Thursday, January 29, 2015

Vita-lea For Children: Multivitamin Terbaik Untuk Anak.


Inilah Chewable Vita-lea for children. Multivitamin terbaik untuk anak. 

2 biji Chewable Vita-lea membekalkan:

(1) 100% daily value vitamin C, D, E, kesemua 8 jenis Vitamin B.
(2) 200mg Kalsium
(3) 40mg Magnesium
(4) 5mg Zink
(5)  0.5mg Copper dan banyakkkk lagi!!!!
(6) Rasa manis semulajadi xylitol yabg tidak menyebabkan kaviti.
(7) Tiada perasa, pemanis dan pengawet tambahan.
(8) Bebas gluten
(9) Perasa anggur enak.

Kenapa masih berkira2 nak beri yang terbaik untuk anak2? 
Bolehkah anda pastikan anak2 makan makanan berkhasiat setiap hari? 
Cukupkah nutrisi yang diperoleh daripada makanan harian mereka?

Jika jawapannya TIDAK.. Anak anda perlukan Chewable Vita-lea for children nie.. rase manis2 anggur..Mesti anak2 suke :)


Klik untuk order: Chewable Vita-lea


 Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Alhamdulillah..kembali bersiaran..sekarang susah sangat nak cari masa terluang untuk update blog.


Petang Sabtu lepas (24/01/15), Athirah tibe2 demam. Mulanya saya ingat urinary tratct infection sebab die mengadu gatal2 kat bahagian kemaluan. Tapi malam tu die mengadu gatal mulut, tapak tangan dan tapak kaki. Terus saya teringat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Lama2 makin banyak merah2 naik kat badan die..tapi yang paling ketara, die du menggaru je kat tangan dengan kaki. Dahla kat Tadika die Little Caliph pun banyak budak yang dah kena HFMD nie..cikgu kat tadika siap buat saringan kat pintu masuk  untuk periksa kanak2 yang hadir kot2 demam atau dah ade tanda HFMD nie. Sesiapa yang demam atau dah ade symptom HFMD nie tidak dibenarkan untuk masuk ke kelas dan diarahkan untuk balik berehat dirumah sehingga sembuh. Setahu saya, bukan di tadika ini sahaja, malah melibatkan banyak tadika lain di seluruh Malaysia. Ada yang terpaksa ditutup untuk tujuan disinfeksi untuk mengelakkan jangkitan menular lebih teruk.


Melihat status rakan2 lain dif b yang juga mempunyai ank yang baru dijangkiti HFMD nie, saya dengan yakinnya membuat diagnosis sendir..Athirah dah kene HFMD. Bukan taknak gie klinik, tapi keadaan tak mengizinkan. Pada malam Ahad, kami sekeluarga dah keluar untuk pergi klinik, tapi tibe2 Athirah buat pengai dalam kereta. Cakap taknak pergi klinik. Die cakap lapar..nak makan nasi. Hati ibu yang lembut nie pun tak sampai hati nakpakse2 die pergi jumpe doctor. Lagipun dari siang tadi die tak makan pape..minum pun asyik muntah je..tu yang bile die cakap lapar nak makan saya terus kesian kat die..Pastu cakap kat husben takpayah lah jumpe doctor, bawak die makan je..

Tapi sebelum pergi makan saya ajak husben singgah farmasi untuk beli oral aid sbb Athirah mengadu sakit mulut. Sebab tu die taknak makan. Sampai kat farmasi, saya terus cakap nak nak oral aid kat jurujual tu dan terus ke kaunter bayaran. Tapi husben sibuk tanye, taknak beli calamine lotion ke?..saya cakap takpela, herbalblend ade kat rumah..sapu herbal blend je..(tapi keesokkan harinya die gie beli jugak calamine cream kat klinik..huhu).

Disini saya nak kongsikan Cara Rawat dan Elakkan HFMD:

1. Saya mandikanAthirah dengan basic H. Letakkan dalam 1 sudu kecik je untuk 1 baldi air.

Klik untuk order: Basic H

2. Setiap kali lepas mandi saya akan sapu kat seluruh badan dia dengan Krim Herbal Blend (sekali je saya pakai calamine cream yang husben beli tu..wat syarat je) termasuklah private part..fokus pada tapak tangan , kaki , celah2 jari kaki dan tangan dan lutut.
Klik untuk order: Herbal Blend

3. Setiap kali saya sentuh Athirah saya akan pastikan tangan saya dicuci bersih untuk mengelakkan jangkitan pada adik2 die yang lain.

4. Saya juga asingkan tempat tidur die dengan adik2 yang lain takut berjangkit.
5. Selalu pesan kat Athirah jangan sentuh adik2, atau mandi bersama2 adik untuk mengelakkan jangkitan.
6. Masa mula2 dapat tahu Athirah demam, terus bagi Nutriferon yang berbaki 1 sachet tu..1 sachet untuk 3x kali makan..Alhamdulillah dalam tempoh kurang daripada 24jam Athirah dah tak demam dah…sponging jangan lupe ye :)
Klik untuk order: Nutriferon

7. Masa mula sakit, Athirah takde selera makan dan minum.. bila dia dah mula minta susu, saya campurkan susu die dengan melashake sikit (sebelum nie pun masa sihat mmg dah kasi pun :))
Klik untuk order: Omegaguard & Mealshakes

Alhamdulillah..athirah sembuh selepas 3 hari..mungkin sebab saya cepat mandikan die dgn Basic H dan sapu herbal blend, blister berair tu tak sempat timbul pun..semuanya dengan izin Allah..shaklee hanya asbab je.

Baca lanjut tentang HFMD..


Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.


Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.


Kebanyakkan penyakit ini tidak serius. Namun begitu, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan system saraf dan jantung.


Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.


Tanda dan gejala:


1) ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin. 

2) ulser di tekak dan mulut.
3) deman dan sakit kepala
4) hilang selera makan

Langkah pencegahan:


1) cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

2) tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
3) jangan berkongsi barang2 peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
4) mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan  bayi atau anak kecil
5) cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
6) elakkan membawa anak kecil ke tenpat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit tangan , kaki dan mulut:


1) bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.

2) Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.

3) lap lelehan dari mulut dan hidung menggunkan tisu.


Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, January 22, 2015

4 Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu

Pagi2 nie nak kongsikan tips mudah untuk banyakkan susu ibu. Alhamdulillah setelah amalkan tips nie, stok susu saya dah penuh freezer macam dalam gambar (testimoni sendiri). Stok tu saya kumpul bermula 2 minggu selepas bersalin sampai umur baby masuk 45hari. kiranya sebulan untuk penuhkan freezer tu..sekarang semua stok tu dah pindah masuk deep freezer untuk panjangkan jangka hayatnya iaitu 6 bulan. Kalau dalam freezer 2 pintu tu tahan 3 bulan je kan.


Sebelum nie, anak pertama mampu susu badan sampai umur 3 bulan je. Yang ke 2 Alhamdulillah sampai setahun..tu pun setelah struggle giler2..macam2 milkbooster yang saya cuba..ESP, Alfalfa, nursing tea fabulous mom, halba, longan kering, kurma merah, Mother's secret, Horlick, habbatus sauda,..dll (lupe dah..banyak sgt).(klik untuk baca lanjut).

Antara petua mudah yang saya amalkan seawal dalam pantang lagi:

1) Minum banyak air suam. Pada saya, kalau nak menyusu anak  nie tak payah la nak pantang air sangat. sesetengah orang tu minum air pun bersukat. Macam mane la nak susu banyak kalau air tak cukup. Air merupakan komponen utama susu ibu ~80%. Sebab tu kalau bayi yang minum susu ibu tak perlu diberi air kosong. Bukan setakat tak perlu tapi TAK BOLEH (untuk yang berumur 6 bulan ke bawah) sebab banyak kesan mudarat yang lain.

2) Kerap menyusu @ pam setiap 2-3 jam. Diperingkat awal tak perlulah nak ikut sangat setiap 2 jam tu..semakin kerap semakin bagus. Makin banyak menyusu, makin banyak rangsangan, semakin banyak hormon prolaktin dirembeskan. Menyusu dengan kerap diperingkat awal kelahiran dapat mencegah jaundis. Jangan biarkan payudara penuh sebab ini akan memberi signal negatif kepada otak untuk merencatkan penghasilan susu ibu. Oleh tu, pam setiap 2-3jam sekali adalah perlu untuk pastikan payudara kosong. ..nak keterangan lanjut boleh request ye..ilmu penyusuan nie terlalu banyak (masih banyak yang perlu digali) untuk dikongsikan:).

3) Rehat dan tidur yang berkualiti. Ibu menyusu tak boleh stress kerana stress akan merencatkan perembesan hormon prolaktin. Tidur yang berkualiti juga penting. Nak cakap tidur yang cukup, kompem2la tak cukup tidur kan..terutamanya ibu dalam pantang..bayi masih dalam fasa untuk sesuaikan diri dengan dunia baru. tak tahu siang ke malam..sokongan keluarga dan suami adalah penting dalam meringankan beban ibu berpantang. 

Pada saya, tidur yang berkualiti untuk 1-2 jam malam pun dah mencukupi untuk memberi kerehatan kepada tubuh badan nie. Masa kita tidur, banyak proses tubuh yang berlaku termasuklah penghasilan susu ibu. kalau nak explain detail, memang panjang lebar la sebab melibatkan kawal atur hormon..tapi yang penting waktu malam hormon prolaktin banyak dirembeskan. 

Alhamdulillah dikurniakan suami yang memahami dan selalu membantu saya menjaga anak-anak. Jujur saya katakan, ostematrix cukup membantu mengurangkan sakit2 badan kerana tak cukup tidur dan selalu bangun untuk susukan anak. Supplement lain membantu ibu menyusu untuk kekal bertenaga walaupun tak cukup tidur dan sakit2 badan kerana selalu bangun malam untuk susukan anak.

4) Ambil makanan yang seimbang untuk membekalkan nutrisi lengkap. Ibu2 menyusu perlu makanan yang berkhasiat kerana nutrisi yang seimbang diperlukan dalma penghasilan susu ibu. Keperluan nutrisi ibu menyusu juga meningkat berbanding biasa. Pengambilan supplement adalah perlu bagi ibu2 yang bimbang tidak mendapat nutrisi lengkap daripada diet harian.

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..


Nak tahu lebih lanjut, boleh sms/whatsapp no dibawah ye..saya terlalu obsess dengan breastfeeding..kalau boleh nak share dengan ibu2 pengalaman sepanjang saya menyusukan anak pertama hingga yang ke 3..pahit manis sepanjang tempoh tu..terlalu banyak perkara yang boleh dikongsikan sebagai panduan dan motivasi untuk ibu2. Semoga ibu2 berjuang habis-habisan untuk menyusukan anak paling kurang 6 bulan.
Klik Untuk Order: Set Lengkap Ibu Menyusu

i love breastfeeding so much!!!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, January 21, 2015

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Menangis / Tak Mahu Ke Sekolah

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis kat blog nie..dah lama takde update..maklum la ibu baru lepas habis pantang:)

Hari nie nak kongsikan pengalaman hantar anak untuk kali pertama ke tadika. Saya pilih Tadika Little Caliph. Lagipun dekat je dengan rumah nie. Saya dah lama decide untuk hanatr anak saya ke little Caliph nie..Sejak belajar kat U lagi..huhu..Masa kat U dulu seronok tengok budak2 yang pergi Little Caliph. Tu yang berangan..nnt ada anak sendiri pun nak hantar kat Little Caliph jugak.

Lepas je selesai bayar yuran pendaftaran untuk masuk ke Little Caliph, terus rasa tak sabar2..ummi pulak yang terlebih excited. Terus fikir mana nak beli beg sekolah, helmet, botol air. Yang pastinya tema frozen yang dicari. Cari punye cari jumpa la beg sekolah frozen warna pink kat Faliyana Mom Store. Botol air frozen beli kat Parkson je. Helmet pulak suami beli kat kedai motor, tak tahu la brand apa tapi yang penting pink. Kak yaya memang suka pink. semua benda nak warna pink.

Dalam2 excited tu sebenarnya rasa takut pun ada. Risau Athirah tak dapat nak sesuaikan diri kat sekolah nanti. Yela..sebelum nie kawan ngn adik, ummi dgn abah je..pastu kawan2 yang lebih muda daripada dia kat nursery lama. Sekarang dah nak pergi sekolah. Athirah dalam kategori budak yang pemalu. Dia tak pandai nak tegur orang lain. Dia akan mula berkawan bila orang lain yang mula tegur dia dulu. Kalau tak dia memang tak berani nak tegur..tu yang buat saya risau.



Alhamdulillah, hari pertama ke sekolah dia ok je..abah dia cakap sampai je terus pergi kat tempat mainan..terus main2 sorang2. .budak2 lain ramai jugak yang nangis..sempat lagi bergambar sebelum abah dia tinggal dia pergi kerja. 

Hari ke2 sekolah, dia ok je pagi tu..tapi petang tu bila balik dari sekolah, saya nampak ada kesan lebam kat bawah mata dia. Bila tanya kenapa, dia tak jawab..bila masuk bilik berdua dengan dia saya tanya kenapa..dia cakap terjatuh..lepas tu menangis2 cakap besok taknak pergi sekolah..dia nak ummi temankan dia kat sekolah..

Hari ke3 saya anta dia ke sekolah dan memaklumkan kepada cikgu pasal lebam kat bawah mata. Cikgu cakap dia tak perasan pun bila Athirah jatuh..sebab Athirah tak menangis pun..Sedih sangat tengok Athirah masa tu..dalam fikiran saya mesti masa dia jatuh takde sesiapa yang nampak. Lagipun dia tak kenal sesiapa lagi masa tu..mesti dia tahan je sakit tu..nak menangis pun tak boleh..mesti dia pendam je sampai la masa saya berdua je dengan dia dalam bilik baru dia nangis..kesian kan budak2 terpaksa pendam perasaan..

Ummi pun tak tertahan bila fikir semua tu..masa mengadu kat cikgu berlinang airmata ummi nie..tak tahan fikirkan anak sendiri yang baru belajar nak sesuaikan diri dengan dunia luar..

Ya Allah, semoga Engkau cekalkan hati anakku nie dalam dia meneroka kehidupan yang lebih mencabar kat luar sana..semoga beroleh ilmu yang bermanfaat untuk kebahagian hidup dunia dan akhirat..amin..

Selepas bercerita kat cikgu apa yang berlaku, Athirah menangis meronta2 cakap taknak pergi sekolah..nak ummi teman. tapi akhirnya saya dan suami terpaksa keringkan hati biarkan dia dengan cikgu dalam keadaan menangis...pastu saya cakap kat dia "nnt ummi tunggu dlm kereta ea..nnt kalau kak yaya jatuh panggil ummi kat abwah". (tipu je nie..lepas turun bawah saya terus blk rumah).

Hari ke4, Athirah masih taknak ke sekolah. tapi kami paksa juga. Alhamdulillah hari ke 5 (Jumaat) dia dah ok..dia dah tak nangis dah. Cuma masa anta dia, dia pesan "nnt ummi tunggu kak yaya dalam kete ea..petang nnt yaya turun". 

Hari Isnin minggu berikutnya, Athirah masih nak ummi anta dgn kereta. Tapi alhamdulillah, hari selasa dia setuju nak pergi sekolah dengan abah naik motor sebab dia kesian tengok ummi tidur dalam kereta sampai petang sorang2 (sebenarnya lepas anta dia terus balik je:))..Lama kelamaan, Athirah pun suruh abah dia pergi kerja je..tak payah tunggu dia kat motor dah sampai petang..takut nnt kena hujan:))..anak2 kecil mmg percaya apa yang kita cakap..tapi takpela..tipu pun untuk kebaikan dia jugak.

Tiap2 petang lepas balik sekolah kitorang selalu tanya apa yang dia belajar kat sekolah. Alhamdulillah..budak2 memang cepat belajar. Di little Caliph Akhlak yang diajar berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Suka sangat. Saya takk  kisah dia tak pandai ilmu dunia, yang penting ilmu akhirat tiptop..Pandai ilmu dunia itu bonus:).

Moral of the Story: Untuk ibu bapa yang baru pertama kali nak anta anak pergi sekolah, kena keringkan hati..kalau anak nangis tinggalkan je dengan cikgu..nnt tahula cikgu nak handle anak kita tu..cikgu2 dah berpengalaman handle budak2 nangis nie:)

Langkah lain yang boleh diambil untuk menangani masalah anak menangis/ tidak mahu ke sekolah adalah:

1. Sediakan mental anak-anak lebih awal untuk ke sekolah. Ceritakan suasana positif dan keseronokan berada di sekolah.

2. Ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak untuk pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.
3. Berfikiran positif dan elakkan menunggu anak dalam kelas terlalu lama kerana ini kana menyukarkan proses penyesuaian.
4. Pastikan tidak lewat menjemput anak pulang dari tadika terutamanya paad minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
5. Menghantar anak ke sekolah secara konsisten kerana tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.
6. Buat kerja rumah dan ulangkali bersama-sama. Tanyakan aktiviti di sekolah dan sebagainya.
7. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan anak supaya dilembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar.

Semoga membantu ibu bapa sekalian :))


Friday, December 26, 2014

Derita Gout??

Tadi tengok iklan sejenis air yang bersifat alkali..Iklan tu cakap minuman beralkali nie bagus untuk meneutralkan asid dalam badan yang menjadi punca banyak penyakit.


Pastu terus teringat Alfalfa complex nie..Ia juga bersifat alkali yg boleh meneutralkan badan yg berasid dan menghilangkan toksin daripada badan.

Penyakit yang biasa dikaitkan secara langsung dengan keadaan berasid adalah gout, batu karang dan hiperuricemia (paras asid urik yang tinggi dalam darah). Ini merupakan penyakit yang biasa saya jumpa pada pesakit yang dirujuk kepada klinik pakar Urology Hospital Selayang. Kebiasaannya pesakit akan diberi alkalinizer sebagai rawatan utama. Yang paling biasa digunakan adalah Ural@U-lite. Ubat ini perlu dibancuh dengan air dan diminum 1-3 kali sehari. 

Ada pesakit mengadu kat kaunter farmasi, dia dah bertahun2 minum ubat nie tetapi masih tak menunjukkan tanda2 sakit gout akan hilang...huhu..kalau rase2 nak tukar selera boleh la cube Alfalfa complex nie..telan je..nak wat cam minuman herba pun boleh:)

Hari nie saya kongsikan dulu berkaitan Gout..InsyaAllah di lain kesempatan saya akan kongsikan fungsi alfalfa yang lain yang bertindak sebagai alkalinizer.

Maklumat lanjut berkaitan Gout:

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.

- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
·         Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
·         Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
·         Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·         Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
·         Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·         Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
·         Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
·         Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
·         Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
·         Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o    Kegemukan
o    Darah tinggi
o    Hiperlipidemia
o    Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pencegahan
·         Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
·         Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
·         Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
·         Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
·         Minum banyak air
Sumber (http://www.myhealth.gov.my)

Klik Untuk Order: Alfalfa Complex

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, December 10, 2014

Omega 3 Mampu Menurunkan Risiko Diabetes

Klik untuk order: Omegaguard

Berdasarkan jurnal yang saya jumpa, hasil kajian menunjukkan Omega 3 mampu menurunkan risiko Diabetes.

Shaklee OmegaGuard merupakan suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Jom kita baca lanjut bagaimana Omega 3 menurunkan risiko Diabetes..
Benefits of Omega-3 Fatty Acids from Fish in Type 2 Diabetes
By Joyce A. Nettleton, DSc, RD

Apa itu Diabetes?

Daibetes adalah penyakit yang melibatkan metabolisma karbohidrat yang dicirikan dengan paras gula dalam darah yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes:

Diabetes Jenis I : Tiada Insulin (dikecualikan dalam perbincangan ini)
Daibetes Jenis II: Ada insulin tetapi ia tidak berfungsi dengan cara sepatutnya (jenis yang biasa)

Gejala biasa : kerap kencing, selalu dahaga dan hilang berat badan.


Paras gula dalam darah yang tinggi menunjukkan kerintangan insulin. Ini bermakna hormon insulin kurang efektif dalam membantu pengambilan gula ke dalam tisu badan. Akibatnya, paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin dalam usaha untuk menurunkan paras gula dalam darah. Lama kelamaan, pankreas akan hilang keupayaannya untuk menghasilkan insulin. Ini akan menyebabkan kemerosotan tisu-tisu lain dan menyebabkan masalah peredaran, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kegagalan dalam kawalan pembekuan darah, retinopati dan masalah jantung. Rawatan dengan ubatan, diet, penurunan berat badan dan senaman boleh merencatkan rantaian kejadian ini.

Pencegahan Dan Rawatan Diabetes.

Intervensi gaya hidup termasuk turun berat badan, senaman yang tetap dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kurangkan berat badan adalah langkah paling utama kerana penurunan berat badan akan mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes, memperlahankan perkembangan diabetes dan memperbaiki kawalan glukosa. Selain itu, ia juga membantu menurunkan tekanan darah, memperbaiki paras lipid dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mendapat aritmia jantung. Makin banyak berat badan yang hilang, makin baik.

Senaman yang tetap akan mengatasi banyak kesan mudarat yang terjadi akibat kerintangan insulin. Ia akan memperbaiki kawalan glukosan dan paras lipid dalam darah, meningkatkan peredaran darah dan fungi vaskular, meningkatkan kecergasan, menurunkan risiko penyakit jantung dan memudahkan penurunan berat badan. Disarankan untuk melakukan senaman tetap 150 minit seminggu, 30 monit setiap sesi.

Mengamalkan pemakanan yang sihat adalah langkah penting untuk mengawal diabetes. Saranan pemakanan moden mendapati bahawa jumlah karbohidrat adalah lebih penting berbanding jenis karbohidrat. Diet yang rendah karbohidrat lebih cenderung untuk tinggi lemak dan ini berkait dengan penambahan berat badan dan penyakit jantung. Kunci utama adalah pengambilan karbohidrat secara sederhana daripada sumber bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini kebanyakkannya mempunyai indeks glisemik yang rendah.

1) Hadkan pengambilan lemak tepu yang mempunyai kaitan yang kuat dengan penyakit jantung. Contohnya mentega, kebanyakan keju, susu penuh, kebanyakan lemak haiwan,minyak kelapa dan kelapa sawit. Asid lemak trans juga menyumbang kepada penyakit jantung. Mengehadkan pengunaan lemak tepu dan lemak trans akan memperbaiki paras lipid dalam darah dan akan memperlahankan perkembangan diabetes.

2) Gunakan lemak mono-tak-tepu seperti minyak zaitun, canola dan minyak yang tinggi asid oleik.

3) Makan ikan yang kaya lemak 2 kali seminggu untuk menambahkan asid lemak sihat omega 3.

4) Makan banyak makanan kaya protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan kekacang kerana makanan ini tidak menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

Asid lemak Omega-3 biasanya dijumpai dalam ikan yang kaya lemak seperti ikan salmon, ikan kembung dan ikan sardin. Omega 3 daripada ikan adalah tinggi dengan asid lemak poli-tak tepu yang akan menurunkan trigliserida, mengurangkan ritma jantung yang tidak normal, menurunkan tekanan darah dan memperbaiki kawalan pembekuan darah. 

Dalam kajian yang melibatkan lebih 11000 orang yang mempunyai penyakit jantung, pengambilan 1gram minyak ikan mengurangkan kematian akibat kardiovaskular sebanyak 30% dn kematian mengejut sebnayak 45%. 1 gram minyak ikan bersamaan dengan 3auns hidangan salmon. Omega 3 juga meningkatkan keberkesanan statins yang merupakan ubat yang banyak digunakan untuk merendahkan paras LDL dalam darah.

Individu yang mempunyai diabetes yang mengambil diet yang kaya ikan secara tetap akan meningkatkan lagi kebaikan penurunan berat badan dalam memperbaiki kawalan glukosa dan tekanan darah.

Omega 3 daripada ikan juga diketahui akan menurunkan risiko pembentukan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok (angin ahmar). Ia juga memperbaiki peredaran darah.

Menurut American Diabetes Association dan American Heart Association pengambilan ikan yang kaya lemak adalah cara yang selamat dan efektif untuk mendapat  jantung yang sihat kesan daripada omega 3. Pengambilan ikan kaya lemak secara tetap adalah alngkah penting untuk memperbaiki kesihatan dalam diabetes.


Ikuti pengalaman Pn Safiya Amaran tentang Omegaguard:



GDM (Gestational Diabetes Mellitus) Dan Ibu Hamil.

Saya mula kesan GDM masa 18 minggu lepas buat MGTT. Ujian minum air gula..
Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo.. Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara.. Bila lambat makan.. Cepat hypo.. Bacaan gula 3.. Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+..Pening juga dibuatnya..Masa tu kebetulan Start mkn omega guard.. Tak fikir sbb GDM pun tapi utk perkembangan bayi..

Lepas beberapa minggu makan omega mmg perasan perbezaan ketara..
Satu..sangat kurang hypo... Bangun pagi tidak kelaparan.. Gula dlm 4-5 mcm tu..
Lepas makan pun gula tak naik tinggi.. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu.. Makan secara sederhana.. Tidaklah sikit sangat..

Yang paling ketara rasa ialah.. Masa omega guard habis.. Masa tu duk bertangguh.. Malas nak beli cepat-cepat ..Tapi bila tak makan.. Omega.. Gula terus jadi hay wire semula..Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar..Pastu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik.. 7-8.Masa tu baru betul betul realize yg omega tu really helps in controlling appetite n also control the blood sugar.. So cepat-cepat beli n start mkn balik 3 biji sehari hingga lah bersalin..

Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak Fat deposition during this pregnancy.. Perut nampak kecil.. Tapi bila scan baby size mmg good and follow as expected.. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah.. maknanya baby tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled. Alhamdulillah.. Sebab tu yg jadi jatuh hati sgt dengan omega guard ni.. Sampai sekarang.. 

Kisah hamil dengan gdm Safiya Utk manfaat org lain 

Utk pengetahuan , saya Ambil Full set. ( nanti org ingat mkn omega je)




Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis