Ya Allah, hari itu pasti tiba..

Dan yang paling penting car bonus..bila dah dapat car bonus boleh dikatakan kita dah berpencen dengan shaklee. Tapi rezeki takkan datang bergolek. Semua tu perlukan usaha keras dan tak putus2..tiada yang mustahil bagi Allah. Dan Allah suka akan hamba2Nya yang berusaha. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Best kan Shaklee..setiap keringat yang dicurahkan dihargai..Shaklee tidak pernah gagal membayar bonus kepada sid yang layak setiap pertengahan bulan. Setiap tahun diadakan pula NC untuk meraikan sid yang berjaya mencapai target mereka.

Jangan tak tahu ye..Shaklee nie  bisnes mesra keluarga. Naik stage ambik award pun boleh bawak anak. Aktiviti untuk anak2 juga disediakan sepanjang NC. Pihak pengurusan Shaklee sangat2 menitik beratkan sensitiviti Islam. Tiada sesi bersalaman antara lelaki dan perempuan. Ini yang saya suka sangat dengan Shaklee. Kalau tengok, ramai Master Coordinator Shaklee yang bertudung labuh dan ada yang berniqab. Bahagia je tengok kejayaan orang Islam. Kita perlu kaya dan berjaya untuk membantu ummah. Tu yang buat saya bertambah sayang dengan Shaklee.

Selain tu jugak, pihak pengurusan Shaklee menyokong penuh penyusuan susu ibu. Di NC ini, mereka juga sediakan bilik khas untuk ibu2 menyusukan bayi. 

Walaupun saya tak pernah jumpa upline2 saya face to face, tapi kitorang ada secret group yang diterajui oleh leader2 hebat untuk memberi bimbangan berterusan kepada kami sebagai downline. Yang paling saya teruja dengan  secret group ini adalah, kitorang ada "master checklist" yang lengkap dengan pengisian rohani yang menjadi tunggak kepada kehidupan kami sebagai SID yang ingin berjaya dunia dan akhirat. Nak tahu lebih lanjut pasal "master checklist"? Meh join kami dulu:)).

Saya tak pernah terfikir untuk terlibat dalam semua nie. "Master checklist" banyak mengubah rutin harian saya. Dan kini saya yakin rezeki semuanya dari Allah. Hanya dia tempat kita bergantung. Dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Yang penting kita terus berusaha tanpa kenal putus asa.

Saya sudah jatuh cinta dengan Shaklee. Takkan pernah berpaling. Kini dan selamanya.

Anda bila lagi?

Thursday, June 11, 2015

Apa Itu aneurisma?


Baru-baru ini kecoh kat facebook orang share tentang kematian invidu yang mengalami aneurisma (aneurysm). Saya baca sepintas lalu je. Tapi tiba pulak rasa nak tahu lanjut pasal aneurysm nie.. Sambil2 menambah ilmu untuk diri sendiri, boleh juga berkongsi di blog nie kan..

Apa itu aneursym?

Ia adalah keadaan dimana salur darah dalam otak (atau dimana2 bahagian dalam badan kita) menjadi kembang macam belon dan akhirnya pecah. Bila salur darah pecah, pendarahan dalaman akan berlaku dan membawa kepada strok (sel2 otak mati akibat tidak mendapat bekalan darah beroksigen secukupnya).

Apakah penyebab aneurysm?

1) Atherosclerosis: Arteri mengeras kerana pemendapan kolestrol dalam salur darah. Kolestrol yang termendap pada dinding salur darah dan menjadi keras dipanggil 'plak'.
2) Darah tinggi: Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi termasuklah STRESS.
3) Congenital defect: Masalah arteri tidak kuat sejak lahir lagi.
4) Jangkitan bakteria atau fungus dalam saluran darah terutamanya apabila sistem imunisasi badan tidak kuat.

Bagaimana mencegah?

1) Kawal kolestrol dalam darah.
2) Cegah Darah tinggi.
3) Tingkatkan imuniti.
4) Redakan tekanan (jangan stress2 ye:))

Apa shaklee boleh bantu anda?

- Kesihatan salur darah: Set Asas terdiri daripada Vitalea, B Complex & Vita C SR
- Kolestrol: Phytocol ST dan Omegaguard
- Sistem imunisasi: Nutriferon

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Monday, June 8, 2015

Merawat Rotavirus Secara Semulajadi

Minggu lepas anak kepada rakan yang saya kenali melalui fb mengalami cirit birit yang teruk. Doktor mendapati anak kecil tersebut dijangkiti Rotavirus. Akibat daripada cirit birit yang teruk sehingga berat badan anak enyusut, si ibu bergegas membawa anaknya ke hospital. setelah 2 hari ditahan di wad, anaknya diberi kebenaran untuk keluar wad. Walau bagaimanapun, si ibu dinasihatkan untuk memantau keadaan anaknya dirumah.

Apa itu ritovirus?

Ia adalah jangkitan usus yang disebabkan oleh Ritovirus. Biasanya menjangkiti kanak-kanak berusia kurang daripada 3 tahun dan tersebar melalui pencemaran najis.

Gejala jangkitan:

Gejala biasa adalah cirit-birit, muntah dan demam.
Kekurangan cecair dalam badan akibat cirit birit dan muntah boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Tiada ubat untuk merawat Ritovirus. Rawatan yang disediakan di hospital adalah untuk menggantikan cecair yang hilang daripada badan akibat cirit-birit dan muntah. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh memberi vaksin kepada anak masing2. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada klinik swasta berdekatan.
Klik Untuk Order: Performance Drink

Cecair gantian untuk jangkitan ini adalah sangat penting. Saya suka untuk cadangkan pengambilan Performance Drink mengandungi elektrolit2 penting yang membantu rehidrasi dan memberi tenaga segara. 
Klik Untuk Order: Nutriferon

Saya juga cadangkan pengambilan Nutriferon untuk meningkatkan penghasilan interferon dalam badan dan seterusnya ia akan bertindak melawan jangkitan virus dalam badan.

Ingat ye..rehidrasi sangat2 penting. Kehilangan air yang berterusan boleh membawa maut.

Ambil tindakan bijak. Sayangi anak anda.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik..insyaALLAH.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Kenapa Vitamin C Shaklee Berbeza?

Kenapa Vitamin C Shaklee Berbeza?

Sebab utama adalah ia adalah SUSTAINED RELEASE. Excited tau bila nampak "SUSTAINED RELEASE" tu. Ingat senang ke nak jumpa Vitamin C SUSTAINED RELEASE ni. Kebanyakan Vitamin  C kat pasaran sekarang adalah normal release. Kalau ubat kat hospital nie ramaiiii sangat yang nak ubat dengan formulasi SUSTAINED RELEASE nie.. Sebab boleh makan sekali sehari je.. tak payah makan banyak2 kali..bagus untuk COMPLIANT.

Vitamin C lagi lah kena ambil yang SUSTAINED RELEASE. 

Kenapa???

Ini adalah kerana Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Jika diambil dalam dos yang melebihi keperluan harian, ia akan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Jadi, bayangkan, kalau anda makan vitamin C 1000mg sekaligus dalam 1 tablet, hanya dos yang diperlukan oleh badan sahaja yang akan diserap (kurang daripada 100mg dalam satu2 masa), selebihnya akan dibuang melalui air kencing. 

Membazir kan? 

Tidak seperti vitamin larut lemak, jika diambil berlebihan ia akan disimpan dalam lemka2 dalam badan dan akan dibebaskan dalam aliran darah apabila paras vitamin berkurang.

Kenapa perlu formulasi SUSTAINED RELEASE?

Formulasi ini memastikan vitamin C dibebaskan secara perlahan-lahan sebanyak 100mg setiap 1 jam. Sebiji Vita C SR 500mg bersamaan pembebasan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam.

Selain  itu, kita terdedah dengan banyak faktor yang boleh mengurangkan vitamin C dalam badan. Faktor pencemaran, radiasi, asap rokok, telefon bimbit dan lain2 yang menyebabkan penghasilan radikal bebas dalam badan boleh mengurangkan vitamin C dalam badan. 

Jadi, bagus kalau kita dapat pastikan vitamin C dalam badan setiasa ada bagi memusnahkan radikal bebas yang hadir. Inilah yang dikatakan vitamin C bertindak sebagai antioksidan.
Bahaya ke radikal bebas nie?

Ye sayang..bahaya sangat2...radikal bebas nie sangat aktif dan boleh "menyerang" sel2 badan kita. Serangan radikal bebas ini akan menyebabkan keabnormalan pada sel dan inilah menjadi punca banyak penyakit kronik dan juga kanser. Cara kita lawan radikal bebas adalah dengan cara mengambil antioksidan secukupnya.

Saya pernah terbaca artikel tentang penyakit kanser. Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa, setiap individu ada sel2 kanser dalam badan. Bezanya cuma, sel2 kanser tersebut boleh dikesan atau tidak sahaja. Tidak boleh dikesan kerana jumlahnya yang terlalu sedikit dan jumlahnya boleh berkurang dan meningkat bergantung kepada kehadiran antioksidan untuk memusnahkannya. Dan sel2 kanser boleh bertambah jika ia terdedah kepada serangan radikal bebas. Disinilah antioksidan memainkan peranan dengan mencegah sel2 kanserdaripada merebak.

Jadi, apa tunggu lagi..cegah sebelum parah.

Pastikan pilih Vita C SR selamat, semulajadi dan berkesan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, June 7, 2015

Makanan Pertama Bayi : 16 Common Q & A.

Hari nie saya nak kongsikan Common Q & A berkaitan Solid Food Pertama bayi:

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari (4 days rule) berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) Sehari berapa kali makan?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang daripada itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi seeloknya beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
- Puri di chiller tahan 48 jam dan di freezer selama 3 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
- Boleh rujuk entry sebelum ini.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
- Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
- Tambahkan minyak zaitun dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Apakah 4-day-rules? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

Semoga bermanfaat.


Saturday, June 6, 2015

Solid Food Untuk Bayi 6 Bulan: Puree Lobak Merah

Alya dah masuk 6bulan..dah seminggu Alya dah rasa solid food pertama dia. Kalau ikutkan hati,tak nak bagi lagi Alya makan pape..takut dia kurang minum susu nanti. Tapi bila join group yang berkaitan solid food untuk bayi tu, diorang cakap semasa umur 6bulan nie masa untuk introduce kepelbagaian rasa makanan pada. Hanya untuk introduce bukan untuk mengenyangkan bayi. Cukup bagi sekali sehari 1-2oz je. Bila dah meningkat umur barulah tambah sedikit demi sedikit.

Saya pilih lobak merah untuk solid food pertama Alya. Sebenarnya dah lama tak beli sayur kat rumah nie..jarang sangat masak sejak anak tiga nie..petang lepas kerja singgah je kedai berdekatan untuk beli sebiji lobak merah..sampai rumah terus buang kulit, potong nipis2, lepas tu terus kukus..dalam 15 minit jugak. Bila dah lembut terus kisar..saya tambah air masak sikit..lepas kisar tapis untuk pastikan takde ketul2 takut Alya tercekik nanti. Dah suam sikit boleh bagi anak makan. Saya campur susu ibu sikit bagi puree tu cair sikit. Bakinya saya masukkan dalam bekas kecik dan bekukan dalam freezer.

Kalau nak guna puree beku tu, penyediaan dia sama macam penyediaan EBM beku..untuk kegunaan hari berikutnya, turunkan satu ketul kiub puree ke bahagian chiller. Keesokkannya bila dah nak guna puree beku dah cair..panaskan dalam warmer macam panaskan susu EBM. Bila nak bagi Alya makan baru saya tambah susu ibu.

Hari pertama introduce puree lobak merah kat Alya, dia macam reject..bila suap, banyak yang keluar balik..rasanya die makan dalam 2 sudu kecil je..hari berikutnya saya bagi lagi..ada peningkatan..hari ke 4, bila nampak bekas puree, Alya terus senyum tak sabar2 nak makan..kena ikut 4 days rules sebelum bertukar kepada puree jenis yang lain. 

4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

Ada jugak yang saya baca, seeloknya kita introduce sayur dulu kat bayi, sebab kalau kita mulakan dengan buah yang manis macam pisang atau mangga takut nanti anak dah taknak makan sayur yang rasanya 'kurang sedap'.
Disini saya ringkaskan cara2 menyediakan puree:
1) Bersihkan sayur/buah sehingga bersih.
2) Kupas kulit dan potong kecil2.
3) Kukus sehingga lembut (rebus pun boleh tapi untuk vitamin larut air, vitamin akan larut dalam air rebusan..kalau kukus vitamin larut air akan kekal dalam buah/sayur.)
4) Sejukkan sekejap kemudian kisar sampai halus. Tambah air masak jika perlu.
5) Tapis untuk pastikan tiada ketulan dalam puree.
6) Ambil sedikit untuk diberikan kepada bayi. Selebihnya masukkan dalam bekas kecil untuk dibekukan.
7) Tambahkan sedikit susu ibu dalam puree yang hendak diberikan kepada bayi.

Puree yang dibekukan mempunyai jangka hayat yang lebih kurang sama dengan EBM beku iaitu 3 bulan. Tapi saya buat untuk seminggu makan je..tak berani nak simpan lama2. Jadi, boleh sediakan puree semasa hujung minggu untuk kegunaan seminggu..tiada alasan tak sempat nak buat puree untuk anak kan:)).

Semoga bermanfaat.

AddThis