Alhamdulillah selesai sudah majlis sambut menantu adik perempuan saya di perak hujung minggu lepas. Saya, suami dan anak2 datang awal sehari. Jadi kami bermalam semalaman di homestay yang disediakan oleh keluarga lelaki. Sampai je homestay terus masuk tengok2 bilik2 dalam homestay. Rumah banglo dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air. 2 ruang tamu yang luas. Ruang dapur dan bilk bacaan juga ada. Cukup untuk menempatkan 40 orang wakil daripada pihak perempuan (termasuk mak ayah saya) yang datang dari Terengganu dengan menaiki bas. Mereka singgah untuk berehat, mandi dan bersiap sebelum majlis berarak di rumah pengantin lelaki.
Gambar Hiasan
Gambar hiasan
Rumah sebeginilah yang saya impikan. Rumah luas dilengkapi ruang solat khas dan tempat berwudhuk. Kalau tetamu datang singgah pun senang untuk tumpang solat. Ruang tamu yang luas untuk tetamu dan keluarga diasingkan untuk privasi. Laman diluar rumah yang luas untuk tumbuhan hiasan..wooww.. Bestnya dapat rumah macam nie kan:)).Dalam apa jua keadaan, solat adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Kemudahan untuk tetamu juga jangan dilupakan kerana meraikan tetamu itu amat dituntut dalam Islam.
Semoga dipermudahkan untuk mendapat rumah idamn suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment