Friday, August 29, 2014

14 PETUA TAMBAH SUSU BADAN


Mahu cara pastikan susu ibu tetap banyak? Ikuti 14 petua tambah susu badan seperti dibawah:

 mulakan penyusuan seawal mungkin
Beritahu pada doktor dan jururawat yang ibu mahu menyusukan anak sejurus selepas kelahiran. Masa ini 'instinct' bayi untuk menyusu sangat kuat. Bayangkan jika diletakkan bayi pada badan ibu, bayi mampu mengesot untuk mendapatkan 'susu ibu'. Inilah kuasa Allah s.w.t.

 susukan sekerap mungkin
Tak perlu lihat jam, 2 jam atau 3 jam sekali. Susukan bayi bila mana bayi minta. Kenali 'cues' yang bayi sudah mula mahu disusukan. B
iasa bayi baru lahir PERLU disusukan 10-12 kali dalam tempoh 24 jam. Lebih banyak penyusuan, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Jika bayi sering tidur, kejutkan. Jangan biarkan mereka terus tidur. Ibu tak boleh ambil jalan mudah tidur sekali dengan anak. Menyusukan bayi sekerap mungkin akan mengurangkan risiko penyakit kuning (jaundice).

 rehat dan makan seimbang
Ibu mesti mendapat rehat yang cukup. Dan pastikan makan dengan seimbang, tak perlu sibuk mahu menurukan berat badan. Tidak perlu terlalu memikirkan makanan banyakkan susu. TIADA MAKANAN BANYAKKAN SUSU IBU, JIKA IBU KURANG MENYUSUKAN ANAK. Tiada hisapan, tiadalah susu. Makanan banyakkan susu, hanya akan berjaya jika ibu sudah memenuhi konsep supply dan demand. Manakala makanan tambahan (supplement) pula diperlukan untuk ibu terus sihat dan cergas semasa tempoh berpantang. Ibu yang sihat adalah kunci penyusuan yang berjaya.

 bayi menyusu untuk merasa selesa
Bayi baru lahir perlu menghisap bagi menguatkan otot-ototnya, jadi 'breast' adalah yang terbaik.

 luangkan lebih masa untuk menyusukan anak
Pada minggu-minggu awal kelahiran, ibu perlu menumpukan lebih kepada aktiviti penyusuan. Itulah sebab ada tempoh berpantang. Ibu dapat fokus pada bayi yang baru lahir. Juga dapat mengembalikan kesihatan badan ibu. Menyusukan juga membenarkan ibu berehat. Jadi nikmatilah masa-masa ini.

 bina 'station penyusuan'
Letak semua kelengkapan bayi dan kelengkapan menyusukan pada satu tempat. Sebagai contoh 'living room'. Jadi ibu tak perlu membuang masa dan tenaga. Semuanya ada pada satu tempat.

 jangan adakan had
Biarkan saja bayi menyusu. Walau selama mana pun yang bayi mahukan. Biarkan bayi yang membuat keputusan bila mahu berhenti.

 2 payudara setiap sesi penyusuan
Libatkan kedua-dua payudara semasa menyusukan bayi baru lahir. Susukan bayi 10-15 minit pada setiap payudara dan tukar. Jika bayi tidak mahu, ibu perlu ambil masa untuk pamkan susu keluar. Ini bagi proses menghasilkan susu ibu yang baru. Jadi lebih banyak susu yang dihasilkan.

 bayi 'cluster feeds'
Bayi jenis ini akan menyusu terus untuk beberapa jam. Dan terus tertidur lena untuk beberapa jam. Jadi jangan terperanjat ya ibu. Ini bukan satu masalah, jika bayi mendapat mendapat cukup susu ibu. Perhatikan berat bayi. Jika kembali pada berat asal semasa dilahirkan pada hari ketiga, ibu tak perlu risau. Tak perlu kejutkan bayi untuk menyusu setiap 2 jam sekali. Jadi ibu boleh ambil masa
untuk mengepam susu dan berehat.

 puting tak perlu
Sangat tidak digalakkan untuk mengunakan puting tiruan di awal kelahiran. Ini akan menyebabkan bayi keliru. Dan berkemungkinan menolak untuk menyusu terus dengan ibu.

 bayi tak lapar pada awal kelahiran
Jangan risau jika susu belum memancut pada awal-awal kelahiran. Perut bayi sebesar biji guli. Jadi hanya kolostrum yang bayi perlukan. Kolostrum adalah cecair kuning pekat yang sangat berkhasiat untuk bayi. Kaya dengan 'antibodies' dan mudah dihadam oleh bayi. Tiada apapun yang dapat menggantikan kolostrum ini.

 bayi tak perlu air
Susu ibu adalah yang terbaik. Kandungan air dalam susu ibu sudah memadai.

 masalah susu formula
Memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran akan mendatangkan masalah. Seperti masalah buah pinggang. Juga menggangu penghasilan susu ibu. Lebih awal bayi dikenalkan dengan susu formula, lebih tinggi risiko bayi mendapat masalah alergik dan masalah penghadaman.

 'latched on' yang betul
Pastikan lekapan bayi betul semasa menyusu. Ini akan menjadikan penyusuan menjadi lebih efektif. Jika salah, masalah 'sore nipple' pasti akan timbul. Juga bayi tidak mendapat susu yang secukupnya.


Sumber: www.facebook.com/Breastpumpevelove.

Set Menyusu Shaklee hanya berkesan jika petua di atas diikuti.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949


zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis