Saturday, December 26, 2015

Tips Tambah Susu Ibu: Tidur Dan Rehat Secukupnya


Hari nie (4/12/15) terpaksa EL sebab badan masih tak larat. Last solid food jam 8.30pagi semalam. Takde selera nak makan. Minum air Peel fresh tu pun sikit2. Rase loya je memanjang.

Badan memang dah rase sakit2 sejak pagi semalam lagi (3/12/15). Tapi kugagahi jugak untuk pergi kerja macam biasa. Lebih kurang pukul 10 badan rase teramat sakit. Terus pergi cari staf saya kak yati,  minta tolong die urutkan badan2 saya yang sakit nie. Alhamdulillah..sakit berkurang. Tapi sekejap je. Menjelang tengahari badan terasa makin sakit dan rase loya nak muntah. Terus cakap kat bos nak off petang nak pergi klinik mintak MC.

Bila dah dapat kebenaran bos, saya terus call suami supaya datang jemput untuk bawa ke klinik.

Doktor cakap memang demam. Suhu 38°c, ada tonsilitis. Doktor bagi MC sehari. Balik rumah telan 2 biji panadol terus masuk tidur dalam bilik. Kul 5.15 baru terjaga untuk solat Asar.

Suami pergi jemput anak2 kat nursery sorang2. Sampai je kat rumah, Kak Yaya terus cakap, "ummi sakit ke? Kak yaya sayangggg ummi". Mase tu jugak saya rase tak tahan nak muntah..terus berlari2 ke bilik air..kak yaya pun ikut same. Die gosok2 kat belakang saya..teringat mase alahan teruk mase mengandungkan Zulfa dan Alya. Kak yaya jugak yang tolong gosokkat  belakang masa saya muntah2.

Lepas abah balik dari ambik Zulfa  dengan Alya, kak yaya terus beritahu, "abah, ummi muntah banyak tadi..kesian ummi..".

Disebabkan masih menyusukan Alya, saya sedaya upaya cuba minum air Peel Fresh sikit demi sedikit.
Saya minta suami tambahkan sepekat Nutriferon dalam mug air Peel Fresh tu. Dos kedua saya ambil keesokkan harinya. Vitamin basic Vitalea, B Complex dan Vita C SR diambil macam biasa. Cuma dos vitaC SR ditingkatkan kepada 1biji setiap 5jam.
Alya semacam memahami umminya tengah sakit. Biasanya, pantang nampak ummi, Alya mesti nak berkepit je. Tapi kali nie balik dari nursery, alya tak kacau ummi pun..duk manje2 dengan abah je..mungkin nampak ummi terbaring je kot. sebab tu tak berminat nak datang dekat ummi..

Sebelum tidur saya telan lagi 2 biji panadol dengan harapan besok kembali segar untuk pergi kerja macam biasa. Tapi bangun pagi badan masih lemah. Ditambah lagi dengan langsung tak ambil solid food dari siang tadi. Alya pulak kerap menyusu pada waktu malam. Badan rasa dehidrated sangat. Saya pulak kurang minum air malam tu tak seperti malam2 lain.

Bangun pagi selepas solat subuh saya terus siapkan beg anak2 untuk ke nursery. Nasib baik fresh EBM untuk alya cukup untuk bekalan Alya di nursery nanti. Hasil pam semalam sedikit kurang berbanding hari biasa mungkin disebabkan saya kurang makan dan badan yang stress akibat sakit.

Setelah menghantar anak2 dan suami ke pintu rumah, saya kembali berehat kerana badan masih tak larat. Sepanjang hari dari pagi hingga petang, saya hanya minum Peel Fresh (epal+aloe vera). Tapi apa yang mengejutkan saya adalah, hasil pam saya 2x lebih banyak daripada hari2 biasa terutamanya hasil pam 10pagi & 2.30petang. Walaupun tak makan tapi susu masih tetap dihasilkan malah lebih banyak.

Kini saya makin yakin bahawa rehat, tidur yang cukup dan tidak stress sangat2 membantu dalam penghasilan susu ibu. Jadi, kalau ibu2 demam atau tak sihat, seeloknya ambil cuti untuk berehat dirumah. Terlalu memaksa diri untuk bekerja dalam keadaan sakit akan memudaratkan diri ibu2 dan mengganggu penghasilan susu ibu.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis